Monday, November 29

; anak aku jadi 'ORANG'




Assalamualaikum readers.


mak bedah; habis spm nanti, aku nak suruh anak aku masuk ipta kejuruteraan. aku nak anak aku jadi jurutera.

mak tipah; aku pula nak anak aku jadi doktor, biar dia masuk ipta kedoktoran.

mak bedah; hai melah. kenapa diam je ni? engkau nak anak kau jadi apa?


mak melah; aku tak kisah anak aku belajar mana-mana. aku tak kisah dia nak ambil jurusan apa. aku cuma nak dia jadi orang. dah cukup bagi aku.

mak tipah; laa. kan memang anak engkau tu orang.

mak melah; maksud aku, aku nak dia jadi orang yang berguna.
belajar tinggi-tinggi tapi tak lupa mak bapak.
belajar tinggi-tinggi tak jadi doktor sendiri.
suntik lengan tu, suntik lengan ni.
belajar tinggi-tinggi, tak jadi mat rempit.
belajar tinggi-tinggi, tahu jugak pasal dunia akhirat.
belajar tinggi-tinggi, tak lepak tepi jalan petik gitar.
belajar tinggi-tinggi, tak masuk pusat hiburan.
haa, tu la maksud aku.

mak bedah; tergamam saya mak melah.

:)

8 comments:

My Little Diary said...

salam,
hehehe... betul tu.... mesti mau jdk org.!!

KeCiK said...

Wa'alaikumsalam.

SPM power tak tentu anak jadi doktor, saintis, astronaut, imam, perdana menteri etc.

Even yang masuk IPT pon tak tentu leh jadi someone in the future.

Strong point there, belajar jadi ORANG. Sekolah dulu pon gua drop-out, seb baek dah kembali ke pangkal jalan. Haha.

:)

chenta said...

bukan senang nak jadi orang ^_^

Pert Doherty said...

Macam mak aku selalu ingatkan aku.. Kalau tak pandai dalam belajar tak ape. Yang penting akhlak ko.. ko tak sombong. ada budi bahasa.

Betol tak rasanya apa pelajaran yang mak aku bagi tu berbanding ibu bapa zaman sekarang ni?

r.k said...

ilmu jadi orang ni lain-lain penerimaan dia , macam-macam orang la jadinya .

melentur buluh biar dari rebungnya . XD

afifaa. said...

my little diary; uikss nama. unik. hee. ha'ah, semua nak jadi orang kan?

kecik; agree! spm tinggi mana pn, yang penting, jadi orang jugak :) bagus laa dah kembali ke pangkal jalan. hee.

chenta; tapi kalau diri sendiri tu yang beringat, tak susah sebenarnya nak jadi orang :)

PD; betul dah tu yang mak cakap. yepp. mak bapak zaman sekarang ada ke menekankan benda tu kat anak-anak? tak ramai kan?

r.k; melentur buluh biarlah dari rebungnya :)

Fina Sophie said...

simple. orang = got gud life purpose.

hihi.

humbleyat said...

cita-cita mak melah memg terbaik! lebih tinggi dr mak tipah dan mak bedah...;-)