Friday, November 5

Apabila Dikecewakan Lelaki

“Penantian dan tiada pengesahan itu amat menyeksakan batin!”


Memahami lelaki adalah cukup senang… kerana, lelaki akan bersungguh-sungguh menunjukkan dia cinta jika dia benar-benar cinta. Jika tidak cinta…berbagai-bagai alasan diberikan untuk menolak sebarang cadangan!


Jika cinta, sayang… dia akan mengambil berat, dia akan sentiasa call berkali-kali, sms, email, chat selalu dan dia akan mahu sentiasa bersama anda. Dia mahu jumpa setiap masa dan dia akan bercakap tentang perhubungan anda berdua pada setiap masa. Jika berjauhan pula, mahu mendengar suara anda setiap hari.


Jika LELAKI sudah tidak lakukan itu semua?


…Jawapan kepada soalan anda ialah…


“…maknanya, dia sudah tidak berminat sangat dengan anda. Sudah TIDAK CINTA… ATAU kemungkinan besar dia sudah mempunyai kekasih yang lain.”


Anda tidak perlu memberi apa-apa alasan lagi. Dan jangan pula menjawab untuk kaum lelaki pula. Cakap dia tak gitu, dia tak gini. NO!!


INGAT… ITULAH LELAKI… that’s it. Tiada jawapan lain, tiada alasan lain lagi. Very simple.


Dia nak… dia akan tergila-gila.

Dia dah tak nak… dia buat dek, dia hilang, no calls, nothing!


Meratapi si dia yang hilang entah kemana, mengenang segala kenangan manis bersamanya, menanti sehinga bertahun-tahun namun dia tak masuk-masuk meminang, HANYA MEMBUANG MASA!


“Dia dah bahagia dengan hidupnya… percayalah!

Lelaki tidak akan menunggu lama seseorang wanita itu jika dia sudah tidak cinta.

Kecuali, dia tiada pilihan yang lain.”


Jadi, anda harus memberi peluang kepada diri anda sendiri untuk mengenali orang baru, membina satu perhubungan baru. Please…janganlah duk meratapi cinta yang dah berkulat dan masih di takuk lama.


ANDA MESTI MOVE ON! best thing, make a new friend, thats a start! :-


* Apabila dia tidak jawab call/sms/email…boom, you cari kawan baru!

* Apabila dia hilang tah kemana je…you cari teman baru!

* Apabila tak mengambil berat lagi…cari yang care lebih kat kita!

* Apabila asyik jawab nanti, nanti, nanti…boom, tinggal dia!

* Apabila break aje…MOVE ON!

* Apabila dikecewakan…cepat-cepat mula hidup baru, dunia baru, kawan baru, cari boyfriend baru :)


BUT, jangan cepat-cepat nak bercinta balik, sebaliknya, Ingatlah… anda berhak untuk enjoy this moment, berkenalan dengan lelaki dan have fun while you single, and find your Mr Right!


*tips untuk perempuan. ni saja post untuk kali ni yang saya copy dan edit dari blog Bro Razi


with love, puteri_kebayan

9 comments:

azzey said...

apabila kecewa.....jgn yerus biarkan diri kecewa. bangkit dan teruskan kehidupan.

aTiKa aTeRkaH said...

like it..

Aida Ismail said...

kita mungkin akan cakap, "lelaki sukar dimengerti" walhal lelaki pula akan cakap "perempuan ni susah nak difahami"...it's not about arguing who is supposed to understand who, but it's more about accepting and understanding each other.

My friend who is a guy pernah cakap "lelaki sebelum dapat memang berusaha habis-habisan, sayang ini sayang itu, tapi bila da dapat, lelaki akan cakap 'boleh la aku try yang lain'. Tapi dia cakap tak semua la lelaki camtu..apa-apa pun, cinta sangat subjective..falling in love is not something you can play around..hehe, panjang plak. sorry! =D

maharam said...

Salam,
Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seorang. kalau dah putus tengah jalan bermakna "Dia bukanlah jodoh yang diutuskan Allah buatmu", makanya...sila cari yang lain ;)

*dekli* said...

aku sedang dikecewakan....

Fräulein Nurul said...

hmmm betol...time mmg sanggup wat mcm2..bila hati dah tak nak,mmg ignore jer.

same je,kdg2 pompuan sdr pon wat mcm tuh.depends kt individu tu sdr.kalau orang mmg tak reti nk menghargai org di sisi mmg macam tuh.

even kenal bertahun pon lum tentu kite akan betol2 kenal si dia.

cara yang terbaik,maaf kan la org yang wat mcm tuh.slagi tak maafkan,slagi tu kite tak kan dpt lupakn si dia.harap si dia akan berubah & hargai orang yg setia menunggu dia..

ini adalah pendapat sy je..sekian.

nur.sa said...

kalau pernah dikecewakan, terus rasa tak sampai hati nak mengecewakan. tapi kadangkala, kita manusia perlukan sikit masa utk sembuh..

anyss said...

Salam,
Yup! amik masa. Tapi jangan lama sangat...buang masa.

Hargai diri sendiri sblm hargai orang lain. Tak semua lelaki jahat, tak semua pompuan baik hu huhu Allah buat dah adil; lelaki baik untuk perempuan baik, lelaki jahat untuk perempuan jahat.

nanti ada orang kata: nape fir aun kawin dengan wanita baik?
Bukankah tiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya?

CikGadis said...

dikecewakan amat mengecewakan. sedih tp tue semua ada hikmah. jgn tros mengharap pada lelaki itu..