Thursday, October 21

Tentang hobi membaca.

 
Saya adalah salah seorang penggemar buku. Bukanlah obses mungkin, tapi tiap kali ke Kota Kinabalu, biasanya akan stop by dekat mall yang ada bookstore. Kadang-kadang, ke Eaton's, selepas tu kalau sempat ke Popular. Kalau tak beli apa-apa pun, still masuk juga untuk tengok apa-apa yang baru. I can spend hours dekat dalam bookstore kalau tak kena tarik keluar okey. Dekat Ranau ni, pergi library saja, tapi dah lama tak luangkan masa membaca buku. Selalu browse dekat internet saja untuk cari bahan bacaan. Kelebihan rajin membaca, otak kita akan sentiasa berkembang, proses pembelajaran tak akan berhenti. Bila kita berhenti membuat perkara-perkara yang boleh mengasah otak, tu yang kes nyanyuk awal tu. Mungkinlah. Hipotesis saya. Heh.

Gemarnya saya membaca dan tengok buku banyak-banyak sampaikan waktu sekolah rendah diangkat jadi pengawas pusat sumber di mana, setiap kali kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK), saya selalu curi-curi masuk library. Muka ja nampak suci tapi? Eh suci lah tu, pergi library mana ada samseng. Hahaa. I used to hate sports :D

Tiap kali buat entry yang ala-ala perlu fakta atau sumber atau dengan kata lain, ala-ala ilmiah gitu, saya tak tulis macam tu saja. I will browse about the subject over the net. Cari maklumat sebanyak mungkin, dan untuk perkataan tertentu, saya akan pastikan saya betul-betul faham apa makna perkataan tu baru saya tahu apa yang saya nak tulis dekat entri nanti. As a writer, we don't simply write, right? Even untuk entri ini pun saya google tentang hobi membaca di kalangan rakyat Malaysia. So I am NOT a total sophist okey HAHAHA

Oh sebut pasal komik.

Ada tak yang tak suka baca komik? Dulu waktu sekolah rendah, setiap bulan, ayah belikan saya dan adik-adik dua buku komik dan kami akan bergilir-gilir baca. Tekalah komik apa? Sebenarnya DORAEMON. Hahah. Sampai sekarang, my brother masih beli buku Doraemon, sometimes. Dulu Dragon Ball tapi kami semua dah bosan cerita Dragon Ball jadi buku-buku Doraemon tetap menjadi pilihan hati. I tukang baca saja. Tak beli, sebab I kumpul komik lain. Komik yang I beli, diorang pula jadi tukang baca.


Nampak tak? Yes, DETECTIVE CONAN! Komik penyiasatan. HAHA even selalunya tak masuk akal, saya suka okey dengan watak Shinichi Kudo tu. Dengan watak bapa si Ran yang kelakar tapi kadang-kadang brilliant tu, dengan kawan-kawan si Conan, Oh I love this comic to bits! ^^ Ada lagi dua komik yang saya minat sangat-sangat, maybe tak glemer macam Dragon Ball. Tajuk komik yang pertama tu Dragon Quest atau dalam terjemahannya, Misteri Naga. I love all the characters. Cerita dia cerita-cerita aksi dan perlawanan juga. Kalau tak silap, keluar dekat Malaysia sekali dengan komik Dragon Ball. Yang satu lagi, Ranma 1/2. Wakaka siapa baca/tengok anime/komik ni? Agak tak berapa nak senonoh bagi saya, tapi komik ini sangat amusing okey HAHA.

Kalau nak bincang soal buku-buku yang mencetuskan minat saya untuk terus membaca, dulu waktu sekolah rendah dan menengah, saya banyak baca buku-buku siri kanak-kanak dan remaja terjemahan dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu, contoh macam Nancy Drew, Enid Blyton (terutama Noddy dan Siri Lima Penyiasat - The Famous Five), Hardy Boys..  Saya rasa ada lagi yang saya tertinggal ni. Can't recall their name T___T Tak termasuk buku-buku cerita rakyat. And anyone still remember buku cerita bertajuk Abu Nawas? Abu Nawas described as a witty problem solver. Gosh I baca hampir semua siri cerita tu.

