Thursday, November 25

Berkorban Perasaan


Semua Blogger mesti mengharapkan sesuatu yang terbaik dalam setiap Hubungan. Tak kira lah, hubungan antara Keluarga, Saudara-mara atau Bf/Gf. banyak jugak Tips yang korang semua tahu untuk mengeratkan hubungan silaturrahim yang terjalin. Dan mungkin salah satu Tips nye adalah bertolak-ansur dalam setiap perkara. Tapi hari ini Cik Ain tak nak bagi Tips, cuma nak bebel sikit. Hahaha!

Ummi pernah bagitahu Cik Ain. Dalam nak menjaga hubungan dengan semua orang Sebenarnye kite memerlukan 1 pengorbanan. Okey, maybe terlalu umum makna pengorbanan yang ummi maksudkan. Pengorbanan yang ummi maksudkan adalah Korban Perasaan. Faham? Cik Ain bagi contoh..
Bayangkan, 1 hari tu kite bergaduh atau berselisih pendapat dengan kawan. Kalau kite tahu, kawan kite seorang nak menang dalam percakapan dan ego tinggi, adakah kite pun nak sama keras kepala macam dia? Kalau dia tarik muka, kite pun nak ikut buat muka masam dengan dia sepanjang hari tu? Mesti salah seorang dari kite kena korbankan perasaan yang ade, kalau tak pergaduhan tu akan berpanjangan kan.
Sama jugak dalam hubungan keluarga. Si suami nak beraya di kampung dia tahun ni, yang Si isteri pun tak nak mengalah tetap nak beraya jugak di kampung sendiri. AKhirnya berlaku perselisihan dan tak bertegur sapa kan? Maka tak salah kalau Si isteri berkorban perasaan. Ikut kate Si suami. Berfikir positif " Tak pelah, raya mane-mane pun tetap sama. Raya ke-2 pun still raya jugak, balik jugak kampung aku". kalau semua orang ade sikap berkorban perasaan dalam diri, pergaduhan tak akan berlaku. Hubungan yang terjalin akan berpanjangan. Tak salah kalau kite berkorban kan?



Mengenai Penulis Entri Ini :
cik ain juga penulis untuk blog Cik Ain Nabila. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label cik ain. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah 2 Ninja's selamat POTONG.

7 comments:

anyss said...

Salam,
Kalau saya tahu orang tu memang suka dipuji, saya akan puji dia sampai dia rasa nak muntah hu hu hu ----> jahat kan?


Meriahnya Aidiladha di Kelantan Edisi Dua

hentakbelipat said...

konsep yang boleh dipakai adalah give n take kan...konsep ni kalau apply mana2 pun pasti semua ngam je.

Fina Sophie said...

i dun like to be in such complicated situation. sy percaya, apa2 hal pun, komunikasi paling pnting. kalau telus dan masing2 fhm apa harapan pasangan/fmly/dll dekat kita, n kta fhm apa yg diorang nak dlm hbgn tu, insya-Allah semua okey. paling berkesan kalau dua2 belah pihak ada tujuan yg sama slm hbgn. so, for me, communication.

r.k said...

no pain no gain love .

suka pulak baca karangan cik ain , macam tulis karangan zaman ssekolah dulu .. epic ! hehehe

Miss Kira said...

betul.. klau seorg jd api..sorg kena jd air.. baru suweeet...
hehehe

Latest entry: Men's Love

dya adriza said...

memang betul.. saya tergolong dalam golongan yang sangat ego dan tak reti2 nak mengalah walaupun tahu saya cakap benda yang salah! haha.. kena belajar nih^^

Latest Entry: Kebahagiaan Itu Membahagiakan..

Kimmy Ai said...

pengorbanan itu wajib untuk kesejahteraan hubungan~ waaa~ hehe. ;)