Monday, November 22

Becoming a Man Part Dua; Kepala Lu Apa Macam?

gif animation creator

Sambungan kronologi picisan "Kau Sape Nak Tau?"

"Dah diri kat luar tu sibuk apsal? Diri je lah"
balas pengumpat-pengumpat tu. Lantak lah, gua malas nak layan. Sejak masuk sekolah menengah ni gua memang tak rapat dengan perempuan. Kaki gua semakin lenguh berdiri keseorangan di luar gara-gara tak siap kerja sekolah. Gua lihat jam tangan digital gua, "Eh, lagi 5 minit nak rehat". Gua sangat geliga dalam mengambil kesempatan. "Cikgu, nak pergi tandas." tanya gua pada cikgu dan macam biasa, cikgu yang give up dengan gua memberi kebenaran. Gua bergegas ke kantin dengan harapan dapat beli makanan awal. Sambil bergegas, gua sempat beri signal V kepada kawan-kawan gua yang berada dalam kelas. "Tu lah, salin kerja sekolah tak ajak aku" kata gua dalam hati, gembira meninggalkan rakan-rakan yang bertungkus lumus menyiapkan latihan.



Hari-hari persekolahan bersilih ganti. Semua sama bagi gua. Pergi sekolah, balik sekolah. Minggu ni minggu spesel. Sekolah ada buat pesta matematik peringkat negeri. Gua sangat excited sebab gua tak perlu spend precious time gua dalam kelas untuk belajar masa pesta ni. Gua dilantik oleh guru KH gua untuk mengepalai budak-budak quarter master semasa pesta ini dijalankan. Sebagai ketua yang berdedikasi seharian gua tak masuk kelas sebab sibuk ke sana sini. Cikgu-cikgu matapelajaran tak dapat buat apa-apa sebab gua dapat lesen besar.

Masa untuk gua beraksi dah tiba. Ada kakak Chinese dari form six report kat gua yang ada lampu rosak kat dalam dewan yang akan digunakan untuk game 'rumah sesat'. Gua bergegas ke tempat kejadian bersama rakan setugas untuk menunjukkan kredibiliti gua sebagai ketua. Masa gua masuk dewan tu, kawasan sangat gelap sebab diorang dah 'renovate' bilik tu jadi 'rumah sesat'. Gua sendiri tak pasti sesat celah mana sebab gua tak sesat pon dalam dewan tu. Gua segera mengenalpasti lampu yang rosak tu. Gua susun meja dua lapis supaya sampai untuk gua yang bantut ni mencabut lampu kalimantang tersebut. Belum lagi gua capai lampu tu gua rasa ada bahaya menanti. GEDEGANG ! Bilah kipas siling tepat mengenai kepala kiri gua. Gua jatuh dari meja dua tingkat tersebut. Seriusly gua tak rasa sakit mana pun, rasa macam kena penendang dengan senior masa gua form one je. Gua runner gi toilet. Mak aih, habis baju Pendidikan Jasmani gua basah dengan darah dari kepala gua sendiri. Gua sendiri lihat secara live darah memancut dari bucu kepala gua. Gua keluar dari toilet dan cuba buat-buat cool tapi cool gua entah mana. Gua rasa nak pengsan.

Sedar-sedar gua dah ada dalam kereta. kakak lenglui form six tadi juga ada. Berpangkukan peha beliau, gua rasa sungguh selesa, adakah gua dalam heaven? Sampai je hospital gua terus masuk dalam bilik, brader attendant yang bertugas terus capai shaver dan shave kepala gua. "Habis la gua, dah la tak hensem, botak lak tu" kata gua dalam hati. Gua risau akan kualiti maskulin gua dari memikirkan luka seluas 2 inci kat kepala. Masa jahit tak sakit langsung terima kasih atas keberkesanan ubat bius yang brader tadi bagi.

"Dah siap, ni kepala kau berparut sana sini apasal?" soal brader tukang jahit.
"Ni yang ketiga bang" jawab gua, ringkas kerana efek ubat bius sehingga ke bibir.