Ayah saya orangnya sangat gemar membaca orangnya, dan banyak membeli buku-buku kanak-kanak dan remaja. Saya banyak membaca waktu tu, dan semua buku-buku yang ayah beli, saya habis baca sejak tahun 6 lagi. Novel-novel tebal 300-400 pun saya dah habis baca. Dan ada buku-buku tu yang jadi buku kegemaran saya. Bila bosan sangat dan dah tak ada buku hendak dibaca, saya akan ulang balik baca buku-buku yang saya pernah baca. Even buku sains silibus UPSR saya dah khatam beberapa kali. Ulat buku sungguh dulu. Dari situ saya develop kemahiran membaca pantas, dan juga mula timbul minat untuk menulis sendiri. I love writing since I'm in year 6, saya berdiari sejak tahun 6, dan my writings selalu dapat tempat pertama dalam pertandingan menulis cerpen atau esei. Ah the good old days, but, no, I'm suck at writing poems XD

Waktu releks saya yang ideal adalah melibatkan buku. I found this so refreshing -- baring atas my comfy bed, sandarkan badan dekat kepala katil, tutup separuh badan dengan blanket, pasang kipas kuat-kuat, buka tingkap luas-luas bagi angin masuk, dan instead of tidur, saya baca buku OMG heaven!

And I have so many reading habits atau apa-apa habit yang melibatkan buku, yang maybe some of it you might find ridiculous HAHA :
  1. Selalu kalau ada flight, dalam handbag dah sedia buku untuk dibaca. Baca tak baca itu perkara kedua, janji ada. Kalau nampak ada orang baca buku sambil tunggu waktu boarding, kalau boleh nak jeling juga tajuk buku yang orang tu sedang baca.
  2. Baca buku sampai tak sedar dah lewat malam, dalam hati cakap 'sikit lagi, sikit lagi' padahal baru habis baca separuh.
  3. Bangga dan puas hati bila bawa keluar buku-buku baru dari kedai. Makin banyak, makin bangga.
  4. Suka hidu bau buku yang baru dibeli
  5. Suka beli buku baru even dekat rak buku sendiri masih ada buka yang belum dibaca atau belum habis dibaca (- -")
  6. Saya suka movie yang diadaptasi dari buku-buku. Saya tengok movie dulu, baru baca buku dia. Sebab kalau movie best, buku biasanya jauh lebih best. Contoh, The Time Traveler's Wife & Percy Jackson : The Lightning Thief. Hihi. Saya tak tengok lagi Lagenda Budak Setan. Ai tak baca buku tu. Dan oh, saya kurang sikit dengan Harry Potter. Tidak bermakna buku itu popular maka semua orang patut suka. Heh.
  7. Terlalu fokus bila baca buku - especially kalau cerita. Serius benci bila kena kacau waktu sedang best baca buku. Kadang-kadang macam tak terasa diri sendiri sedang bernafas waktu baca buku.
  8. Buku-buku ayah yang saya suka saya akan ambil bawa naik bilik dan letak buku tu dekat rak buku sendiri dengan senang hati dan tanpa rasa bersalah.
  9. Kalau buku tu depressing (contoh macam buku Rahsia Perindu by Ramlee Awang Murshid), effect dia boleh sampai berhari-hari.
  10. Tak kisah gelak sorang-sorang dekat tempat awam bila baca part lawak dalam buku (- -") but, being me, saya memang jenis mudah tergelak (yang tak kenal saya mungkin akan sangka saya ada something wrong haha) dan tak kisah tergelak depan orang yang tak tahu apa-apa.. even bila baca esemes XD
  11. Excited bila kenal orang yang pernah baca buku yang sama.
  12. Despite all this, I am still very selective over what I read. Not all books are worth reading  :) 
    Conclusion, for book-addict, despite what people says, money can buy happiness XD And, here's one website here, www.goodreads.com.

    So, what's your reading habit? Your favorite comic? Your book of memory? Yang suka membaca tu, tell me how you develop your reading OR MAYBE writing habit? Or maybe any book recommendation? Come on, share it here.

    ;)

    P.s Entri ini sama dengan antara latest entri di blog saya sendiri, tapi tak perlu baca yang itu juga, entri ini telah di-edit sebenarnya KHAS untuk //www.100penulis.Com yang tersayang, tapi isi sama saja. Cuma saya ada potong sikit-sikit.. Ehehe.

