Monday, November 29

Becoming a Man Part Tiga; Best trick ko apa?

gif animation creator


Sambungan kronologi picisan Kepala Lu Apa Macam?

"Kepala gua okey je" jawapan yang acapkali terpacul dari mulut gua tiap kali soalan yang sama diajukan. Days by days and months by months, gua rasa gua bosan dengan gaya hidup pelajar sekolah yang sangat tipikal dan konservatif. Adakah ini fasa di mana anak muda seperti gua mula tercari-cari identitinya sendiri?

Gua nekad. Gua nak something alive dalam hidup gua. Gua makin rimas melayani kerenah-kerenah yang remeh-temeh seperti menulis hari dan tarikh tiap kali membuat latihan, menyalin nota mengikut apa yang gua dapat dengar dari cikgu yang malas menulis di papan hitam dan rutin pemimpin-pemimpin pelajar keluar awal untuk rehat semata-mata untuk bertugas sewaktu kami berehat walhal mereka lepak di kelas-kelas kosong berkongsi pendapat mengenai peserta rancangan realiti yang bakal keluar pada minggu itu. Gua rasa mereka hipokrit.




Gua semasa tingkatan dua *tut tut*. Macam biasa, gua paling kecik.

Baru pagi tadi selepas perhimpunan gua dipanggil oleh guru dari Kelab Bowling.

"Awak ni nak jadi setiausaha ke tak? Kalau tak nak saya nak lantik orang lain."

Gua hanya berdiam diri, gua harap tindak tanduk gua berdiam diri dapat memberi jawapan seperti "Ya cikgu, saya bukan setiausaha yang cikgu harapkan".

Gua hanya suka-suka join kelab Bowling dan gua di-dajal untuk menjadi setiausaha oleh sahabat-sahabat gua semasa sesi pemilihan ahli jawatankuasa dijalankan.

Petang tu giliran gua bertugas di perpustakaan. Secara teknikal, gua memang bukan mat buku walaupun gua pakai kacamata sejak dari tingkatan satu. Tahap kebosanan semakin melonjak dan gua mengambil keputusan drastik untuk membuat sesuatu yang mungkin tak akan dilakukan oleh pelajar yang sahsiahnya dua kali ganda hebat dari gua. Gua keluar dari sekolah berjalan kaki selama sepuluh minit ke pusat membeli belah untuk bermain PlayStation. Sejak dari tingkatan satu, seminggu sekali mesti gua spend at least an hour bersuka-ria bermain game SmackDown mahupun Metal Slug di kedai tersebut.

Minggu seterusnya gua dapat berita yang kontrak gua sebagai pustakawan bakal tamat pada awal 2002. Aktiviti bermain PlayStation sewaktu bertugas dapat dibau oleh pihak atasan berkat laporan dari pembekal maklumat yang gua syak datang dari pustakawan yang lebih senior dari gua. Gua tak kisah sangat sebab gua dah lama ingin letak jawatan sejak kes kena lempang tanpa usul periksa oleh guru disiplin sesi pagi. Gua masih di tingkatan dua dan sebagai pustakawan, gua perlu bertugas pada waktu pagi kerana waktu persekolah gua pada masa itu ialah pada waktu petang. Normal bagi gua merayau sekitar sekolah pada waktu pagi kerana bosan dan kesejukan duduk di perpustakaan. Nasib gua mungkin agak malang pada waktu itu, terserempak dengan guru displin sesi pagi. Gua berlagak normal tapi gugup bila berdepan dengan guru tersebut. Belum sempat gua jelaskan situasi, telapak tangan saiz lelaki dewasa tepat hinggap di pipi gua. Tercampak spektakel gua dalam jarak 2-3 meter dari tempat gua berdiri. Gua tak tipu, gua nangis pada waktu itu.

Gua tak simpan dendam sebab gua rasa salah gua jugak. Gua tak pakai lencana pelajar sesi petang maka guru displin tersebut mengambil langkah yang ringkas dan mudah demi menunjukkan kuasa beliau sebagai guru yang dominan dan berkuasa dari pelajar-pelajar. Setelah melalui pelbagai insiden-insiden sebegini, gua harap tahun 2002 gua bebas dari kongkongan sekolah. Gua mahu jadi normal dan gua penat berlakon jadi pelajar yang berakhlak mulia di sekolah. Ramai kenalan-kenalan yang gua kenal telah dilabel sebagai drop out kerana prestasi akademik dan disiplin mereka agak kurang memberangsangkan. Gua kadang-kadang rasa pity terhadap mereka kerana disisihkan mengikut klasifikasi kelas berdasarkan daya intelek yang tak semabeles kelas-kelas atasan. Tuhan sahaja yang tahu betapa perkasanya mereka bila di luar sekolah. Ada yang bekerja sewaktu habis persekolahan, ada yang berjalan kaki ke sekolah dan ada yang pandai berniaga di pasar malam. Di sekolah mereka mungkin bodoh, bangang, lembap dan tolol tapi di luar sekolah mereka sangat independent.

