Tuesday, November 2

apakah kerisauan ketika berblogging

pertama sekali nak mintak maaf kalau perkataan berblogging tu tak wujud. hahaha. rata-rata sekarang semua orang ada  blog. tak kesah la domain apa sekalipun. ada yang blogging sebab hobi, ada jadikan blog sebagai tempat luahan perasaan, blog sebagai tempat cari partner hidup? hehehe dan kalau yang paling femes sekarang ni sebab nuffnang lah. betul x?

untuk mantapkan blog, tinggikan UV, tarik hati nuffnang dan advertiser macam-macam lah cara blogger buat. cari info berguna, kalau yang masih merangkak tu dengan BW lah jalan yang tak lari lah. oh apa akau merepek dengan intro yang panjang.



sebenarnya kan, dalam pada BW tu kan pernah tak ada kerisauan dan ketakutan. kadang-kadang ada yang BW ni bukan baca entri pun kan? xyah tipu lah. dtg jenguk cari shoutbox tinggalkan link ucap "hai, BW, singgah". kan kan kan? kalau tak xkan la peratus yang singgah kat blog aku kurang dari 5 saat merupakan peratus paling tinggi? tapi katshoutbox penuh je hahaha sebab blog aku memang xbest pon kuikuikui.

ok berbalik pada kerisauan tadi. pernah tak ada? contoh macam ko g terjah blog orang tak sampai 5 saat tanpa perlu kenal pon pemilik blog tu. tulis ayat manis2 berbunga1 nak nampak macam  bukan ko singgah kurang dari 5 saat. kalau ada profile pic tu boleh la kenal kan lelaki ke perempuan. camne kalau tup2 end up korang g komen dan beramah mesra ngan orang paling tak suka dalam hidup? musuh time sekolah ke? crush lama ke? aaaa macam2 lagi lah.

pernah tak terfikir camtu? lagi satu bukan semua orang yang buat blog tu dedahkan identiti masing-masing kan. low profile abes lah kat  blog. takda tanda-tanda pengenalan diri ke apa. cakap pon pasal dunia luar. bukan diri sendiri.

haaaaaa...cmne?

19 comments:

Amni said...

cuma risau kalau orang kenal je sebab tak suka cerita hal diri sendiri kat orang len kecuali memang betul2 rapat.. seboleh nya memang tak nak orang tau sapa kite.. hehe...

jarang bw.. kecuali pada blog yang memang menarik perhatian...

jarang jugak sekadar nak sya hi kat shoutbox.. biasa mesti baca entri.. kalau tak boleh komen je bagitau kat shoutbox tu..

so kat satu2 blog tu, memang lama la lepak.. huhu

nabilah_2908 said...

mungkin...drpad musuh...boleh jadi kawan...itu kan lebih baik.. ;)

ASaDa RyutaRo said...

betul la kata nabilah tu. mana tau leh jadi member kat dalam ni. hihi..

tapikan.. tak baik bermusuh..

Mummy Nana said...

Itulah thrill namanya... akak pun xbgtau kawan2 akak tentang blog akak... tapi rasa seronok bila org yg kita xkenal dtg jenguk baca... menambahkan kenalan...

Q said...

adeke blog cari jodoh?
hahahaha

berblog ikut niat. semalam baru ada diskusi pasal blogging kat tv. ada org dapat suka. ada org dapat duka. pilih saja. yang penting titik akhirnya mahu apa. duit? kawan? kawen? main? popular?

KeCiK said...

Kerisauan ketika berblogging?

Tengah sedap baca entri tetiba ada lagu background. Terkejut doe.

Why blogging?
Socially engaged dengan dunia virtual. Haha.

MuJE said...

aku pernah singgah blog tak lebih 5 saat pon! tawu nape?

1. Tetiba kuar lagu
2. Ade popup widgeo(plis guys buang benda ni, menyampah aku ngan popup window dorang tu)
3. blog hitam legam, tulisan berterabur

sebab tu blogwalking yang paling berkesan ialah pakai Google Reader! hehe... korang boleh baca dulu entri tu then kalau rasa nak komen baru masuk blog die.

