Monday, October 25

Yes...tolak ansur kan budaya bagus!

Hidup dengan ramai masyarakat jelata perlu ada satu sifat. Ini kau kena ingat sampai bila-bila. Sifat sabar. Betul, bukan hanya perlu sabar degan makwe yang memang jenis kurang sabar dari segala segi, tapi bila menapak dekat atas bumi pun kena tahu sifat sabar dengan jiran-jiran keliling.

Tapi sebelum sifat sabar disemai, perlu ada sifat satu lagi. Yang ini kau wajib ingat. Sifat toleransi. Satu malaysia....kejap, tak perlu pergi jauh, mungkin boleh aku cakap untuk dapatkan satu keluarga yang ngam, kau perlu ada toleransi. Jadinya, aku ada jumpa beberapa sifat yang boleh apply toleransi.


satu.
Bila kita jalan-jalan dalam pasaraya lalu sampai waktu solat pun dah muncul, jadi semua orang akan bergerak ke surau. Solat. Ok bab surau yang bau hapak dia gila ba itu aku tak nak sentuh, yang disentuh adalah, bila kita ambil wuduk. Air pili itu akan tetap keluar dan cukup sahaja untuk lengkap syarat wuduk dengan pembukaan air yang kecil. Tidak perlu bukak air laju-laju macam nak basuh kereta. 

 dari google

Ini sebab bila kau ada dekat sebelah orang yang buka pili besar-besar, maka secara automatis kau akan turut mandi wajib lencun dari hujung rambut sampai hujung kaki tanpa kau minta. Kalau air yang merecik itu air muka, mungkin kau hanya senyum, kalau air itu dari kaki....mungkin kaki kau juga turut bergoyang ringan bukan?

dua.
Kau memandu bersenang lenang dan tiba-tiba kau rasa perut kau mahu keluarkan hasil yang kau balun siang tadi. Jadi kau bawa kereta agak pantas. Walaupun agak pantas, kau tak boleh bawak pantas sangat pun sebab kocakan kereta yang dipandu laju boleh buat kau terburai dalam kereta.

Bila sampai simpang tiga, kereta banyak bukan main. Kena beratur. Kereta banyak laju-laju. Jadi kena tunggu opening pada kereta yang berpusu-pusu itu untuk kau masuk jalan itu. Dan bila kau tunggu, satu kereta itu tiba-tiba masuk simpang tanpa memberi lampu isyarat, kan dah rugi satu peluang, sebab kau ingat kereta itu mahu terus, rupa-rupanya dia belok. Ok itu baru satu kereta, kalau ada 3-4 kereta macam itu, kan dah boleh berak dalam seluar. Kau paham tak? 
tiga.
 Kita makan ramai-ramai dengan kawan di satu restoran. Mungkin hari itu hari jadi kawan kita. Ada kek dan makanan yang lain ikut selera masing-masing. Perut yang lapar menyebabkan tatsusila kita makan agak terganggu, jadi makan dengan selera. Tiba-tiba kawan kita sebelah kiri terbatuk-tabuk. Dan kita pula tiba-tiba sesak nafas dan pening lalat. Rupanya di belakang meja, ada 3 lelaki dengan masing-masing puh-puh-puh hisap rokok. Asap dia masyaallah tebal. Kan batal. Kan hilang nafsu makan. Kan rasa nak mencarut! Kan rasa nak belanja lelaki tadi makan kaki bangku!!! Ha....kan dah hilang sabar!!!!!!

dari google

Tiga cukuplah untuk satu ayat. Toleransi.

Revolusi itu mustahil akan tercetus tanpa keadaan yang inginkan revolusi - Vladimir Lenin

5 comments:

humbleyat said...

tolerate is the best policy..sokong sangat2..kalau lah semua ada sifat tolak ansur, tentu aman;)

tapi ada juga sesetengah perkara tak perlu tolak ansur kan?depend on situation...:)

chenta said...

setuju dgn semuanye!

tp selalunye latih diri utk bersbr byk2..huuu

z said...

kan kan kan.

Fina Sophie said...

ah. toleransi. our people dah lack benda2 mcm ni. :)

nur.sa said...

nombor dua. pernah kena asap roko dorang sampai terbatuk2, tapi si yang merokok still buat tatau. paling geram, sy bagi jelingan maut je la.

bertolak ansur lah best, baru hidup sama2 aman.