Gua semasa tingkatan tiga *tut tut*. I was the smallest class monitor in the history of my school. To be honest, one of my classmates is here among us in the blog roll. Just few months ago gua perasaan dia selalu hang out kat sini. Haha.

Gua cuba benda lain. Menatang ni simple, sekeping papan yang ada empat roda. Orang putih panggil skateboard, kat sini pon orang panggil skateboard tapi mengikut mother tongue gua, benda dipanggil papan luncur, papan selaju mahupun papan beroda. Mula-mula gua observe, tengok orang main. Pergh. Magik. Para skatik-skatik yang dah pioneer dalam skatik-skatik ni pakai deck yang branded. Truck branded. Griptape branded. Wheel branded. Mana-mana yang kaya raya dah boleh beli deck Powell, truck Titan, whell Blind dan Black Magic griptape. Kasut pulak skateshoes macam DC, Vans, Globe bagai yang harga sampai RM200 sepasang. Gua tak mampu beli benda itu semua.

Gua nekad, gua nak cuba main menatang ni. Berbekalkan duit RM30 gua ke pasaraya Giant dan terus angkat deck yang dah pasang siap yang gua sendiri tak pasti brand apa. Brand-less rasanya. Bawah deck siap ada design rama-rama lagi. Bagi mengurangkan rasa malu gua basahkan bahagian bawah dan berus design rama-rama yang sissy itu supaya tanggal. It was fun. Semua benda D.I.Y, from rail to funbox and from funbox to launcher. Orang seminggu belajar dah dapat buat Ollie tapi gua ambik masa sebulan. Orang main pakai skateshoes gua kering main pakai kasut sekolah jenama pallas kaler hitam. Bangga bila melihat kasut sebelah kanan gua ada kesan rabak tanda gua rajin buat Ollie.

Next few months gua dah pandai buat trick lain. Kickflip setempat dan boardslide gua dah berjaya master. Tapi orang lain dah step foward buat skill gila-gila. Darkslide, Manual dah macam picisan bagi diorang. Gua makin tersisih bila gua diketepikan kerana best trick gua hanyalah setakat Kickflip. Amateurs macam gua jarang dapat peluang berlatih di rail dan funbox yang ada. Gua lebih banyak membuang masa melihat brader-brader skatik yang dah pro buat trick-trick yang agak jaw dropping.

"Cis, gua ingat main benda ni everyone is equal" kata gua dalam hati. Gua salah. Gua dapat rasa double-standard tiap kali turun padang. Gua rasa ini risiko yang perlu gua tanggung kalau nak cuba something different. Gua gagahkan diri turun tiap-tiap petang semata-mata nak tengok brader-brader yang pro buat perform trick-trick baru. Gua dah kenal Tony Hawk, Eric Koston mahupun Kareem Campbell tapi diorang yang tak kenal gua. Lama kelamaan gua dituduh poser kerana tak tahu main tapi ada deck. Gua makin menyirap bila ada orang tanya "Best trick ko apa?"

Mengenai Penulis Entri Ini :
KeCiK juga penulis untuk blog KeCiK SUKa MaiN BoLa. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label KeCiK. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Hamlet OoO Hamlet.

6 comments:

Mummy Nana said...

Hahaha... sabar jek lah diorg.... korang belum kenal sapa itu kechiksukamainbola.... hahaha... errr apa best trick kechik??? ahaks.... btw...kechik nie mmg kechik sgt... comel bak org kata.... hehehe

r.k said...

kecik , ghua rasa kalau lu skate dari tanjung malim sampai senawang dorang dah senyap .. best trick lu apa ?
shoot direct tanjung malim-senawang .

aha !

KeCiK said...

KaK NaNa@
10 tahun dulu best trick takat kickflip setempat je kak. Nak ollie lepas divider jalan pon tak lepas.

Err..tak tau macam mana nak letak icon blushing kat sini.

:)

r.k@
Like I mentioned earlier, kickflip SAHAJA mate. Amatur bukan? Even dapat buat boardslide pon tak tentu leh landing, konpem gua tergolek mate. Sekarang? Gua ingat nak pijak deck pon boleh tersembam mate.

Gua bawak ex5 balik senawang pon tak larat mate, inikan skatik-skatik. Lain la kalau gua Mohd Jayzuan mate.

:)

Ah penat gua jadi Australian.

Fina Sophie said...

keciknye. tp jadi ketua kelas. kecil2 cili padi la ni ;)

humbleyat said...

oo..no wondr la pggil kecik hehe

setiap ending mesti diakhiri dengan suspen..
pandai wat klimaks cerita yerk..

keep it up!

KeCiK said...

Fina@
Kecik kecik dah malas, dah besar lagi malas. Ketua kelas tak cool, kena diri depan kelas waktu perhimpunan.

:)

Kak-Yat@
Masa form 3 ada sesi untuk rekod ketinggian pelajar. Unit cm terakhir yang paling rendah pon lagi tinggi. So I ended up with the nick KeCiK.

Tapi sekarang ketinggian dah improve.

:)