Thursday, October 21

Wanita dan Tempayan~

Assalamualaikum!


Salam 100 penulis. Kepada student universiti dekat Malaysia tu, good luck in your exam. Aim high, usaha pun high jugak lah k? Sekarang di bandar Kaherah masih belum masuk musim winter. Tak sabarnye. Mungkin sebab tak tahan panas kat sini. Dengar cerita France dah start sejuk walaupun tak masuk winter lagi? Ish, tak aci.. tak aci..


Aku nak share satu cerita pendek ni. Aku dapat dari slideshow yang lecturer General Histology tunjuk baru-baru ni. Cerita tu ditulis dalam bahasa inggeris tapi aku translate. Lagipun aku tak berapa ingat sangat apa yang ditulis but i've got the point lah. 



Dalam sebuah kampung, tinggal seorang wanita tua yang kerjanya bercucuk tanam. Setiap hari, beliau akan membawa dua biji tempayan untuk mengambil air di sungai berdekatan.

Pada suatu hari, satu daripada tempayannya retak. Apabila tiba di rumah wanita itu, air di dalam tempayan yang retak cuma tinggal separuh sahaja. Tapi wanita tersebut masih menggunakan tempayan yang retak itu. Si tempayan yang retak itu berasa susah hati dan berasa dirinya sangat tak berguna dan menyusahkan wanita tua tersebut.

Setelah beberapa lama, si tempayan merasa tak tertahan lagi dan bertanya kepada wanita tua,

 "Wahai tuanku, kenapa kau masih menggunakan aku walaupun kau tau aku hanya mampu membawa separuh dari apa yang aku sepatunya mampu bawa?"

Wanita berkenaan hanya tersenyum dan berkata, "Wahai tempayan, cuba kamu lihat di tepi jalan di sebelah kamu ini, dan bandingkan dengan tepi di sebelah tempayan yang elok."





"Aku melihat terdapat pokok-pokok bunga yang cantik di sebelahku."

Wanita tua pun berkata, "Disebabkan kamu retak dan akan mengeluarkan air di sepanjang perjalanan, aku mengambil inisiatif untuk menanam pohon bunga di sebelah kamu dan kamu akan menyiram pohon-pohon ini di sepanjang perjalanan pulang. Pohon-pohon ini dapat hidup dengan sempurna dan aku akan memetik bunga-bunganya sebagai perhiasan di rumahku. Bukankah sangat berguna diri kamu kepadaku?"

Maka si tempayan pun terharu dengan dirinya sendiri. Walaupun ia mempunyai kelemahan dengan fungsinya, tetapi kelemahannya itu sangat berguna untuk sesuatu yang lain.


*****

Begitu juga dengan diri kita. Setiap manusia ada kelemahan yang tersendiri. Tapi siapa tahu, kelemahan yang kita miliki itu sangat berguna kepada orang lain? So, jangan lah rendah diri dengan kelemahan yang kita ada dan berputus asa. Setiap yang Allah ciptakan tu mempunyai manfaat yang tersendiri. Don't give up in anything that you do!

Dekat Malaysia pukul 11 pm kan? Selamat malam semua. Jangan lupa juga singgah blog kimmy k! ;D

p/s : the story of Hana is still in progress.. gomenasai minna-san for making you all wait~

Ja ne!

13 comments:

koshary said...

serious lecturer tunjuk cerita ni masa lecture? interestingg! kene propose kat mansoura plak la, baru segar skit yeh. =D

yup, ini prespektif baru, belum pernah terfikir yg kadng2 kelemahan kita tu sbnarnya diciptakan dgn berhikmah.

thumbs up for sharing! =)

Mummy Nana said...

Pernah jugak dgr citer nie.... mmm.. baguskan moral of the story nya.. thanks for sharing.. mmg betul... ada kelebihan disebalik kekurangan kita.. tapi tulah.. kadang psl terlalu rasa kekurangan menyebabkan kita rasa sgt rendah diri dan sedih...kena ubah pemikiran.. be +ve.

kusut said...

sokong mummy nana. be positive!

the fact is, kita semua pun ada 'keretakan' mcm dlm cerita ni. cuma some people terlalu fokus pada kelebihan sampai rasa perfect kononnye.

CikGadis said...

yeah! think +ve. jgn la sesekali berasa diri kta x brguna sbb sdikit kekurangan. wlhal, kekurangan tue mngkin memberi baaaaaanyak kebaikkan buat kta. tp kta xtahu kn =)

.s.o.f.i.a. said...

nice!!!

betoi betoi betoi!!! kelemahan kita mungkin bley jadik kekuatan untuk membantu orang lain.... (betoi ka apa aku kata nie?)

chenta said...

1st time tahu cite ni..

sgt ssh utk think +ve pd kekurangan diri sendiri..walau kita tahu semua org ada kelemahan dan kekurangan, tp kita tetap akan rasa rendah diri..tak byk, sikit mesti adakan? ^_^

Kimmy Ai said...

to all,

nobody is perfect~ ;)

r.k said...

everybody is not perfect . but we were made to satisfy each other .

^^"

MuJE said...

cessss.... aku mati-mati ingat tajuk tu merujuk kepada perempuan dan sifat mulut tempayan mereka tu...hehe

jangan marah ye ladies...

apa-apa pon, aku terharu dengan cerita ni. go go pakar motivasi 100 penulis! tiba dapat gelaran dah kan tu...hehe

Kimmy Ai said...

r.k - yes, you're right..

muje - haha.. bila kimmy baca balik tajuk tu pun rasa yg sama.. ;)

fndrocka said...

Good one!:-()

Fina Sophie said...

thanks for sharing good story like this. first time dengar crita ni. smiled. ;)

ASaDa RyutaRo said...

terharu lak ngn citer si tempayan. boleh pulak tempayan tu berkata-kata..

hurm.. jangan pulak terus selesa dengan kelemahan diri lalu terus taknak perbaiki.

kelemahan dan kekurangan dua benda yang berbeza..