Friday, October 22

Teruskan menyokong !!

Pasukan juara liga perdana Inggeris musim lalu , Chelsea akan bertandang ke Malaysia tahun hadapan dalam sesi menjajahjelajah . Pasukan bimbingan Carlo Ancelotti itu akan turun untuk menentang pasukan Malaysia yang pastinya akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil . Chelsea yang sebelum ini pernah ke Malaysia menyaksikan stadium dipenuhi sama-rata dengan warna biru dan kuning .

Tidak seperti dua perlawanan terakhir diantara Manchester United dan Malaysia , stadium kelihatan dimonopoli oleh warna merah dan minoritinya berwarna kuning .


Peminat bola sepak Malaysia masih belum lagi menampakkan sokongan jitu keatas skuad Malaysia dan mereka sendiri yang asyik mencemuh prestasi hambar skuad kebangsaan . Ya , dan rata-rata mereka akan 'cakap besar' hanya jika Malaysia memenangi apa-apa perlawanan . Dan terus mencemuh jika kalah . 

Sebagai peminat bolasepak , pada pendapat ghua , cemuhan perlu ada . Tetapi cemuhlah cara permainan , prestasi perlawanan bukannya kekalahan . Seperti mana pasukan Kedah yang berjaya mengekang kemaraan Kelantan dengan bermain permainan keras tempohari , cemuhan perlu keatas gaya persembahan bukannya hanya keputusan perlawanan .

Begitu juga kesnya keatas keputusan 0-1 di Stadium Paroi . Menyaksikan satu-satunya pasukan kelab yang masih ada di saingan Liga Malaysia membawa bekalan sebiji gol di tempat lawan untuk perlawanan kedua esok . Secara klisenya , peminat bola sepak akan mencemuh keputusan penyandang juara , N.Sembilan yang gagal memanfaatkan peluang bermain ditempat sendiri tetapi dengan cara permainan Solid Defensive yang dipamerkan skuad Johor FC pujian patutu diberikan kedua-dua pasukan .

Untuk maklumat , Johor FC menduduki tempat keempat didalam Liga Super diatas KEDAH . Jika taraf EPL , Johor FC sudah boleh bermain dalam saingan Liga Juara-Juara .

Berbalik kepada sokongan penyokong , jelas kelihatan bahawa ramai peminat bola sepak Malaysia adalah pemburu-kejayaan , ataupun didalam bahasa EPLnya , Glory Hunter . Memeriahkan bolasepak bila menang , dan cemuh bila kalah . 
Penyokong sebenar akan tetap berdiri tidak berganjak walau apa jua keputusan dan memberi cemuhan membina walaupun pasukannya MENANG . 



Seperti yang dilihat semasa perlawanan antara Korea dan Malaysia yang berakhir dengan kemenangan ke atas Malasyia dengan satu gol . Sebelum perlawanan sudah ada rakyat Malaysia yang memberi sokongan padu ke atas Korea dan pada hari perlawanan juga mereka bersama-sama penyokong Korea memberi sokongan kepada pasukan pelawat . Ya , itulah wajah peminat bola sepak Malaysia . Yang lebih menariknya , selepas menang semua puji , sedangkan perlawanan tersebut sangatlah ditaraf liga-liga sekolah . 

Jadilah penyokong sebenar yang teguh bersama pasukan yang perlukan sokongan kita . kerana biar apa yang terjadi , Bolasepak kita , wajah kita .

7 comments:

cEro said...

frankly,
aku dah jadi takut nk layan bola kt stadium...
mcam2 benda jadik skang...
aish...

.s.o.f.i.a. said...

menang atau kalah, HIJAU KUNING DARAHKU....... =)

(ala2 keturunan mahsuri la jugak...)

meor-name-depan-ku said...

serius gua pakai jersey Malaysia.

anyss said...

Salam,
Tengok bola kat TV je...tu pun masa chanel lain iklan hu huhu nak tau keputusan je, apa yg jadi antaranya, malas nak amik pot. boleh gitu?

fndrocka said...

Gua tak tergamak nak derhaka

humbleyat said...

tanamakan rasa patriorotik dala diri..

jangan jadi lalang yang hanya mengikut ke arah angin yang di tuju...

cewah bermadah la plak:)

CikGadis said...

alamak.
sy xmnat bola.
tp sy ttap sokong mesia.
walo dr dalm selimut jer.
kehkehkeh.