Friday, November 19

3 Benda Yang Kita Akan Rindu Tentang Malaysia




Bak kata pepatah English, You Don’t Know What You’ve Got Until It’s Gone. Jadi, kalau ada di antara kita ini yang tak berapa menghargai atau lupa apa yang ada di bumi Malaysia yang tak ada/tak banyak di negeri orang (nak-nak belah Eropah), di sini aku senaraikan 10 3 yang aku rasa patut sangat dihargai sementara ada didepan mata kita:

#1. Makanan

Kalau yang masih belajar dekat IPT tu dah tentu boleh faham terus situasi begini: Bayangkan yang anda akan menghadapi exam dalam seminggu lagi. Beberapa hari sebelum exam tu anda akan dalam mode study habis-habisan atau dalam erti kata lain, tengah pukul habis sampailah ke pagi-pagi yang gelap gulita.

Tiba-tiba anda diserangi perasaan lapar tahap tertinggi. Ke manakah anda akan menghala? Jawapan dia mudah kan? Keluar saja rumah, dalam masa beberapa minit, dah tentu ada tempat nak makan, tak kiralah pukul berapa, dan jenis makanan yang diingini. Cakap aje nak apa, dari French Fries sampailah ke Chicken Chop, dari sambal belacan sampailah ke Nasi Goreng Paprik, dari roti kosong sampailah ke Nasi Beriyani...semuanya ada.

Macam mana pulak kalau di perantauan? Kalau lapar pagi-pagi buta, lapar ajelah sampai ke pagi esoknya. Kedai banyak tutup pukul 6 petang. Kedai yang bukak ke pagi buta jarang sekali. Kalau bernasib baik terjumpa pun, makanan paling sedap yang bole dibeli tak berapa menyelerakan dan tak padan dengan usaha kita nak keluar rumah dalam keadaan sejuk gedi.

Jadi, lain kali anda berjumpa dengan mamak dekat mapler terdekat atau abe Kelate dimana-mana gerai ingatlah kami di perantauan dan berikan salam peluk-cium dekat mamak-mamak dan abe-abe dengan makanan-makanan lazat mereka!



#2. Mak Bapak dan Sanak Saudara


Dah lumrah manusia, bila dah kenyang perut, barulah teringat benda-benda lain. Tapi, bila dah beribu batu jauhnya, memang mak-bapak kita yang kita akan teringat. Dulu masa di kampung halaman kalau ada apa masalah atau kalau nak mengadu benda-benda kecik, dah tentu mak bapak takpun saudara-mara kita akan ada dengan rela hati mendengar. Kalau ada masa dan kelapangan, dah tentu mereka akan membantu juga.


Kalau di perantauan? Hmmm...kalau bernasib baik dapat kawan-kawan yang bagus, mungkin kita ada alternatif sementara hidup jauh ni tapi manalah nak sama dengan darah daging kita sendiri...


Hargailah mak bapak, adik-beradik dan saudara-mara kita sementara dekat ni. Kalau dah jauh nanti, nak telepon selalu pun fikir dua-tiga kali...


#3. Matahari

Mungkin benda ni tak apply pada orang yang jauh dari Malaysia dan tinggal di tempat yang ada matahari macam Mesir atau Australia tapi kalau menetap di UK atau Ireland, memang susah nak jumpa matahari. Kalau bernasib baik dapatlah 2-3 minggu yang berterusan panas dan cerahnya.

Dulu aku pelik kenapa mat salleh-mat salleh yang datang Malaysia bergelimpangan berjemur dalam panas terik. Sekarang ni, selepas lebih sedekad hidup dalam kesejukan, aku mula faham obsesi mereka ini.

Kesimpulannya, kalau ada masa kita terasa nak complain pasal cuaca panas-terik di Malaysia beringatlah, ramai orang dekat dunia ni yang tersangat menghargai sedikit kepanasan dalam hidup mereka.

Ini adalah Top 3 aku. Apa agaknya Top 3 anda jika/bila di perantauan?

Gambar Burger oleh Bobak Ha'Eri


Chip pada ketika ini berada dalam keadaan lapar selepas baru menelefon ibunya dalam kegelapan musim sejuk. Setelah selesai mengenyangkan dirinya Chip selalunya memenuhi masa terluangnya dengan menulis di blognya, Hikayat Skuter Hijau...

17 comments:

sizuka[Izzati] said...

ini top 3 sizuka :)

no 1: family
no 2: makanan
no 3: suasana pasar malam, pasar tani,bazar [ouhhhh semua pun jual makanan HAHAHA]

cikpia said...

i'll miss
1. family
2. food
3. ntah la... tatau dah.... =)

chenta said...

ada tulis kat atas tu senaraikan 10 yang patut hargai..tp title tulis 3..confius ni..hehehe

sy belum pernah berada di perantau dlm masa lama..tp penah berada di indon utk bercuti..masa tu rasa hargai sgt makanan kat malaysia sbb kat sana, sy langsung tak lalu makan mskan mereka..huuuu

Perlu ke harta demi cinta..bersama pendapat i!Heheheh

cKyN WaN said...

uwahhhh so true!