Ya, ini parut yang ketiga gua terima. Parut pertama gua dapat masa main kejar-kejar dengan member gua. Gua henjut dia sampai depan rumah tapi dia main kasar, pagar depan rumah dihayunnya tepat ke arah forehead gua, tempat gua selalu header masa main bola. Kali kedua gua dapat masa main kat surau. Biasa lah, nama pon budak-budak, semua tempat jadi taman permainan. Kali ni pili air tempat orang ambil wudhuk penyumbang parut kedua. Sampai sekarang, gua agak trauma bila melihat kipas syiling, pagar depan rumah dan pili air besi.

Dua hari selepas itu gua kembali ke sekolah. Gua agak terkilan kerana brader tukang jahit kepala gua hari tu cuma bagi dua hari je surat cuti. Masuk je cikgu dalam kelas cikgu tersebut dah usha gua. Gua dah jangka, tak pasal-pasal dapat ceramah free. Gua mengiyakan sahaja segala nasihat yang diberi. Mula-mula gua agak excited menceritakan kemalangan ngeri tersebut. Tapi lama-lama gua bosan. Tiap kali cikgu lain masuk mesti gua kena ceramah. Kawan-kawan gua juga seringkali menanyakan soalan berbentuk sarkastik, "Kepala lu apa macam?"

Mengenai Penulis Entri Ini :
KeCiK juga penulis untuk blog KeCiK SUKa MaiN BoLa. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label KeCiK. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah JoM ke Pesta Chow Kit Kita !!!.

10 comments:

cik ain said...

alaa. tertinggal bace entry part 1 pasal cerita nie. maka xfhm sngt :)
good job!

*latest entry, xde lagi :)

humbleyat said...

patutla die cerdik yerk..kena parut 3 kali hehe..:)serebrum dan serebelum giat mengaktifkan diri :)

tapi ngilu kot terkena kipas siling tu..adoi....terpejam mata jap sambil membayangkan situasi tu huhu

Mana Dia Clipper Spekku

anyss said...

Salam,
Syukorrrrrr masih ada kepala lagi hu huhu



Ditemani Awan Gemawan Putih Kekabu Bak Biri-Biri Gemok

KeCiK said...

@cik ain
Tertinggal ye? Relax. Chill. Cool. Ambik je balik. Tak susah. :)

@Super-Lawyer
Sekolah dulu tak cerdik sangat, just recently ni baru nampak educated sikit. Haha. Cuba try imagine tengok kat cermin, ada darah memancut crit crit kat kepala. :)

@anyss
Yeah! Syukur gila. Kalau dalam cerita Saw mesti dah nampak otak.


:)

Fina Sophie said...

serius memancut darah? errr... leh pengsan kot tengok (- -")

keep up! ;)

Pert Doherty said...

pengalaman lu pada perenggan atas tu adalah sama seperti gua.. gua rasa sangsi.,. adakah gua ini adalah lu??

hahaha

KeCiK said...

@F.S
Yup, as far as I remember memang memancut. But it's not that-memancut-like-waterfall. Tapi memang memancut lah senang cerita. :)

@Pert
Gua semakin sangsi. Adakah lu jelmaan gua di tempat lain? Adakah kita jenis 'drop-out' di sekolah? :)

Entri ter-letest;
Komik Murahan Budak Tahun Enam

Mummy Nana said...

Kelab Quater Master... heheh lama xdgr...
Tulah baik sgt mana tak parut sampai 3 kali kan... eh chop citer xabes lagi nie kan... mesti ada parut lagi belum abes citerkan?... hahahah..... Jgn marah eh... biasalah kalau dah mak mak tu mesti wajib nak kasi ceramah jugak.... hehehe

Miss Kira said...

xpa2.. at least ada kepala lg.. kira prut tu sbg bonus la..
ngeee


26/11

Amni said...

jaga kemaskulinan tu harus! Haha...