Monday, November 1

Banyaknya Majlis!

Salam semua!Hari ini rasa nak ajak semua sama-sama berkongsi mengenai majlis-majlis yang sering kita hadiri.Tak kisahlah majlis apa-apa pun,kerana saya melihat majlis-majlis keraian sudah menjadi tradisi dan terlalu sinonim di kalangan masyarakat kita.

Sejak dari kecil sehinggalah ke liang lahad.Ada sahaja majlis dan keraian yang perlu dibuat.Mungkin sesetengah majlis tidak perlu dibuat dengan meriah, tetapi mungkin kita sedang melalui zaman "kemewahan", majlis yang sepatutnya dibuat secara kecil dikomersialkan.Hmm, ada juga majlis yang tidak patut dibuat secara berlebih-lebihan kan?

Saya perhatikan, majlis cukur jambul anak sekarang menjadi satu kewajiban bagi setiap ibu bapa yang baru menyambut kelahiran.Apa yang saya kesalkan, berlaku pembaziran apabila buaian anak dihias secara berlebih-lebihan, pakaian ibu bapa yang diiraikan turut sama meraikan seperti majlis perkahwinan.Bagi saya , cukuplah sekadar kenduri doa selamat yang sederhana. 

Apabila anak lelaki sudah mencapai umur baligh, majlis Khatan pula dilakukan. Majlis ini biasanya dilakukan beramai-ramai kan?Bahagian yang ini patut diberi pujian kerana jarang saya lihat pembaziran dilakukan di sini.

Kemudian Majlis Kesyukuran Anak Masuk Ke Menara Gading.Wujud lagi ke majlis ini?Rasanya, kebelakangan ini majlis ini jarang dilakukan lagi sebab melanjutkan pelajaran adalah perkara biasa yang dilakukan pada abad ini.Saya masih ingat lagi, ketika anak-anak mendapat tawaran melanjutkan pelajaran zaman 1990-an, pulut kuning dan doa selamat sering dilakukan di surau-surau berdekatan untuk mendoakan si anak yang ingin melanjutkan pelajaran.Doa orang kampung mengiringi si penuntut ilmu.Sekarang?

Setelah itu, para-para graduan pula meraikan majlis graduasi.Wah majlis tak berhenti lagi rupanya.Bagi saya majlis ini merupakan satu penghargaan buat ibu bapa yang mendidik dan memberi sokongan kasih sayang mereka.Tanpa mereka , kejayaan setinggi itu mustahil untuk kita genggam kan?

Setelah masing-masing tamat pelajaran, sudah bekerjaya, majlis ini yang sering diimpikan pasangan-pasangan mempelai, merisik, bertunang dan perkahwinan.Bahagian yang ini, tak perlu saya olah panjang-panjang sebab saya rasa masing-masing ada pendapat sendiri kan?Yang penting lakukan ia mengikut kemampuan kita dan pastikan pinjaman-pinjaman peribadi dilunaskan yerk?Mengikut kajian saya, majoriti pengantin membuat pinjaman peribadi bagi melangsungkan perkahwinan mereka.Betul ker?Susahnya nak buat majlis kan?

Hmm..Majlis apa lagi yerk..Oh ya, sekarang ni kan musim haji.Meriah pula lapangan terbang apabila semua sanak saudara turut menghantar jemaah-jemaah haji ni Kenduri doa selamat untuk mereka pergi dan balik juga dilakukan dan Semoga kita pun mendapat seruan yang sama pada masa akan datang.Amin..

Akhirnya, majlis tahlil jika ada kematian.Rasanya majlis ini merupakan  majlis yang paling suram sekali di antara majlis-majlis yang lain.Majlis penutup dan penghujung kehidupan kita.Sudah bersediakah kita mendengar talkin-talkin khas buat kita?Setelah kita bergembira dengan segala pencapaian kita di dunia dengan meraikan majlis yang meriah, akhirnya majlis tahlil sebagai penutup untuk kita.Ditinggalkan berseorangan dengan amalan-amalan yang kita telah lakukan, sanggupkah kita berhimpun di padang Masyhar kelak?

" Sesungguhnya setiap yang bernyawa itu pasti merasai mati"

20 comments:

Q said...

bak kata orang cina. "hidup pakai duit, mati lagi pakai duit"

KeCiK said...

"Majlis Kesyukuran Anak Masuk Ke Menara Gading"

The longest name ever I've heard for a majlis.

Kalau niat bersyukur tu why not kan? Tapi kalau nak show off tu macam tak patut lah.

r.k said...

say ... when adat were mixed into agama , waste is invisible .

why dont we put agama into adat , heh ?

ah , majlis hari jadi ?

kusut said...

lain keluarga lain la jugak sambutan dia. and pada keluarga yg sangat pentingkan adat, kalau tak buat sambutan.. tak dijemput ahli keluarga, tak dibuat properly, tersinggung perasaan semua orang.

tapi kalau alang2 dah buat sambutan.. kenapa tak dijemput kawan2 jiran terangga kan?

satu nasihat yg aku rase sangat bagus penah diberi kat aku.. jangan jadi hamba duit. kalau ade duit, mampu.. gunakan. duit boleh cari.. keluarga, kawan, takleh ditukar ganti.. tak sama

Amni said...

huhuhu.... kalau mati yang dikenang takpe.. kalau mati orang tak heran? haih...

Ya Allah, andai engkau mengtakdirkan kami mati, mati kan kami dalam IMAN... Amin...

chenta said...

kalau dh kerja, lg byk majlis nk kene attend..namanya,,fuh~bukan main panjang...

Mummy Nana said...

