Tuesday, November 23

Bekas kekasih menjadi kawan?


Boleh tak anda berbaik semula dan menjadi kawan pada ex anda? Atau bolehkah anda menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasih anda?

Kalau saya, boleh menjadi kawan semula.Selagi ex itu tidak menyakitkan hati saya dan buat saya marah...Tetapi untuk menghadiri majlis perkahwinan dia, fikir banyak kali!

Saya nak share sikit pengalaman saya..


Saya hanya punya dua ex sahaja setakat ini. Tapi saya masih berkawan dengan ex yang pertama tu. Kami masih boleh borak-borak di FB. Masih boleh gurau-gurau. Dia pun belum berkahwin tetapi sudah ada pasangan. Pasangan dia pun ok je kami berkawan. Tetapi ex yang kedua tu, memang totally lost contact.

Ex kedua adalah kawan masa saya study dulu. Lepas kami putus, dia pun ada girlfriend baru dengan masa yang amat pantas. Lagipun punca kami putus, adalah kerana perempuan itu juga. Lepas kami putus, dia takde la contac saya dan saya pun takla contact dia sebab tahu dia dah ada girlfriend. Tak nak la kacau, nanti fikir lain plak. Sampai la satu masa tu, Tuhan nak menunjukkan dunia ni terlalu kecil, saya terserempak dengan dia dekat KL. Masa tu saya duduk Johor dan sesaje je turun KL. Entah macamana la boleh terserempakkan. Kuasa Tuhan. So masa nampak tu, saya senyum, angkat tangan dan say hye. Itu je yang terkeluar sebab rasa gugup gak la. Kita tak jangka kan, harusla gugup! Dia pun macam terkejut dan tak respon apa pun.

Selang beberapa minit, saya dapat msg dari dia. Dia boleh sound :

"Kenapa u tegur i?Len kali kalau jumpe, u tak payah la tegur i"
What da h***??Salah ke tegur?Lagi pun just say hye je pun..Bukan buat pape.

Then saya terus la membalas yang saya takkan tegur dia lagi lepas ni kalau saya terjumpe dia kat mana-mana. Saya akan buat-buat tak kenal dia. Kalau tegur tu menjadi salah, baik tak tegur langsung kan? Sejak tu memang terus lost contact terus. No hp dia pun saya dah buang. Baru-baru ni ada juga kawan-kawan saya cakap yang dia nak no hp saya. Tapi what for kan? Saya ignore je la.

Ada plak kawan saya yang tanya saya, kalau ex saya jemput ke majlis perkahwinan dia, saya akan pergi atau tak. Saya jawab, masih belum berlaku lagi, so tak boleh nak cakap pape. Kawan saya ni ex dia akan berkahwin hujung tahun ni dan ex dia jemput dia sekeluarga. Dia macam taknak pergi sebab dia kata tak sanggup nak tengok orang yang dia pernah sayang, berkahwin dengan orang lain. Tapi dia harus pergi sebab family dia baik dengan family ex dia tu. Saya tak tahu la nak bagi nasihat apa sebab saya pun tak alami lagi benda tu.

Kalau uols macamane? Masih berkawan dengan ex dan yakin boleh pergi majlis perkahwinan dia dengan jayanya? Mari la share yang ada pengalaman tu. Boleh jadi panduan nanti! ^_^

Update :

Lupa plak nak tulis. Ada seorang ex saya tu, dia bagitahu kawan saya la yang dia kecewa bila saya dah tak nak berhubung dengan dia. Sebab lepas putus, ada konflik sikit. So saya rasa lebih baik tak berhubung. Tapi ex saya ni meluahkan pada kawan saya. Dia tanya. Kenapa dah putus, tak boleh jadi kawan? Padahal dulu dia la yang memberi kita cinta, kasih dan sayang. Kenapa dengan mudah melupakan semua tu. Susah juga saya nak jawab bila kawan saya bagitahu apa yang ex saya cakap dengan dia.

Then bila ex bf/gf pun kita susah nak jadi kawan. Apatah lagi bekas tunang. Kan?



Mengenai Penulis Entri Ini :
 chenta juga penulis untuk blog Suka Hati Sya. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label chenta. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah SPM??!.

26 comments:

Fynn said...

kawan dgn ex?
susah tu.
pegi majlis kahwin?
lagi double triple susah.
UNLESS
klu by the time i dah ade boyfie yg much better utk tyg dkt dia.HAHA

Banyak lagi perlu kita belajar

CikGadis said...

xpayah pergi la knduri tue kalo itu bley wat de terluka atau terungkit kenangan dulu2. lg pn, kna jugak jaga hati is3 de kn..

ASaDa RyutaRo said...

tak terfikir lagi dan belum berlaku. cam tak nak fikir dulu je. hahaha..

apa pun, orang jemput pegi makan free tu.. lalala~

nn said...

even exwives/husbands boleh jadi bestfriends, kalau setakat bf/gf... kici punya hal! :)BUT it depends on how it ends. kalau berpisah secara baik, then, why not be friends. kalau tak... hmm. susah sikit lah kot.

