![]() |
Ini adalah stailo seorang perokok. Aku TakNak letak gambar anti-rokok! hihi |
Ini tips untuk perokok tegar. Perokok tegar adalah seorang perokok yang mampu menghabiskan 1 atau lebih kotak rokok dalam sehari termasuk di"pow" kawan-kawan perokok.
Itu definasi aku untuk "perokok tegar" dan aku sendiri termasuk dalam kategori ini.
Kenapa aku kata kurangkan?
Apasal tak berhenti terus?
Sebab aku memahami. Bagi seorang perokok tegar amat susah untuk berhenti merokok. Macam-macam dugaan dan kesakitan perlu dihadapi. Ini serius. Bukan main-main.
ok2. Berbalik kepada topik.
TIP KURANGKAN MEROKOK BAGI PEROKOK TEGAR!
1. Jangan simpan rokok dan lighter dalam seluar. Kalau yang bawak kereta, kamu boleh simpan dalam kereta. Kalau dalam rumah, simpan dalam almari. Tempat-tempat yang susah nak ambik. Ini akan menyebabkan kamu rasa malas nak ambik rokok.
2. Kurangkan melepak. Kurangkan! Melepak akan menyebabkan kamu kuat merokok. Serius.
3. Jangan beli rokok sebelum rokok lama habis. Bagi perokok tegar, kalau rokok lama dah tinggal 2,3 batang dalam poket, komfem dia akan beli baru. Cuba elakkan perkara ini. Habiskan dulu rokok yang tinggal 2,3 batang itu.
4. Niat dalam hati, anda kurang merokok sebab apa? Nak kahwin? Nak spend untuk rodtax kereta yang akan mampus 3 bulan lagi atau nak tukar tayar kereta yang sudah nampak benang? Niat tu penting. Ingat perkara yang lebih penting dari rokok.
5. Pow rokok kawan. Jangan beli. Tapi tips ini mungkin akan menyebabkan kawan-kawan menyampah dengan kelakuan anda. Agak berisiko tinggi. Haha.
6. Nak berhenti? susah la de. Cuba untuk slow dahulu. Kuatkan semangat untuk menahan keinginan merokok. Cuba merokok ketika waktu penting sahaja, contohnya selepas makan sahaja. Jangan masukkan "berak" itu waktu wajib merokok. Kah kah kah.
7. Jangan bagitau kawan anda sudah slow dalam arena perokokan. Ini boleh menyebabkan kawan-kawan mengata anda adalah seorang yang poyo serta mereka akan menghulur rokok dengan relahati untuk menjatuhkan semangat anda. Ingat. Ini adalah serangan psikologi dari seorang perokok.
8. Cuba kira. Sekotak Winston 8.50. Kali dengan sebulan iaitu 30 hari. Kemudian kali dengan setahun. 12 bulan. berapa? Cukup lima tahun cukup untuk down payment Myvi special edition kan? ataupun Downpayment untuk seorang isteri pun cukup rasanya. :) Sematkan perkara ini di kepala anda.
ada lagi? ha... siapa-siapa yang ada tips lagi boleh lah tinggal dekat komen. hihi.
11 comments:
nasib baik aku x merokok..hihihi..
p/s : ade ralat kat bahagian atas sebelah kanan..
yang penting hati nekad nak berhenti. =)
"Downpayment untuk seorang isteri"<---Kelakar.Kelakar.
pada aku la.. paling kukuh sekali alasan no.8 tu. impak pada ekonomi dalam jangka masa panjang.
kalau merokok kan.. agaknye umur berapa kita stop merokok? 40? 60? 21?
so investment utk install tar dalam paru2 utk 10 tahun adelah rm30k lebih.. + interest + medical bills. tahniah!
daripada dilarang, baik disuruh.terbaik!
minta-minta dijauhkan dari suami perokok tegar. amin!
hmm..dah ade penyakit confirm berenti rokok hehe
bagi diri ghua yang boleh ghua label sebagai family guy , alasan kawen memang kukuh untuk berhenti terus .. dah memang tu alasan ghua nak kurangkan *ehm* ni .. keh keh keh
perokok tegar akan berhenti dgn 2 sebab jer..
1. sakit
2. family
cth My Boss...bila wife dia di sahkan kena cancer..terus dia berhenti merokok... :)
syukur...ayah sy bukan perokok...(^_^)
sokong kerajaan 'up'kan harga rokok!!
hoho.. memang agak payah kalau tak set minda betul2 nak kurangkan atau stop merokok. yang penting adalah kawalan minda. kena kuat semangat jugak tu..
Post a Comment