Friday, November 19

2 HANTU

Tersebutlah kisah dua hantu. Mereka ni baru bertemu di perhimpunan pertubuhan hantu-hantu bersatu. Mereka bertegur sapa pada awalnya dan akhirnya berbual panjang. Sepanjang perbualan mereka, Hantu 1 ni tak habis-habis berpeluh. Lalu, Hantu 2 yang kehairanan ni pun bertanya,


"Apsal kau ni asyik berpeluh je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti besi!!" Jawab Hantu 1 sambil mengelap peluh seolah-olah berada di tempat yang panas terik.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu 2.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? mengapa tak buat operation? Kalau tak, tentu kau masih hidup sekarang." Balas Hantu 1.


"Dah,aku dah buat dah!!!. masa tu aku masih dalam recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu 2 sayu.


"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.." pinta Hantu 1

"Begini.... Aku syak isteri aku curang. satu hari, aku ingat nak perangkap isteri aku. Aku pura-pura pergi outstation, sebaliknya aku park kereta aku kat semak hujung rumah aku. Seperti yang aku syak, ada sebuah MPV di carpark umah aku. Aku bertenang dulu sebab nak cari masa yang sesuai tangkap mereka."

"Lepas tu, berjaya tak kau tangkap mereka?" tanya Hantu 1 penuh minat.

"Tak. Aku cuma jumpa isteri aku je kat dalam bilik sedang berpura-pura pakai telekung dan mengaji. Yang aku pelik, aku nampak ade kasut lelaki disebalik pintu umah aku. Aku tanya isteri aku tapi dia tidak mahu jawab. Lalu, aku bergegas lari sekeliling rumah cari si jantan sial tu. Hampir 5 jam aku cari si jantan sial tu, akhirnya aku tumbang sebab heart attack. Aku tak sangka aku mati lepas tu..." kata Hantu 2 mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu 1 terdiam mendengarkan cerita Hantu 2. Peluhnya mula menitik laju bagaikan air terjun. Dia mula gelisah seperti seorang penjenayah yang menunggu hukuman gantung. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti besi tempat kau simpan fail? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi."


Kisah 2 hantu ini ditamatkan disini. Apa yang berlaku selepas itu, terpulang kepada imaginasi masing-masing untuk mengakhiri kisah ini.


16 comments:

cKyN WaN said...

eh kenapa tulisan semua ke tepi?
xdapat baca lah

banjir vs salji, dua2 aku suka tapi kadang2 sedikit tidak selesa

✿....rossa alina....✿ said...

haaa??

CikGadis said...

xdpt bc pun =(

ntah3 ntri nie brhannn...hehe

Jemput singgah ke teratak saya : Selamat Hari Raya Haji

Fariq said...

what the????
meor,,,
adakah ini 1 lawak yg paling klaaka abad ini??

afifaa. said...

ha'ah; memang tak dapat baca pn.

Apis said...

hahaha...mmg begitu kot.tajuk pon dah "hantu". haha...

100penulis said...

hmm.. telah diedit semula.

fariehan ibrahim said...

a'ah, td xdpt baca,
mksh cik admin kerna tlh mengedit,^^

imaginasi sy,
dua - dua hantu itu bergaduh dan mati tuk kali ke 2, hueh3x :PP

puteri_kebayan said...

hantu sengal ni..
hihihihiii

chenta said...

nasib dh jd hantu..kalau tak,mesti kene rasuk dgn hantu 2..hehehe

Fina Sophie said...

pernah baca. byk kali lagi. hoho. dua ekor hantu ni glemer siottt... dah smpai ke 100p gitu XD

anyss said...

Salam,

Betul kata Fina...memang glamer antu ni...dah masuk radio, masuk emel dan sampai kat sini gak. Tapi, tiap kali baca memang mesti nak gelak punya

Berapa Panjang Nak Tulis Entri?

Fynn said...

teeeheee...
kesian dua dua ekor hantu tuh ;D
mati katak laaa

Kimmy Ai said...

hahah.. kalau aku jd hantu 2, dah aku siat2 je si hantu 1 tuh..

gila ah~ ;DD

humbleyat said...

haha..hantu yg makan cili tgh coverline...:)mesti berkejaran lagi tuwh..

Miss Kira said...

hahaha.. tu la.. klau cr dkt situ..mesti x jd hantu..
kekekeke