    29 comments:

    kusut said...

    dulu aku tak banyak baca buku. masa kecik2 je la baca ahadiat akashah (who doesn't). tapi lepas kawin banyak la baca sebab wife memang sgt suka buku.

    aku kadang2 jeles dgn orang2 yg boleh speed read. aku kalau cuba skip satu perenggan pun rase tak best. takut miss ape2 prose yg menarik

    kalau jumpe ayat yg best mesti baca ulang2 kali.

    humbleyat said...

    saya pun hantu buku..magazine lama 2 yg bertulisan jawi semua dah abis baca...kadang2 baca buku dalam selimut dengan torchlight semata2 tak nak ganggu org tidur time kecik dulu....buku punya psal kan?

    nur.sa said...

    fina!
    sangat banyak buku yang awak baca sama macam sa baca masa sekolah dulu. tambah satu lagi. siri penyiasatan salina. pernah baca?

    eh. bukan ke novel ramlee awang murshid pun awak suka? if tak silap, pernah bercakap psl buku dia dekat friendster dulu. hahaha.

    obsesnya membaca saya ni, sampaikan mak dh tutup lampu malam-malam dulu, still nak membaca jgk. caranya? guna torchlight. nasib sekarang tak rabun gara-gara tu. :D

    iEra naDira said...

    salam kak Fina.. sangat best entri ni. ^^

    Saya jadi ulat buku sebab drpd dlm kandungan ibu lagi dah didedahkan dengan buku. Dulu masa saya dlm kandungan, ibu suka lepak di library. hik3 :D maka sampai sekarang saya akan jadi gila kalau tak 'berbuku di tangan' lebih beberapa hari. :)

    Really love thriller novels, motivational books, comics, especially Dec. Conan. <3 :D

    ijatnuar87 said...

    hehehe...biler baca entry ni,rasa cam baca pasal diri sendiri plak...kecuali pasal harry potter,sy suker harry potter & saya lebih suka baca buku dlu,br tgk movie,sebab blh citer kekurangan movie berbanding buku kat kawan2...& saya memang minat novel tulisan Ramlee Awang Murshid,sumer novel dier sy baca & majoriti dari novel tu saya ader...skrang ni sy dah cuba utk baca buku2 dokumentasi cam HAMAS, pastu Membongkar Rahsia Dajal, Alexender Bukan Iskandar & banyak lagi...tp buku2 fiksyen masih menjadi pujaan hati...kalu miss fina ader recomandation psl buku2 yang best, bgtau2 la yek...

    koshary said...

    finaaa!=)

    uihh, setuju setuju. baca buku sejuk sejuk bawah comforter. lagi satu best kalau gi tempat yg ada balkoni and view and angin sambil baca buku yg best. wahhhhh. =D.

    reading habits yg sama: 2, 3, 4,
    5-yg ni mmg dasat giler bertimbun but still beli jugak lagi.
    6-belum baca percy j n ttw! mmg nk baca! same, tk brapa suka harry porter. but couple more yg epicc! lord of the rings, eregon, and narnia! =)
    the only book yg baca dulu bru tngk movie, n penting jgk untuk baca dulu, da vinci code. kalau tk nnti tk feel sbb tk faham.
    9-ADAM, terkesan sampai sekarang.=D
    10-ingat dulu masa baca satu buku ni, untuk shampoo, its a kids book. tapi gelak satu malam kuat kuat sampai habis malam tu jugak. =p

    couple of books yg mmg my fvrte lately are;
    1-khaled hosseini's(afgan writer) - kite runner and thousand splendid suns. ni nmpak dekat mph ritu.
    2-love in a headscarf-shelina jan muhammed
    3-hlovate series, kind of interesting!
    4-yacoubian building, by alaa al aswany. egyptian writer. buku ni nampak dkat mph translated to malay, debu debu kaherah something.
    5-ni paling best and must read! any books yg sister zabrina A. bakar wrote, im reading 'anda, saya dan kita'

    and sekarang tetiba jatuh hati dekat buku cecilia ahern and fina sophie ehhh bukan sophie kinsela. pengaruh rakan sebaya girlish girlish. =p. haduhhh. tak macho langsung. =o

    suka posts pasal buku!nnti buat lagi yeh! =)

    kusut said...

    @koshary
    khaled hosseini memang best gile. aku dah baca a thousand splendid suns memang tersangat insightful!

    ulat2 buku naik gila baca entry ni. hahaha

    koshary said...