Tajuk Latest Post Anda“People seldom notice old clothes if you wear a big smile.” – Lee Mildon

kEruL said...

kawan dengan ex???...hmmm walaupun pahit kene telan jugak la.takkan nak putuskan silaturahim...

dtg kenduri kawin die??? hmmm, don;t think so...no3...triple no3

chenta said...

@fynn

hahaha..setuju..kalau dah ada bf/husband yg much better, boleh kot buat tayang kat dia..heheheh

kejam je!

chenta said...

@cikgadis

entah2 isteri dia pun tak tahu yg kwn i tu ex gf husband dia..huhuhu

chenta said...

@asada ryutaro

kalau boleh, taknak berlaku terus..boleh??macam ni nak kena pesan dekat ex2, jangan la invite kita bila dia kahwin..ehhehe

chenta said...

@nn

sometimes berpisah cara baik pun, kita kena jaga hati pihak lain plak like new gf/bf or new wive/husband dia ke...

chenta said...

@kerul

bila part datang kenduri kahwin, mesti no kan?heheheh

Fina Sophie said...

hahaha love this entry!

jap eh. i banyak ex. fikir jap.

okey2 XD kalaulah ditakdirkan ESOK kena g mjlis kawen mana2 ex, if that ex is my first love, i jujur i takkan g. tp mcm yg fynn ckp, if i ada someone yg much better hensem kacak bergaya kaya raya (ceh) berbesarla hati nak g. sbb, after all these time, as crazy as i am, even i dah leh terima kenyataan, still the only guy i really want to be with is always him. aaaanyway, if dgn ex2 lain, kalau dijemput, i g je. bukannya ada perasaan apa pun lagi. lainlah kalau still ada perasaan.. itu mmg smthing. better dont go, jaga hati sendiri. ;)

Kimmy Ai said...

sy dgn ex still best friend~ ;) but skarang jarang skit contact because he has a gf already.

kalau dia jemput pegi majlis kahwin dia? kalau dalam masa 4 tahun ni taklah. i kat egypt takkan nak balik malaysia semata-mata kerana his wedding. hehehe. ;) tapi untuk jangka masa panjang, tengok la. if i dah jumpa pengganti dia mungkin i boleh pegi. =)

kusut said...

pada aku la kan.. kenduri ex takyah pegi la. cari penyakit namanye tu.

dlm persoalan berkwan dgn ex tu.. tak semua orang boleh. stengah2 orang ok.. setengah2 orang takkan boleh revert to being friends. kemungkinan berhubung dgn ex ni membawak konflik adelah tinggi. kalau bukan sekarang.. masa akan datang. emosi manusia ni bukan perkara senang nak handle. semua orang pernah jadik remaja kan?

Pert Doherty said...

JAdi masalah kalau baik ngn ex yg dah sampai tahap kenal keluarga sume.. kalau dtg kenduri kawin dia... haha.. silap beso..

ngn mak bpk dia sume, adik bradik sume dah kenal korang..

tp bgantung pd individu.. kalau dia rasa boleh handle.. go..

nur.sa said...

untuk jaga hati sendiri, mungkin takkan pergi ke kenduri ex if dijemput. hahaha. elok begitu kot untuk saya.

chenta said...

@fina sophie

thanks sebab love this entry! ^_^

walaupun kita boleh terima hakikat yg dia bukan belongs to us lagi, tp kadang2 bila teringat kembali kenangan, hati boleh terusik tau!hehehe..so better tak payah pergi la kan as long as kita dah ada husband..boleh? ^_6

chenta said...

@ kimmy ai

why bila dia dah ada gf/bf baru, kita dh jarang contact????

chenta said...

@kusut

ye..emosi manusia susah nak handle dan susah dijangka!

chenta said...

@pert doherty

susahkan kalau dah kenal family...

chenta said...

@nur.sa

so baik dia tak payah jemput kan?tak la kita pkr panjang..ehhehe

Kimmy Ai said...

oh, because his gf jealous n x percaya dgn i. kitorg dulu study kt tmpat sama and we know each other. gf dia risau kot2 sy nk go back with him. that's why. ;)

chenta said...

@KIMMY AI

biasanya memang begitulah... ^_^

utk jage hati yang ketiga, baik kita kurgkan contact ex kite..

Mummy Nana said...

emmm.. interesting.. xpernah ada ex... tapi kalau mmg xde perasaan dah and betul2 kawan secara ikhlas xsalah kot nak pegi..tapi depend kat ex kita nya partner pulaklah... untuk menjaga hati semua pihakkan...tapi kalau ex tu mcm siot jek baik xpayah...

Miss Kira said...

x salah kalau jadi kawan..xp maybe akan ambil masa yang lama.. slagi perasaan itu ada..pyh sikit nak kawan semula..

xp kira x pnh ada ex.. hehehe

Latest entry: Men's Love

chenta said...

@Mummy Nana

mummy tak pernah ada ex?!wah...cinta pandang pertama ye mummy? ex sy mcm siot je mummy.itu mls nk berkwn semula

chenta said...

@miss kira

kira pun takde ex?wah!menarik betul la uols berdua ^_^

tp cara komen mcm ada pengalaman je..bagus..bagus :)