Thursday, November 4

Anjakan Paradigma!

Assalamualaikum!

Salam 100 penulis buat semua pembaca di seluruh dunia. Selamat beristirehat ye kawan-kawan. Kimmy Ai punya kelas 6 hari seminggu mula Sabtu hingga Khamis. Phew~

Pada kali ini, cik K bukan sekadar mahu bercerita, tetapi ingin mengajak semua pembaca flash back kembali tujuan asal kenapa Allah menurunkan satu larangan yang agak susah untuk segolongan kaum wanita patuh padanya.

Isk, jangan lah pangkah dulu entry ni, cik K belum cerita habis lagi neh. 



Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud,

“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (H.R Al-Bukhari dan Muslim)

Salah satu sebab kenapa wanita masuk neraka ialah kerana tidak menutup aurat.

Satu daripada larangan Allah ialah membuka aurat. Aurat itu sangat major. Dan aurat lelaki dan perempuan pun berbeza kan. Cik K cuma ingin sentuh sikit je dari tajuk major tadi. Betul sikit punyalah. Nak cerita tentang bertudung.

Sungguh, rambut tu merupakan asset besar keindahan setiap wanita. Selain tu, leher yang jinjang dan dada pun asset yang penting jugak. Apabila terdedah, banyak lah mata-mata liar (yang tak liar pun) yang memandang dengan penuh masyuk menikmati keindahan ciptaan Tuhan tu dengan tanpa bayaran (FOC). Ish, siapa kata free of charge? Ada lah balasan terhadap tu, okey itu cerita lain.

Perubahan itu sangat susah. Ianya memerlukan pengorbanan dan kekuatan minda. Begitu juga dalam bab menutup aurat ni. Sangat sedikit orang yang boleh berubah secara mendadak ke arah kebaikan, kecuali apabila berlaku sebarang peristiwa yang terkesan dalam hidupnya yang membuat dia berubah drastically. Konsep yang sama jugak dalam situasi bertudung ni. Berubah slow2 dari tak pakai kepada pakai, lepas tu daripada pendek, labuhkan dan seterusnya. Jangan lupa, seperti yang saya cakap kat atas tadi, dada juga perlu ditutup, bukan rambut semata-mata.

Sebenarnya, disebabkan tiada orang tegur lah yang buat kita malas nak berubah. So, sebagai seorang sahabat, juga kepada diri sendiri, cik K ingin mengajak kaum wanita supaya berubah kearah kebaikan. Fokus kali ni ialah dari aspek bertudung. Anyway, cik K pun masih dalam proses anjakan paradigma. Bukan manusia sempurna. =)

Siapa kata pakai tudung tak cantik? Nak kena lempang? Hehe. Gurau2. Cun apa pakai tudung, kan?

Don’t forget to leave some feedbacks ya?

Ja ne!

~Kimmy Ai~

11 comments:

ztie said...

perempuan yang guna tudung memang cantik. Manis... saya pun belum perfect lagi. Masih banyak kekurangan. Masih banyak yang perlu di betulkan :)

Amni said...

selain dada, pinggang dan punggung pon sama kena tutup.. huhu... laki ni popuan pakai tudung labuh, baju labuh, segala-galanya labuh pon dia boleh imagine macam2.. ni kan plak terdedah sana sini kan? huhu... peringatan untuk yang komen ni jugak...

Fina Sophie said...

seronok baca. erm.. saya juga dlm proses memperbaiki diri. satu persatu. may Allah be with me. with us. :)

ASaDa RyutaRo said...

selamat membuat anjakan paradigma..

;)

Q said...

yang penting semua terletak kepada diri sendiri. ada yang pertikai tak tutup aurat tapi tak buat jahat. itu satu lagi kesalahan major yang dianggap minor dalam dunia sekarang.

anyss said...

Salam,
Berubah sedikit demi sedikit kearah kebaikan itu memang lebih bagus. Walaupun sikit, tetap ada perubahan, dari tak berubah langsung.

kalau tak boleh buat banyak, janganlah pula tak buat langsung.

nur.sa said...

saya juga rasa diri ni masih ada yang kurang walaupun dah bertudung,sebab aurat tu meliputi banyak aspek.
mekasih mengajak ke arah kebaikan,kimmy.

r.k said...

nampak cantik tanpa bertudung .
tetapi
cantik dan suci dengan bertudung .. cewah !

koshary said...

dialog yang selalu keluar dari member, "dia tu lawa la, tapi kalau pakai tudung mesti lagi cun". =D

Kimmy Ai said...

@ztie - yup, slow2 babe. =)

@Amni - yup. haha, itu masalah diorang la plak, asalkan kita jalankan tanggungjawab kita dulu.

@Fina - Semoga Allah kuatkan hati2 kita semua. ;)

@Asada - thanks~

@Q - erm, yang itu sebab salah faham konsep arahan Allah dan perangai manusia.

@anyss - wsalam, yep. org yg dah tau tapi masih tak nak berubah, itu yang jadi masalah.

@nur.sa - yup, aurat tu tajuk yg besar. sama2 menasihati. ;)

@r.k - haha. yes.

@koshary - hahah. itu ayat perli. tapi best! ;)

maharam said...

Salam,
Sedikit2...lama2 jadilah semuanya. Asalkan tak mudah putus asa dan kalah dengan dugaan. Benda baik ni susah nak buat...kalau tak mampu nak buat semua kebaikan dalam hidup, pastikan boleh elak daripada berbuat jahat.