Wednesday, November 24

benda best saya suka waktu sekolah


ada tiga benda saya rindu waktu saya bersekolah rendah dahulu. tiga benda ni kategori makanan ye. ada banyak lagi benda lain saya teringat dan teringin nak buat semula, tapi sebab dah berusia seangkatan emak orang, mungkin tidak patut kalau kata saya nak melompat bermain ting ting, galah panjang semua tu dekat sekolah. nanti kita cerita benda-benda itu pulak. hari ini cuma mahu cakap pasal tiga ni saja.

jom...




sebelum masuk pagar sekolah, ada satu pakcik ni dengan motor dia. dia jual coklat tarik kegilaan budak-budak masa tu. oh nak fahamkan korang. dekat terengganu ni, tak kira la itu gula-gula ke, coklat ke, memang akan dipanggil coklat. jadi coklat tarik tu adalah sejenis gula-gula tapi sebab kenapa ia dipanggil coklat tarik? sebab bila kami cakap dekat pakcik tu, nak coklat tarik seposen, dia akan start tarik coklat tu daripada segumpal coklat yang sangat besar yang duduk dalam bekas atas motor dia. bila dah cukup panjang untuk nilai seposen dia akan gunting dan terus rendamkan coklat tu dalam bekas berisi bijan. oh, sebelum dia pegang dan tarik coklat tu, dia akan pegang secebis kertas kecik (kertas yang kita buat wau/layang-layang yang berwarna-warni) yang dijadikan tempat pegang coklat tu. maklum la, coklat tu mana ada lidi atau batang yang macam lollipop tu.saya try google kot-kot ada gambar coklat tarik tu, tapi malangnya tak ada. dah pupus kot? atau memang tak wujud kat tempat lain? coklat ni dia macam chewing gam tu. haaa. sebab tu mudah ditarik dan melekit. bila masuk ke mulut, kena gigih sekali untuk menarik keluar dari gigi, tapi rasanya memang sedap untuk kami budak-budak comel masa tu. tapi bersedialah untuk coklat tu melekat dekat gigi. hahahaa. saya tak tahu wujud ke tak lagi coklat tu, sebab tiap kali lalu ikut sekolah, tak pernah nampak pun, pakcik bermotor jual coklat tarik. rindu sekali mahu makan coklat tarik. T_________________T kalau waktu tu saya jenis berani, mesti saya akan tanya macam mana pakcik tu buat coklat best tu.

aiskrim yang dijual pakcik motor adalah benda kedua yang buat saya akan teringat waktu sekolah kecil-kecil dulu. pakcik tu selalunya bertopi dan ready bertenggek dekat luar pagar sekolah tak kira kami sekolah pagi atau petang. sebab waktu itu semua aiskrim murah, jadi pakcik tu sangat ramai peminat. aiskrim bukan setakat yang kon kecil tu, tapi dua kategori aiskrim yang jadi feberet juga adalah aiskrim roti dan aiskrim bekas. aiskrim kon berharga 20sen, yang bekas(kecik aje bekasnya siap ada sudu kayu kecik untuk cedok aiskrim dalam bekas tu) juga 20sen dan bila ada duit lebih mesti beli aiskrim roti bun yang berharga 50sen. hahaha. serius saya suka aiskrim pakcik tu dan itu antara yang buat saya teringat-ingat ni. hari ni still ada pakcik bermotor jual aiskrim dekat kampung tapi orang nya dah lain.

sate ikan yang lazat lagi enak benda ketiga saya sangat suka beli waktu sekolah dulu. satu cucuk seposen. lima cucuk. 50sen. setiap kali beli, rasa tak puas makan. dulu dalam satu cucuk tu, ada lima ketul sate yang gemuk-gemuk dan gebu-gebu. memang tak kenyang tapi kalau sedap, hari-hari mukaku jua yang bertenggek depan pakcik sate tu letak motor dia. siap lepak dengan pakcik tu sebab ramai budak-budak dok makan sate juga kiri dan kanan saya. tempat korang ada tak sate ikan tu? siap ada dua sos. pilih la mahu yang pedas atau yang manis ataupun campur. pilihan saya adalah sate 50sen dengan kuah campur.

itulah benda yang saya sangat suka nak ulang masa dulu. tapi tak boleh, sebab coklat tarik semacam dah tak wujud. yang paling saya suka itulah yang dah susah nak dapat. yang ada cuma sate ikan dan aiskrim aje. sate ikan tu saya jumpa dekat pasar malam dekat sini baru-baru ni, tapi tak best macam dulu, same goes to aiskrim tu. sangat la lain rasanya. tapi untuk hilangkan rasa rindu zaman dulu, boleh la mengimbau sikit-sikit dengan makan benda-benda ni kalau jumpa. 

