Wednesday, November 24

Bila Hati Dah Hitam








Salam,

Dunia makin sampai ke penghujungnya. Segala macam tanda dah pun muncul. Tapi kalau hati dah hitam, tak usah harap la nak dipedulikan semua tu. Yang penting enjoy macam nyawa tu takde tarikh luput betul tak? Jadi, bila hati seseorang tu dah jadi hitam:





  • Solat lima waktu tak pernah dibuatnya. Yang sunat tak payah tanya la. Sedangkan yang wajib pun 'tuang' setiap waktu inikan pula yang tak wajib.

  • Harta didahulukan dari segala perkara. Semua benda mesti nak kena alas dengan duit. Takde duit maka takde la layanan.

  • Riba' berlaku dengan berleluasa. Yang peliknya semua tu dianggap biasa dan 'dihalalkan' sesuka hati.

  • Nak hidup macam suami isteri tak perlu nikah lagi dah. Depan mata orang lain pun selamba 'sesah' tak kira malu segan. Kita pula yang naik segan menengoknya.

  • Leka dengan hiburan tanpa henti sampai terlupa tujuan hidup di atas bumi. TV ada, radio ada, semua ada, macam-macam ada...

Semoga Allah melindungi kita dari perkara yang melalaikan diri kita daripada mengingati-Nya.


Mengenai Penulis Entri Ini :
Azrul Hisham juga penulis untuk blog Azrul Hisham - My Real Life. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Rabu dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label azrul hisham. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Macam-macam GILA.

6 comments:

Fina Sophie said...

terima kasih buat warga 100p kerana sering saling mengingatkan :)

CikGadis said...

nauzubillah minzali... mnta dijauhkn smua nie

nur.sa said...

hati hitam legam tak cantik kan. taknak la hitam-hitam camni.

r.k said...

sama-sama lah kita cuci hati ye dak ..

Miss Kira said...

thankz for the reminder.. ;)

mari sama2 menjaga hati..

Latest entry: Men's Love

nn said...

a good reminder. tq.


Latest entry: Japanese wannabes?