Friday, November 12

Ada Apa Dengan Novel?

novel. semua tentang novel paling saya suka. tengok novel, beli novel, balut novel, baca novel, pinjam dan memberi pinjam novel (xsuka sangat). novel, novel dan novel. saya dan novel tak dapat dipisahkan. dulu, kini dan selamanya.

ada apa dengan novel sampai minat tahap cipan ni? bagi saya lah kan, novel ni sebenarnya macam astro jugak. macam-macam ada. nak tau? teruskan membaca...

-kehidupan: semua novel yang saya baca berkisar kehidupan seharian. eh, ngopngep la saya ni. mestilah kisah kehidupan, takkan ada novel cerita kisah alam barzakh plak. setakat ni takde lagi saya jumpa novel camtu. okai, dari kisah2 yang dipaparkan kita boleh jadikan panduan. ambil iktibar dari pembacaan. yang buruk jadikan sempadan. peace!

-masalah & penyelesaian: setiap novel ada konflik. ada konflik yang lebih kurang je, tapi korang perasan tak setiap konflik yang ada dalam novel tu pastinya ada penyelelesaian. setiap masalah yang ada dalam novel, penulis dah fikir siap2 cara mengatasinya supaya ending of the story tu tak tergantung. ada kesudahan sama ada gembira atau sedih. so, andai kata kita mengalami masalah sama suatu hari nanti, bolehlah kita praktikkan apa yang kita dah baca dari novel. betul tak?

-keagamaan: sekarang ni dah banyak novel berunsurkan islam. ada novel yang penuh dengan gaya penyampaian yang islamic. watak-watak yang menutup aurat, menjaga batas pergaulan dan sebagainya. ada jugak penulis yang turut menyelitkan makna ayat al-quran atau hadith dalam novel beliau. secara tak langsung, saya dapat menambah ilmu agama. nak harap beli buku2 agama, memanglah jarang. so, baca novel boleh membantu jugak kan?

-ayat & loghat: ayat2 novel semua indah. betul ni. especially yang jiwang2 punya. ada sesetengah novel, kalau dialog penulisnya lebih suka guna loghat negeri. best kan? setakat ni saya pernah baca loghat perak, kedah, penang (tapi tak tahu nak bezakan), dan kelantan(negeriku). paling penting, ayat romantis yang terkandung dalam novel boleh kasi pada buah hati tercinta tau.

-lelaki & perempuan: setiap novel memang tak boleh lari dari unsur cinta. macam-macam watak hero dan heroin dalam setiap novel. dengan cara ni, kita mungkin lebih mengenali sikap manusia. realiti kehidupan yang kita tengok, hanya luaran seseorang. hati dia, kita tak nampak. tapi kalau korang baca novel, korang boleh tahu apa yang ada di hati setiap watak tau. hurmm, kalau tak percaya leh cuba baca novel lepas ni.

-kematangan & pengalaman: orang yang suka baca novel mungkin lebih matang. tak semua ya. itu yang saya rasa. sebab, orang yang baca novel ni tahu banyak sangat tentang pahit manis kehidupan. dalam novel semua ada, dari lucu, sedih, gembira, bahagia, kecewa. even pembaca novel tak banyak pengalaman, tapi melalui pembacaan seseorang itu mampu meneroka setiap ruang kehidupan. dia boleh menilai sebelum membuat keputusan:)

-kawan: novel boleh di jadikan kawan, sahabat dan teman. kenapa? sebab novel tak pernah buat saya kecewa. malah kalau saya sedih ke, kecewa ke.. novel yang saya cari. korang yang tak ramai kawan bertentangan gender la kan, baik baca novel. melalui pengalaman saya, sesetengah kawan2 saya (biasanya datang dari budak sekolah agama yang tak bercampur) si perempuan selalu terlebih perasan. lelaki layan baik sikit, dah mula perasan lelaki sayang dia. hakikat sebenarnya, memang sifat semula jadi lelaki suka mengambil berat. si lelaki plak, perghh... nak ngorat perempuan punya lah susah. maklumlah, tak biasa ada kawan perempuan. hihihii

hehehee... ini pendapat saya. lain orang lain cara pemikirannya. saya sekadar berkongsi apa yang saya rasa. tiada paksaan kepada pembaca untuk bersetuju atau tidak dengan post ini...
*erk..tetiba rasa nak jadi penulis novel:)

-kalau ada pendapat lain, jom kita saling bertukar pendapat. saya pun nak tahu apa yang korang fikir tentang novel;)

with love, puteri_kebayan

16 comments:

afifaa. said...

waaaaa.. saya suka kumpul novel jugak. sejak darjah 5 lagi. tapi tak de laa sebanyak ni! waaaa. terpegun tengok banyak sangat. hee.