Mmmm.. belum lahir pun dah ada majlis...majlis nak sambut baby,mandi baby or bak kata org putih Baby Shower??? Nampaknya org mesia pun sekarang dah terikut ikut cara barat.... kena ke majlis tu???? Kan sedih jek dah buat majlis tu tiba2 terjadi sesuatu yg xdingini.... MMmmm.... Xpelah.. duit byk terlebih kot.. sebab tu kena buat majlis macam ni.. and besar2an...

nur.sa said...

yeah banyaknya majlisnya..
tapi tak semua mampu utk merasai semua majlis tu. majlis akikah pun ada yang tak mampu adakan.

bilakah majlis tahlil kita? walluwa'lam..

kusut said...

@mummy nana
baby shower tu yg bagus dia IMHO kan.. presents! hehe nanti bakal parents dapat la jimat sikit duit. ni kalau baby shower yg proper lah

humbleyat said...

salam semua.
malam ni baru berpeluang balas satu demi satu.jgn marajuk yerk.
nanti kene wat pulak majlis pujuk memujuk:)

Q:first time dgr pepatah tu...bukan ker diorg jenis loaded, kejar kemewahan dunia..mcm mana mati blh byk pkai duit yek..

kecik: main tibai aje nama majlis tu haha ..biasanya kita ni byk wat doa selamat tp mungkin perlu berpada-pada, jagn bezakn tetamu kaya dan miskin..

apabila ada satu majlis yg membezakan darjat kaya dan miskin, haram bagi kita menghadirinya ;)

humbleyat said...

r.k:
agreed an no objection ;)
need an islamization in our adat.
cth terdekat, bersanding itu adat tp kita "islamize"kan menutup aurat dan hanya untuk tatapan saudara terdekat sahaja..yg penting tak berlebih-lebihan coz syaitan juga yg ketwakan majlis tersebut bila kita membazir..

kusut:
betul tu kusut.it is subjective, kerana tujuan utama majlis untuk meraikan tetamu, ukhuwah,
paling bez, jumpa saudara yg jauh2 kan:)

Amni:
aminn..matikan kami dalam keadaan husnul khatimah..hidupkanlah kami dengan iman , dan matikan kami dalam iman jua :)

hidup mulia atau mati syahid!

chenta:
betul tu..sgt benar belaka..
untuk rasmi ofis baru la,sambut kenaikan pangkat, bersara, pertukaran jawatan adoi, makan lagi..:)

sy pun ada majlis penerimaan masuk jwtn..part plg bez diiktiraf mcm tu

humbleyat said...

mummy nana:
tu lah, majlis yg tak perlu ader..
tp bg kita, harus banyakkan doa bila berbadan dua ni kan?huhu

sedih tgok segelintir masy,. ygmengaungkan majlis barat2 mcm tu..cth "prom nite"...

nur.sa:
betul, tak semua mampu merasai semua majlis itu.

majlis tahlil ? hmmm..Hanya ALllah yg tahu dan kita juz harus well-prepared shj:)and sentiasa muhasabah diri.

kusut:
hoho kusut pk hadiah yerk..hehe trick mjlis tu ...

Fina Sophie said...

btul ke ramai buat pinjaman peribadi utk mjlis perkahwinan? @_@

Tupai Karan said...

saya dari taim tunang, menikah, beranak, semua majlis kecik2 sebab saya leh kata dipencilkan dalam keluarga.. but anyway, buat yg patut2 je dah la kot. kadang org buat lebih2, sbb ada duit lebih, asal jangan sampai dianggap riak dah la kot

Latest entry : What's the point of updating your blog if you're just copy pastaing?

anyss said...

Salam,
sekarang ni, majlis semua bajet tinggi...besday anak pun dah sama macam kenduri kawin. majlis tunang jugak serupa. majlis kawin lagi la...kalau boleh nak siaran langsung. Kawin 2 hari, tetiba cerai hu hu hu

humbleyat said...

fina:
setakat yg saya tanya, dan sy tengok majlis tu agak grand, sy tya direct dan jaapannya ya..mereka membuat pinjaman peribadi.

lagi satu kes-kes bank di mahkamah juga byk melibatkan pinjaman peribadi perkahwinan.

tapi itu terpulang kepada kemampuan individu yerk:)

humbleyat said...

tupai karan:
salute tupai karan, kdg2 majlis yang kecil tp usaha sendiri sebenarnya lebih berkat dunia akhirat.

tapi sbg umat islam perlu juga kita membuat majlis yg besar tapi mesti ikut syarak.

teringat pulak ada cadangan kalu kita ke masjid, bawalahkereta yg besar2 supaya kaum lain tahu kita juga umat islam yg maju.
tapi niat harus dibetulkan juga :)
jangan ujub yerk...

humbleyat said...

anyss:
tula..majlis yg kdg2 tak perlu buat dijadikan trend.kita juga yang tersepit sebenarnya.
tepuk dada tanya iman apakah tujuan utama kita adakan majlis barulah kita ada prinsip:)

kusut said...

bukan materialistik tapi realistik. nak dapat baby bukan murah. dr segi ekonomi.. amat besar perbelanjaan dia. beli baju beli diaper beli babycot beli diaper beli macam2 lah. takkan nk bina semua tu sendiri ye tak? so walaupun nampak mcm fun semata2.. tapi ade faedah dia. family2 and especially yg lebih tua akan kasik barang2 basic yg sangat sangat berguna.

aku rase tujuan asal baby shower ni utk prep dan membantu kan bakal mak bapak utk dpt baby. tak nafi ade yg semata2 utk party tapi bukan bazir semata2 lah

Pert Doherty said...

Bahagian khatan tu jarang membazir sebab budak yg berkhatan itu malu.. hahahaha.. pakcik2 dtg nk selak kain dia.. awww.. malu aii..


Antara sahabat, sijil dan senapang Thompson