    @kusut

    yup!yup!
    sampaikan boleh absorbed feeling living in afgan. =D

    kusut, nanti baca kite runner! baca buku dulu baru cari movie dia. kite runner mmg terkesan sampai naik bulu roma punya lah! =)

    zahidah dihaz said...

    saya pun sama jugak minat membaca..sekolah rendah baca novel penyiasatan salina yang nur cakap tu, then masuk sekolah menengah baca novel cinta, kat matrik tukar pulak taste baca novel ramlee awang murshid and norazlina nordin and stick sampai sekarang dengan dia dua orang...mesti nak tunggu kemunculan buku baru diaorang...best....saya tak minat beli magazine or komik...

    chenta said...

    nur.sa!

    org ada bace buku penyiasatan salina tu..mase kck2 dulu...

    mase kck, mmg suka sgt baca buku penyiasatan. pergi library pinjam buku penyiasatan dan esklopedia..

    bila dh besar ni, sama mcm fina. boleh duduk kedai buku berjam2 sampai tak sedar masa berlalu.

    dulu mase study kt UPM, selalu pergi MPH kat midvalley tu. duduk dr pgi smpai petang, sorg2 pun takpe. tak ksh sbb byk sgt buku nk bace..heheeh

    komik ada gak beli utk baca masa2 relaks..taknk bg stress sgt..

    bila baca novel, lg gila kot..lepas isyak sampai ke pagi pun boleh baca. tak ngantok n tak sedar masa berjalan.pastu g kerja, ting tong kepala..hahahahaha

    betul ckp kusut.ulat2 buku mmg naik gila baca entry fina ni..hehehe

    ijatnuar87 said...

    ramai yang minat RAM rupernyer ek...novel yang akan datang tajuk Rayyan Fantasi kan...ader dier cakap dlm novel Cinta Sufi...memang novel2 RAM terbaik la...sumer elemen ader...harap2 nyer ader la usaha nak terjemah novel RAM ni kedalam filem cam citer Lagenda Budak Setan...terutama citer trilogi Bagaikan Puteri & yang terbaik skali Trilogi Tombiruo...

    p/s : agak2 saper leh pegang watak tombiruo@amaruddin tu ek...

    kusut said...

    @koshary
    tak tau lak kite runner ade movie. hehe. nnti nk beli la buku tu

    skarang ni tgh baca mario puzo. lepas tu nk start beli neil gaiman semua2

    Chip said...

    Hobi membaca nie memang kurang sangat di kalangan orang Malaysia, nak-nak orang Melayu. Good to know ada ramai jugaklah yang suka membaca kat sini. Masa memuda dulu memang suka sangat buku-buku fantasy macam Tolkien (LoTR dan The Hobbit di jadikan movie!), RA Salvatore (cerita-cerita Drizztt patut di jadikan movie), the Dragonlance series dan ntah macam-macam lagi.

    Tapi sejak tua sikit nie buku-buku yang macam tu dah mula jadi boring (plot dia balik-balik lebih kurang aje)jadi, aku berbalik ke classics macam To Kill a Mocking Bird, 1984, Blindness (jadi movie gak nih)dan buku-buku yang lebih "real world". Baru-baru nie trilogi Millenium dari Stieg Larsson mendapat perhatian aku pulak.

    Ilidina.. said...

    saye pn mcm tuh gak..hehe..habit lebih kurg je mcm ur list tuh..hehe

    Fina Sophie said...

    bismillahirrahmanirrahimmm.. baca bismillah sebelum balas semua komen2 takut terpengsa pula tiba2 time jwp XD tak sgka agak meriah sambutan. fuhfuh.. okey start balas satu2.

    Fina Sophie said...

    @kusut

    who doesn't? at the 1st thought, saya rasa mcm nak angkat tgn je - tak prnh baca buku ahadiat kononnya. tp tiba2 teringat sbnrnya pernah baca time sklh mngah dulu cuma dah lupa tajuk :P satu dua buku dia je sy baca kot. n slh satunya buku karya duet ahadiat dgn sorang penulis wanita. alamak dah lupa. bukan tak suka, tapi time tu blm lagi pndai nak beli buku sndiri. smua kwn punya or yg ayah tlg belikan so baca apa yg ada je. time tu ingat lagi, ada satu buku karya aznil haji nawawi. saya baca ulang2. (memang suka baca buku ulang2) (- -") n if jmpa ayat best, kdg2 catit dekat buku atau ulang2 baca smpai hafal lepas tu leh guna utk impress kawan2. hmph! HAHAHAH


    @humbleyat

    time kecik2 dulu rajin gila baca buku, but skrg ni, byk dpn laptoppp je. kalau blackout, leh geram satu mlm sebab tak dpt habiskan baca buku tu. haha. dulu my dad tak kasi baca buku dgn lampu samar2 or wktu dlm keter. mata rosak. tp tekalah kenapa mata sy dah start rosak since upsr lagi. isk isk

    koshary said...