Komen tu pulak akan bagi backlink berkekalan selagi blog tu wujud. best kan?

chenta said...

i jenis jarang BW. tp kalau i BW, i baca blog tu betul2. kalau muka depan dia ada 10 entry, 10 entry tu i baca..sbb nk kenal owner blog tu..

pernah je i baca blog tu berpuluh2 entry, tp tak tinggalkan jejak..pastu tak baca lg dh blog tu..

ikut suka i la..

tp yg i tak suka kalau kuar pop up mcm2..menyemak!

kusut said...

paling aku tak suke.. org tinggal komen off-topik

blog paling tak suka.. blog yg bukan nk blogging tapi nk tepek iklan yg berjuta

@muJe
hehe.. google reader bagus utk dpt preview je pada aku.. utk baca entry aku prefer pegi blog org tu and spend time utk baca. kesian gak dia susah2 tulis.. kite tak visit pun blog dia

ztie said...

BW biasanya mmg baca entry. kadang2 baca tapi tak tau nak komen apa, tempek singgah kat shout then out. kalau ada komen. adalah tu. hehehe...

kalau ada kenalan yang rapat baca blog. memang rasa macam... tak nak tulis dah~ tak selesa.. lebih suka org lua yang baca

nur.sa said...

bw tu memang saya tak suka la kalau yg jenis tulis sepatah dua kat shoutbox. tu macam nampak sgt sekadar nak bgtau dia singgah, tp entry tak baca pun. kalau blog tak menarik perhatian korang, takyah komen dan tak yah letak kat shoutbox.

takla sampai risau. hehe.

nn said...

risau or takut tu wujud kalau ada orang terasa hati dengan apa yang kita tulis padahal kita tak tujukan kat dia pun.

kerisauan yang lain pasal orang tipu2 blogwalking ni tak ada pun. tak kesah pun tak ada orang lain masuk asalkan member2 baca sebab mostly blog tu pasal diorang.

kusut said...

@nur.sa
camtu lak ek? hehe pada aku.. bile dah singgah, baca, tapi tak tertarik nk komen kat post tu, then i'll post je 'hi' ke 'hello' ke kat shoutbox. malas nak berbunga2 nak letak kata2 default

hehe

nur.sa said...

tapi mmg wujud blogger yg jenis sy cakap tu, kan?sekadar say hi dengan niat utk orang klik blog dia dan naikkan trafik blog dia..

maybe yang jenis kusut tu kategori lain skit.

humbleyat said...

wah..hotnyer tpik ni..sy pun tak suka klu BW just hi2 and then bye...

klu bleh suka keep in touch:)

Fina Sophie said...

hehe.. biasanya, ikut mood je.. jarang blogwalk dkt blog baru kenal. kalau nak blogwalk pun, blogwalk dekat blog kwn2 and, n blog editor 100p juge hehe. :)

cKyN WaN said...

uwah makin hot ni haha

tu la. sy ni dulu menulis suka2. sape tau psl blog ni tau la. then lama2 mcm kawan2 kt sini dah tau psl blog

tp kdg2 identiti di dunia luar kdg2 berbeza dgn identiti dlm blog ni

kdg2 rs mcm malu je kalau org tahu psl blog ni hahaha

pastu kalau p BW kadang2 men hentam je bagi komen kat entri atau shoutbox tu bila rasa nk letak, tp risau kalau2 terkomen kat org y maybe xpernah ckp ktskolah ke, pernah gaduh ke.. macam malu la pulak hahahaha

anyss said...

Salam,
Saya pun ada gak singgah 5 minit terutama kalau blog tu:
1. background hitam, tulisan merah....wehhhh rabun warna ke apa! sakit mata tau...
2. iklan yang tak pernah habis keluar.
3. tulisan alien yang sakit kepala nak kena translet...yang banyak letak tu tanda pangkah pangkah dan short short yang satu apa pun tak paham. dah dia syok sendiri malas nak tulis dengan elok, buat apa kita nak bersungguh menelaah. Bukan nak masuk exam kan hu hu hu
3. Kerawang yang banyak sampai tunggu 5 minitpun hanya nampak header je...isi entah bila nak keluar.
4. Lagu yang bising gempita sakitkan telinga...letak zikit tu sejuk sikit hati hu huh u

izfanora said...

As8

Adat hidup di dunia. Tak semua yang kita buat adalah positif. Betul tak?

Memang sangat cuak dan takut untuk buka blog. Tapi, disebabkan satu peristiwa, blog dibuka.

Then, ada skali, kt shoutbox ada hamba Allah nie bg komen. Rupa-rupanya dia adalah tunang kepada abang angkatku. Tapi, dia xkinal pun aku. Syahdu rasanya.. Kalau r kami tak bermusuhan, alangkah amannya aku berBW di blog dia. =)

Latest entry izfanora:
Semua Nak Kawin