Monday, November 22

Apa yang nak dibanggakan lepas ni?

Setelah usai menonton perlawanan badminton sukan asia antara Malaysia ( Dato' Lee Chong Wei) dan China ( Lin Dan) yang aku sambung sesi menonton perlawanan itu dari depan ruang tamu hingga di kedai Wazeer menyebabkan aku senyum nipis. Bukan sebab kenyataan yang Malaysia sudah nampak masa depan macam mana, tapi sebab jenis senario yang boleh aku agak sejak dari mula perlawanan itu. 

Aku minum pelan-pelan sirap limau aku pesan tadi.


Senario yang memang sinonim dengan mana-mana kontigen Malaysia, bila mula-mula game sama ada kalah dulu atau menang dulu, dan pasti terbawa-bawa ke game penentuan atau rally game dan kesudahnya pasti Malaysia akan hanya sempat pandang lantai dan keluar berita dengan alasan dah cuba yang terbaik. Jauh mana terbaik, itu kita tak tahu.

Jadi, aku terfikir, kalau sedekad yang lampau kita boleh berbangga dengan pelbagai sumber sama ada dari sudut sukan atau secara individu. Maksud secara individu ini adalah, sengaja cari pasal ronda-ronda atas kapal layar sampai hilang arah tujuan dan balik dengan hadiah gelaran dato. Yang itu aku malas cakap banyak. Pasal sukan pula, sewaktu itu, kita boleh mendabik dada dengan pelbagai jenis kejayaan. Dan jika kita fikir secara logik, semakin matang Malaysia, semakin kukuh ekonomi dan semakin mantap kemajuan sepatutnya akan lebih besarlah nama Malaysia dari sudut apa pun. Disini adalah dari sudut sukan. Bola sepak Malaysia pula jangan cakap banyaklah. Kalau dulu kita marah sebab gelaran 'jaguh kampung' kini kita memang patut marah dengan gelaran itu sebab dekat kampung sendiri pun belum tentu boleh menang. Ini pun malas aku nak cerita.

Maka kemajuan sukan di Malaysia hanya tahap mana agaknya? Aku ada baca status kawan aku di Fb, "adat perlawanan..menang kalah sudah ditentukan" jadi betullah kita memang kuat pegangan dengan adat-adat, maka tidak peliklah kalau Dato kalah malam ini. 

Agaknya sekarag. apa yang patut kita banggakan dengan Malaysia? budak-budak yang pilih KLCC lepas itu bantai cium tengah-tengah bandar? Makanan yang sungguh majmuk dan beraneka macam tapi satu hapa pun belum tentu yakin halal dia jauh mana? Banggunan tinggi mencanak-canak tapi yang dipakai, diguna hanya bahagian tingkat bawah..dah tu yang belambak belah atas sapa nak guna? mat pit? bangla buat jalan? burung layang-layang buat sarang?

Habis satu cawan sirap limau, aku pesan satu cawan lagi. Banyak benda nak aku fikir malam ini. Banyak aku nak hentam malam ni. Deep pun dah lain macam. Harap-harap besok, Malaysia akan jadi lain bila berborak kencang begini , lagi-lagi dekat kedai Wazeer. 

Harap-harap.....



Mengenai Penulis Entri Ini :
hentakbelipat juga penulis untuk blog hentak belipat. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label hentakbelipat. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Hijabi Fashion Week (HFW) : Day 7 .

7 comments:

manggosteen said...

betul! bosan menanti kemenangan..
bosan dengar alasan..
kalau super dan dok mesia mesti dah dpt Tun kot!

anyss said...

Salam,

Terimalah kenyataan...kalau dikhalayak ramai pun sanggup buat adegan "panas" apalagi kalau tak ada khalayak kan...inilah Malaysia kita ;) Entah kenapa yang negatif itu jugak yang semua orang nak serbu buat


Ditemani Awan Gemawan Putih Kekabu Bak Biri-Biri Gemok

kusut said...

kita (yg muda2 dan akan/sedang membesarkan anak2) lah agaknya kunci utk membawak kemajuan kat negara kita.. tak kisah la dlm sukan atau apa2. sebab mungkin kalau anak2 kita dilatih secara sistematik dlm bidang yg dia minat, mungkin 1 dalam 1000 anak yg dilatih tu adelah prodigy dan bila dia besar nanti boleh menjadik lagenda.

extreme ke benda tu? bukan ke keluagra sidek buat camtu dlm badminton?

ye mungkin tak semua akan berjaya lah. yg tu hakikat. tapi kejayaan/kegagalan hanyalah bleh kita tahu lepas kita berusaha

chenta said...

teringat seorang yang ajar defensive driving kat opis i ni..dia kata ada kwn dia yg ajar driving tp kat luar negara, dtg malaysia..then dia tanya apa yang boleh dibanggakan dengan driver malaysia...org yg ajar kat opis i tu, tak boleh nak jawab....

mesti uols pun boleh pkrkan kenapa dia tak boleh nak jawab...

SPM??!

Cik Liz a.k.a Leza said...

apa pun dorang dah buat yang terbaik untuk menang...chaiyok!!!

humbleyat said...

ape2 pun kita kena buat sesuatu utk banggakan Malaysia..:P

jangan hanya berpeluk tubuh sahaja..

Mencari Inspirasi Diri

Miss Kira said...

apapun.. jagalah maruah Malaysia.. kita sbgai generasi yang akan membangunkan ia..jgnlah buat bnda2 yg x elok di khalayak ramai..mahupun di tmpt tersorok..

Latest entry: Men's Love