    =D hehehe
    go fina go!=p

    Fina Sophie said...

    @nur.sa

    penyiasatan salina tu dgr mcm familiar gila, tp saya dah lupa. ohh nehiii.. T_T

    yeap, suka dekat novel ramlee awang murshid. buku dia paling banyak dlm koleksi sy. tp sy tak baca dari awal karya ramlee. tombiruo baca, tp tak hbs sbb actly saya lebih suka tulisan ramlee 'rahsia perindu' tu even buat tensen. dan saya suuuuuka gila dekat bagaikan puteri+hijab sang pencinta+cinta sang ratu. ungu karmila tu pun buat tensen. seriously leh depress beberapa hari. overdose. sbb tu kalau baca novel dia, sy kena juga hbskan dlm sehari, kalau tak, lagi lama la depression sy berpanjangan. ke sbb sy habiskan dlm sehari juga tu yg buat sy depress kot :D i really take his writings to my heart hohoho so takleh nak hold2, kena habiskan time tu juga XD

    cuma skrg dah lama tak beli buku dia. lebih byk beli buku inggeris skrg ni.. ntila.. byk dah kot buku ramlee yg dah kuar. ntah cmna gaya penulisan dia skrg ek.. last time baca wktu buku dia 'hatiku di harajuku'. peh lama gila tak update..



    @iera nadira

    hi iera! wassalam dear, thank you ^^

    oh sy tak tahu apa mak saya dah buat smpai sy pun suka pergi tmpt yg byk buku. be it at bookstore or library. :D tp for sure, rasanya saya develope perangai suka dekat buku sbb ayah saya biasakan kami adik beradik dgn buku. anak cikgu, biasalahkan.. ehehe. lg2 sy lebih byk connection dgn ayah, byk persamaan drsegi perangai, thats why kot ^^

    thriller, motivational, comics. mmg kita geng ah iera! haha. terutama part detective conan tu. muahmuah! XD

    Fina Sophie said...

    @koshary

    ehhh ada juga kosh. jgnla mcm tu kosh. malu la saya XD

    Fina Sophie said...

    @ijatnuar87

    yeke.. ni lagi sorang ni leh genggg =D

    pasal harry potter tu, maybe sbb sy tak baca dari awal sbb tu sy tak fhm kot. movie harry potter pun sy first tgok dekat yg ke3 or ke4, not really sure. mmg sgt2 tak fhm smpai surrender nak baca. lg2 bila dpt tau ending dia watak utama dimatikan. alamakkk.. whyyyyy... T_T

    mybe if baca dari awal harry potter tu, sy leh minat kot. cerita2 fantasi dan epik is one of my favorite too! narnia is one of it :)

    ya.. i really hope, someday, bagaikan puteri, hijab sang pencinta & cinta sang ratu tu orang buat jadi DRAMA. drama okey. bukan movie. sebab serious la kalau buat movie, takut jadi mcm LBS. heh.

    book recommendation tu, byk. byk buku2 yg bagus, sbb dunia ni byk penulis2 yg bagus. :) habiburrahman maybe? salah satu cthnya la. cuba pergi dekat link utk pncinta2 buku yg sy bagi dekat entri ni. byk leh jumpa ;) hihi.

    Fina Sophie said...

    @koshary

    hahhh kan kan kan? tp i'll still go for my beddddd XD, cuma, lama tak buat mcm tu. life been so busy, smpai kadang2 lupa keinginan diri sndiri.. *sigh.

    apa yg ada dekat percy jackson dlm novel, byk yg tak ada dlm movie dia, so agak menghampakan sikit. sy tak cerewet sgt bab2 ni sbnrnya. but sy nak puji The Time Traveler's Wife punya adaption. nmpk yg pengarah dia byk berbincang dgn penulis asal novel tu. the feeling time tgok movie tu sama dgn time baca novel dia. and yezza.. epicccsss. my favorite!

    oh da vinci code tu dr novel ke?

    tak baca ADAM lagi, start kenal RAM time 'rahsia perindu'. lambatnya hehe.