1.makanan terutamanya! bila malas2 tu sangat lah tertekan nak cari makanan yang best! kadang2 kalau teringin nak makan berger ke memang la mimpi aje lah. tambahan lagi jepun ni sangat susah nk dapatkan makanan yang betul2 halal! sebab setiap makanan mesti nak letak arak. kalau g restoran, 2 -3 jenis je y boleh makan T_T

2.cuaca
walaupun kadang2 duk merungut je kan org msia ni panas, tapi bila dah duk luarnegara ni suhu sejuk melampau sampai tak tertahan. lagi lah pulak memang xtahan sejuk. pastu kos hidup pun tinggi la. pakaian lagi nak kena tukar2, heater, hotblanket, kasut pun kena tukar jugak. kalau pakai kasut summer time winter memang boleh basah kaki nak jalan dalam salji

3. family n frens
kadangkala kita duk kat satu tempat, satu kos, satu cara hidup dan bila tension2 nak pergi ngadu2 pon dorang sama je tensionnya. n lagi suka kalau nk share problem ngan org luar dr komuniti tpt kita duduk. hehe

wah terpanjang lak kekeke

banjir vs salji, dua2 aku suka tapi kadang2 sedikit tak selesa

-ini diary saye- said...

1. xde perang... betapa bertuahnye walau reformasi pon xda or jarang sangt..

2. makan yang sedap2!

3. aman damai.. tu y paling bertuah bila jadi rakyat m'sia.. hehe rasanye dah disebut kat point 1..

CikGadis said...

fuyoo.. miss matahari tue. hehe.

hurm, kalo CikGadis plak :
1- famili dn kwn2
2- msakan mak
3- sawah padi

Jemput singgah ke teratak saya : Selamat Hari Raya Haji

afifaa. said...

errr. tak penah menginap di oversea. hee.

tapi kalau saya, mesti akan rindukan suasana di tanah tumpah darahku.

Chip said...

@sizuka: Dalam banyak benda Pasar Malam yang akan dirindui? Pelik, tapi confirm takde kat negara Mat Salleh so, kira boleh diterimalah...ahaks!

@cikpia: In a way, betol jugak tu. Kalau dah ada family and food, yang lain tu tak penting dan kita boleh make do aje.

@chenta: Hahaha...kantoi lak. Asalnya memang nak buat 10 tapi bila dah takde idea dan risau entri panjang sangat, macam tulah jadinya. OK, OK...dah adjust sikit post tadi...thanks!

Chip said...

@ckyn: Pasal cuaca tu, sebenarnya yang paling miss, tak boleh keluar pakai t-shirt dengan selipar jepun je. Kalau nak keluar lebih 15 minit pun kene bersiap macam nak pegi perang aje.

@Ini diary saye: Ha'ah lupa lak nak taruk keadaan aman damai. Tapi, itu bergantunglah kat mana kita merantau. Kalau bernasib baik dapat duduk Canada, pintu rumah pun bole biar tak berkunci, takde apa-apa jadi. Kalau tercampak dekat Somalia ke, baru kita hargai keadaan dekat Malaysia...

@CikGadis: Memang betul miss matahari tapi bila balik KL tahun lepas, tak nampak jugak matahari pasal jerebu yang teruk. Nak buat camaner?

Sawah padi ye? Hah, yang itu lagilah confirm takde dekat belah UK & Ireland nie. Memang feel tengok sawah ni lain dari lain. Teringat pulak zaman kecik-kecik dolu. Hmmm...

@afifaa: Tanah Tumpahnya Darahku? Terpikir pulak jersey bola baru Malaysia. Ada ayat tu dekat dijahit belah dalam jersey tu. Memang kelas.

fariehan ibrahim said...

ouch, kt oversea kdai mmg xbkak er mlm2?
cian lh kalu org bese mkn lwat mkn, msti kne ready bekalan awal2 er, hehee
sy pown xpenah tggl or pgi kt oversea,
tp da jauh dri rumah lame sket da rindu, apatah lgi kalu duk kt oversea kn,
sumpah msti rindu gler kn,
tmpt org ngn tmpt kte msti prasaan 2 laen, huuhu :)

puteri_kebayan said...

for me...

1-family
2-rumah+kampung
3-keamanan yg ada di malaysia

Fina Sophie said...

tak pernah kuar dr malaysia but if smdy it happened, bnda paling dirindui adalah makanan! fullstop. haha. ni dah balik sbh pun rasa mcm mngidam mknan dkt kedah isk isk. blm lagi kuar dr malaysia teros X(

anyss said...

Salam,

Hu hu hu tak lalu lah nak peluk cium mamak tu...peluk ayam tandori dia boleh lah jugak la la la

Memang betul, saya pi Beijing 10 hari bawak kicap kipas udang sebotol dan merindui SAMBAL BELACAn hu hu hu

Berapa Panjang Nak Tulis Entri?

Fynn said...

Food,confirm.malaysia punya the best!
pegi mana pun rindu.lalala

humbleyat said...

wat sy tersenyum je bila soh peluk cium mamak..nasib bek sy bukan antu kedai mamak..hehe

1.waktu belajar dulu, rasa nak angkut mak duduk belajar same2:)

2.lagi satu bau rumah!

3.tak sampai hati nak makan sedap2 bila ingat kat rumah..T.T

Mana Clipper Spek

kusut said...

1 - makanan especially fast food. mcd, kfc, pizahat seme tak halal sini. malay food bleh usahakan utk masak :P

2 - health care malaysia style. sakit jumpe doktor.. kat sini nk jumpe doktor kene ade appointment. which biasenye appointment tu 3 4 hari akan datang. by then dah tak sakit dah

3 - shopping! kedai2 kat sini tutup pukul 7.. weekend tutup pukul 5. hari ahad kedai bukak pukul 11.

oh rindu KL lah!

Miss Kira said...

betul2.. walaupun Kira still dlm malaysia..xp bila dah stdy jauh dr ngri sndiri..

no.1 n no.2 yg Kira rsa skrg..
mkanan agak pyh nk cr klau dok on campus unless klau ada keta..bru leh kuaq ke pkn terdekat.. tu pun 8 kilometer dr campus.. hahaha

jd..jgn pilih u yg ulu2 ya rakan2..

hahaha

Ayu