betul cakap orang, bila ada tu lah kena hargai dan nikmati betul-betul. jangan waktu dah tak ada ni, baru nak hargai. tapi saya rasa dah puas kot dulu saya nikmati semua tu. cuma sekarang aje, teringin nak merasai zaman kecil budak hingusan bila sesekali datang dalam kepala pasal zaman tu. :) kenangan tu kan indah.

korang? tempat korang dulu-dulu ada ke coklat tarik tu? :D


Mengenai Penulis Entri Ini :
nur.sa juga penulis untuk blog Dunia Sakinna. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Rabu dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label nur.sa. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Selasa Pun Berakhir.

11 comments:

ijatnuar87 said...

ahaks...pernah makan coklat tarik tu,hehehhe...tp skrang dah xder orang jual dah...pastu eskrem & sate ikan tu still peberet smpai la skrng...hehehe

Fina Sophie said...

tak dpt byg mcmna coklat tarik tu.. gula2 kapas ke? eh? no? XD :P cuba sa lukiskan. hehehe. aiskrim roti wktu dekat smnjung baru jumpa. biasanya yg kon je. sate ikan tu tak pernah jumpa.. envy la dkt smnjung. mcm2 jenis makanan... (- -")

chenta said...

nak tau gak rupa coklat tarik tu!

tak pernah dengar pon sebelum ni..huhuhuh

fina sophie : mehla dtg semenanjung lagi! ^_^

Mummy Nana said...

Eh rindu dgn benda2 tu semua jugak... tapi rasanya kalau kat Johor org panggil gula tarik dan diorg dah bungkus siap2 dlm brown paper panjang2.. bila kita masuk mulut tarik pergh.... alamak terbayang bayang... mana nak cari ek??? Kat Johor diorg salut ngan kacang kot... eh ntah lupalah... heheh..

Suka Aiskem bun tu jugak..

Sate ikan tu jek rasanya wujud lagi.. ari tu ada jual kat kedai asia kat Dublin nie... hehehehe

Miss Kira said...

coklat tarik tu x penah dgr n x pnh rasa.. xp yg lagi 2 tu kira slalu buat..
hehehe

sate ikan...

Latest entry: Men's Love

nur.sa said...

#@ijatnuar87
kenal ek coklat tarik tu?haha.best kan.. :)

@fina sophie
nak lukis asalnya kat entry ni tapi tak sempat haha. bayang aje la ye fina. dia mcm gula-gula getah lepas dikunyah tu dan likat ditarik menjadi panjang dan senang utk pegang. sate ikan dulu2 sgt best skang tak lg.

@chenta
hehe. takda gambar nk tunjuk kt korang.

@mummy nana
sama la sini. bila masuk mulut rasa nak tercabut gigi hahaha.. tatau mana ada lagi dah skang.haha. sana lg la tak ada ek kak? :)

eskrem dan sate ikan tu still ada.

@miss kira
sate ikan dan esktem feberet budak2.

zaman yang dah tak bole diulang.huhu.

nn said...

best laaa benda-benda zaman sekolah. tapi betullah. semua tu dah tak ada now.

Latest entry: Japanese wannabes?

Nits Aainaan said...

Saturday, June 25, 2005Gula tarik / Gula Padi
*
**bahannya:
*1 cawan gula kabung/gula melaka/gula merah
2 cawan pati santan
sedikit kacang goreng tanpa minyak
bijan untuk ditabur

*caranya:
*campurkan gula dgn santan tadi dalam periuk. masak atas api yang kecil. sentiasa dikacau supaya tidak melekat. masak hingga pekat/bertali (bila ditarik tak putus macam dodol gitu). kalau nak keras boleh masak lama sikit. tuang kedalam loyang tin yang telah disapu minyak/mentega supaya tidak melekat. kemudian taburkan kacang goreng dan bijan diatasnya semasa panas. biarkan sejuk barulah boleh dipotong.
selamat mencuba....
Posted at sunday 28 0ctober 2013 by nits aainaan

Nor Halimatun Saadiah said...

sy suka..sy suka..balik skolah ptg2 mesti nk mkn..best...agaknye kt trgnu je kot..kwn sy xtau pon..=(

Nor Halimatun Saadiah said...

sy suka..sy suka..balik skolah ptg2 mesti nk mkn..best...agaknye kt trgnu je kot..kwn sy xtau pon..=(

Nor Halimatun Saadiah said...

sy suka...sy suka...slalu dlu2 balik skolah ptg2 slalu mkn..rindu..agknye kt trgnu je kot..tnye kwn sy xtau pon katanya..=(