    'thousand splendid suns' tu, adalah salah satu buku yang saya dah beli lama (mmg dah lama, about a year or two maybe T_T) tapi belek2 saja sambil berjanji nti nak baca tp lepas tu lupa nak baca. susun dekat rak buku, terceruk kat tepi2, smpai skrg tak baca. baru geledah balik rak buku jap td n walla, found it! aku ni memanglaaa. haha (- -") yg lain saya tak familiar. hlovate tu prnh dgr n tau serba sedikit latar blkg, but tak pernh try nak cari. blm smpai seru kot :D

    cecila ahern n fina sophie eh sophie kinsella tu, current liking. especially cecilia ahern. start baca buku dia since p/s i love you. itupun, bukan ada sape yg recommend pun. beli wktu dekat airport, cari smthing to read dekat kedai buku XD n after baca sinopsis cerita tu terus decide utk beli. skrg ni tgh kumpul satu2 bku dia. suka cara cecilia menulis.. :) so guys mmg ada yang baca buku cecilia n sophie eyh? ;)) :P

    thanks sbb suka post ni kosh ^^

    Fina Sophie said...

    @kusut & koshary

    just sharing my passion with the blog reader. berbesar hati tgok sambutan diorg ni. n wow jmpa org yg ada passion sama mcm kita, it feels great. baca point number 11. lagi2 kalau dia prnh bc buku yg sama ngan kita. among the best feeling! :)

    kite runner mcm best. sy pun nak cari nti. cuma kena baca dulu buku thousand splendid suns yang baru dijumpai setelah sekian lama ni. haha XD


    @zahidah dihaz

    hi zahidah! sorry for the late reply dear.

    yeap yeap i love buku2 RAM too. penulis novel thriller nombor satu malaysia. pergh. cuma lama tak update la pasal RAM. org kata tulisan dia dah kurang menyengat.. betul ek..

    anyway, tak minat beli or tak minat baca? dua benda berbeza tu :P

    Fina Sophie said...

    @chenta

    buku2 penyiasatan mmg jadi kegilaan budak2 time tu or mmg buku2 penyiasatan je yg banyak kena publish so budak2 lebih terdedah dekat cerita2 penyiasatan, or mcmna?? (- -") :P

    yeap, my friend sorang medical assistant byk baca komik2 wktu senggang. bila tnya knpa, dia ckp, kwn2 dia yg lain pun mcm tu. jawapannya, taknak gila. lol. fhm2 la kan, medical assistant krja dia mcm doktor tp bwh sikit. yeke.. hehe. sbb tgok subject2 yg diorg bljr pun tersangat2 lah berbau hospital.. ekekekk.. so komik bgs utk siapa2 yg nak membaca tp still taknak bagi beban otak. :P


    @ijatanuar87 lagi

    rasanya, peminat2 buku dekat malaysia ni takkan lupa jadikan karya2 RAM masuk dlm list kegemaran. hihi. CINTA SUFI? teringat nama pena saya dulu. sufilara. baru dpt tahu itu cinta sufi sambungan trilogi bagaikan puteri ke rupanya @_@ i thought after hbs tiga2 cerita tu maka hbslah wah lamanya tak ambil tahu pasal RAM T____T ohmyyyyy.. nak baca nti yg tu. hiks :P

    Fina Sophie said...

    @Chip

    buku2 chip sebut semua saya tak familiar. owdemm XD. anyway, saya rasa, blogger ramai je yg suma membaca.. kot :P sy anggap mcm tu ;))



    @Ilidina

    welcome to the club, ilidina! XD

    Fina Sophie said...

    thanks for all the support! i am so glad. and sorry for the very very very late reply.. (- -")

    nur.sa said...

    novel RAM paling last sy baca tajuk Cinta Sufi. now, kena berkejar ke kedai buku balik cari novel baru dia macam ijatnuar87 tu cakap.

    dan chenta, yep, semua novel bersiri penyiasatan semua kubaca kecik2 dolu. ahhahaa.

    fina, u should try hlovate punya novel. siyes, best!

    Fina Sophie said...

    @nur.sa

    okey dah baca sikit2 tulisan2 dia dekat blog dia. byknye blog hlovate ni.. ;)) thanks for the recommendation, sa. seems interesting ;)

    koshary said...

    neyh, i think im the only straight guy yg baca cecilia ahern and fina sophie kinsela. =DD

    hlovate ada style dia sendiri. unik.
    and dia start from tulis dekat blog jek, inspiring kan? =)

    Fina Sophie said...

    @koshary

    okey i'll try hlovate ;)

    and.. recently sy try baca novel sophie kinsella 'can you keep a secret' funny! dah baca ke yg tu. seriously gelak2 smbil baca. habittt. told ya (- -")