Tuesday, November 30

20 TENTANG LELAKI YANG PERLU WANITA TAHU



Hye readers.........hai

masih ingat dengan n3 ini... 10 TENTANG WANITA YANG LELAKI PERLU TAHU


minggu ni...kita bercerita tentang Lelaki pula...




1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).

2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…


6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.


11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!

12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…

14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..


16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…

19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.


Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan

so...kaum perempuan...sepertimana kita mahukan lelaki memahami kita...kita juga perlu memahami lelaki...

hmm.....ada point-point lain yang nak di tambah...??

sumber : Ridzuan Azmi



Mengenai Penulis Entri Ini :
nabilah_2908 juga penulis untuk blog APA KATA HATI. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap SELASA dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label nabilah_2908. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah PLAN TAK MENJADI.

6 comments:

sarah honey said...

suke!
tapi rasa macam nak tahu lebih,lagi dan lagi!
tulislah lagi.hehe
TQ

Cik Liz a.k.a Leza said...

mak aiii ensemnyer mamat tuh...wink wink...
btw nice info kalau boleh tambah la lagi ehehe

Fynn said...

adekah semua lelaki ini macam?teng teng~

nabilah_2908 said...

HYE SARAH ;

insya'Allah...kalau sy jumpa lagi...akan sy share kn lagi di sini.. ;)

HYE CIK LIZ ;

hanya itu sj yg sy jumpa...nnit kalau ada lagi...sy tmbh eh,.. ;)

HYE FYNN ;

nama pun manusia kan..? pelbagai ragam...mungkin dalam 10 org lelaki...ada 3 org yg tk seperti dlama senarai di atas.. ;)

Fina Sophie said...

knpe post mcm ni je lelaki sume tak timbul ni.. haih.

humbleyat said...

ha ah la.sume nyer prp...
segan ker..

ny the way info yg menarik..

rasanya ada satu buku yg best..
nota hati seorang lelaki..
ditulis oleh pahrol mohd juoi..

bc jgn tak bc klu nak fhm lelaki..:-p