Q said...

budaya membaca tu tersangatlah baik. tak kira muda ataupun yang sudah tua bangka. bagi Q novel yang baik adalah novel yang ada 'isi lain' ataupun ilmu tambah. contoh: kalau utamanya cinta, mungkin subnya keagamaan, survival, teknologi dll. dan kita boleh aplikasikan dalam kehidupan kita.

chenta said...

banyaknye novel!!suka sy tgk sbb sy pun suka kumpul novel...

nur.sa said...

bagi yang suka membaca, novel adalah satu kemestian. jumpa aje novel,mesti nak cepat-cepat baca bagi habis..

Chip said...

Novel dan buku nie memang unik. Pada aku novel/buku yang bagus boleh membawa pembacanya ke dunia yang diceritakannya tu. Misalnya kalau cerita tu di Afghanistan, kengkadang kita boleh rasa yang kita nie pernah melawat Afghanistan. Kalau di Sweden, terasa macam dekat Sweden...

Basically, macam pegi holiday tengok tempat orang tanpa meninggalkan rumah!

koshary said...

betul kata chip, bila baca buku khaled hussaini; kite runner tuh rasa cam kat afganistan. bila baca dan brown's da vinci code, rasa cam buat euro trip. =D

baru-baru ni bila baca buku hlovate, ha yg tu menyentuh jiwa =)

baru ditulis:Monolog Jasad: Aku pejuang kebebasan

anyss said...

Salam,
Apa kata Puteri Kebayan tulis novel pulak…dah sah 100 buah akan terjual kan ;)

Mewayang di Estet Sempena Deepavali

maharam said...

Salam,
Membaca jambatan ilmu walaupun dalam novel. Penulis perlu buat rujukan sebelum menulis...jadi pembaca dapat ilmu dengan santai

Risisita III

Apis said...

huhuhu..sesungguhnye x suke bace novel.xtau knape.wlaupun byk info yg best2 dlm novel best.hadeh~

Tutorial Facebook Live Stream Chatbox

KeCiK said...

memBACA komik pon budaya memBACA jugak kan? kan? kan?

Tiga je novel yang pernah gua baca sampai habis; Bukit Kepong, SHIT dengan To Kill a Mockingbird.

:)

Azza Zahra said...

Yer Kecik (:
Mmbaca gak.
Bukit Kepong? Bukan ker
tuh novel yang WAJIB dibaca
masa sekolah dulu? Hehe

Betul ckp Q.

kusut said...

banyak gak novel yg sangat2 menghampakan pada aku. and jugak yg aku rase membuang masa aku je (dgn pembaziran perkataan)

paling suka kalau author pandai main words. satu ayat, 4 perkataan, 3 makna yg tepat. kalau la aku ade penguasaan bahasa camtu.. ><

Fina Sophie said...

yeap, stuju ckp kusut. for me, tak smua buku or spesifiknya, novel, yg btul2 worth reading. mybe aku yg tak kaji btul2 moral di sebalik buku2 yg aku rasa tak worth reading, tp in my defense, dlm setiap buku/novel yang saya baca, sy cari sesuatu yang lain. cth, yg membawa kita kepada persepsi yg berbeza, yang lain dari yang lain. okey cth, nvl RAM. byk2 info berguna dlm tu. elemen keagamaan smua ada. lg satu, novel2 karya Habiburrahman - novel2 beliau novel pembangun jiwa. juga faisal tehrani.

bahan bacaan itu makanan jiwa juga kan, bagilah makan yang benar2 berkhasiat hehe..

nice entry! ;)

CikGadis said...

xska baca nobel. susah tol nak komen. tapi, ada gak novel yang bes. SELAMAT PENGANTIN BARU ISTERIKU!

humbleyat said...

saya bukan hantu novel..tapi baca bila free...:)tapi susahnya anak dpt waktu free tu..huhu

sebab kdg2 bila baca novel tu mcm dah tau je ending die..hehe

Mana Clipper Spekku?

Miss Kira said...

kira pun addict novel gak...
hahahaha