Wednesday, October 6

telefon dalam hidup

jom cakap pasal handphone. handphone pertama sampai kat tangan saya adalah pada tahun 2004. waktu itu saya semester 3 dekat uni. dan sebelum tu, saya cuma melihat kawan-kawan pakai sorang satu. kebanyakannya adalah nokia. dan sampailah satu tahap petala ke lapan belas yang membuatkan saya rasa saya perlu ada satu handphone untuk telefon family kat kampung, bersms dengan kawan tanya pasal assignment, dan nak telefon lecturer tanya pasal appointment. 

itu pun abang yang tolong belikan T_T. maklumlah orang ada abang. :P telefon pertama saya tu brand nokia. hak 3610 tu. warna putih silver dan kurus sikit dari 3310 yang famos amos dulu tu. teringat dulu waktu di matrik telefon 3310 tu la paling student mahu sebab waktu tu memang femes gila. masa matrik rasa naif je tengok orang dah start sorang-sorang bertambah pakai handphone. hohoho. handphone saya tu lak, sebab abang yang tolong beli, kenalah dia poskan pulak ke alamat hostel. sampai-sampai je rasa teruja gila macam mahu gigit jari sendiri. tapi tak leh la takut berdarah. baik laa guna jadi tu wat ketuk-ketuk keypad phone baru tu. test katakannn.

macammana bentuk nokia 3610 tu? ha, meh sini nak tunjuk....



nah, ni lah bentuk phone pertama dalam hidup saya tu. :)


bila dah pakai, mula-mula aje la dok belai dan timang. bila dah lama, kalau bangun pagi tu, selamba je tangan duk seluk bawah katil sebab dah tahu akibat kebuasan tidur malam tadi, mesti phone tu terjatuh dari katil. hihi. selamba aje phone tu dah landing bawah katil. kadang-kadang celah antara katil dan dinding bilik. tapi saya suka phone ni sebab tahan lasak. lontar dan jatuhkanlah macam mana pun masih juga berbakti dengan taat setia. tak ada protes apa-apa pada tuan dia yang tak berapa nak expreciate dia. sampailah saya mulakan kerja lepas grad, saya masih pakai phone ni. dan sampai masa setiap yang bertemu pasti berpisah :P 

saya decide mahu tukar phone yang baru bila saya rasa sound dia dah rosak. kadang-kadang rasa bingit je di telinga. satu sebabnya rasa segan sebab saya aje yang masih pakai phone yang pakai ringtone ting tong ni. bukan keluar lagu macam phone orang lain tu. hahahaha. alasan mahu tukar yang baru je sebenarnya. telefon kedua ni saya beli hasil duit sendiri tahun 2008 rasanya. dah kerja, jadi mahukan sesuatu sebagai bukti. kononnya lah. padahal itu antara alasan kukuh yang saya bagi dekat mak sebab mak tanya kenapa nak tukar baru. T____T 

nah, nokia juga. saya mengaku saya jenis yang setia. haha. tengok aje lah. pakai telefon pun masih brand nokia buat kali kedua. 5200 kaler biru. 


yang ini jauh la sikit beza dengan yang pertama tadi. boleh dengar lagu dah, lepas tu boleh mms kawan. nak guna internet pun dah boleh. tetiba teringat saya pernah log in friendster guna phone ni. teeehehe. macam lama aje dah main friendster-friendster ni.

jodoh saya dengan phone ni sampailah awal tahun ni.  awal tahun ni saya buat keputusan mahu tukar telefon lagi. sebabnya saya rasa telefon ni dah mula buat hal. bila orang call. vibrate dia hilang. lepas tu siap tak keluar sound walaupun bukan disilentkan. sudahnya, banyak kali saya tak sedar orang call atau sms saya. tapi dalam nak beli yang baru tu, saya tetap sayangkan telefon kedua ni.dah harta sendiri, memang la sayangkan. dengan telefon ni jugaklah saya dapat merasa ambil gambar sendiri guna phone. ahahahaa. 

telefon ketiga waktu saya buat keputusan sangatlah susah. nak beli sesuatu yang rasa boleh tahan lama dan banyak kegunaan dengan harapan sampai bila-bila. macammana tu? lepas fikir, tanya diri sendiri telefon camna saya mahu, tujuan selain dari telefon dan sms, apa lagi function yang saya paling nak ada dan wujud dalam telefon tu. jawapannya adalah camera. saya jenis malas mahu bawa kamera ke mana-mana. jadi, saya beli phone N86 ni sebagai penyelesaian. 


senang hati, dan rasa suka sebab anytime rasa nak ambil gambar atau nak shoot apa-apa pakai aje phone ni. :) 

lain orang, lain lah citarasa. korang macam mana?apa yang paling korang suka pasal handphone korang? dah berapa biji phone dah setakat ni dalam hidup? saya simpan semua telefon saya dari yang paling cikai tu sehinggalah yang ada pakai sekarang ni. hehe. sayang woo. walaupun phone2 tu dah agak rosak, tapi ada aje simpan kat rumah. macam kenangan tak boleh blah dari hidup la. :P

18 comments:

sYazY_dZaiMa said...

betol2!!dulu syazy hp first time matrix, hp jenama siemen, tu pn mak yg punya.sebab syazy kena dudok labuan, tu yg terpaksa bekalakan hp..pastu bertukar la ke hp sekarang sehinggalah beli W910 tapi dah rosak..laa ni tinggal nokia t-mobile je yg jenis flip. malas nak tukar dulu sebab anak sedara suka main hp,pastu baling2..aiyoo, nantilah tunggu ada rezeki lebih, baru beli lagi..selagi boleh call n sms tu jadilah,hihi :P

MuJE said...

aku pernah pakai nokia 3210! sape nak celen aku? haha...

KeCiK said...

my 1st henpon;

tekan satu dia kuar bunyi trutt..trutt..
tekan dua dia kuar suara pompuan...
tekan tiga aku dah lupa suara apa..

henpon ni pakai bateri AA.
:)

cik ain said...

grr!! 1st hp ain 3310 :) orang panggil hp baling anjing kan! kih3.. pakai tyme f3 kalau xsilap..

xengat dah berapa kali tukar hp. tp tahun leps change hp sampai 2 kali dalam setahun..

dan skrg taubat xnk tukar, tunggu dulu. Yari pun kire oklah skrg :)

Fina Sophie said...

first sekali pakai samsung kot. time tu form 5. tak ingat dah model pe. pastu pakai nokia 1110 if tak silap, yg ada torchlight tu haha mmg cukup berguna. bangga gila ada hp ada torchlight. pastu nokia 6610i. then n73. nokia smpailah current hp, tukar p sony ericsson c905.

duh menggamit kenangan betul la entri ni hahaha!

btw, sy suka n86 tu! @_@

kusut said...

3310! fon no.3 aku :P
pastu rosak yg tu beli lagi satu 3310 jugak pasal fon tu sangat tough. jatuh brape juta kali pun still ok hehe

Clarky Afif said...

nokia 1208 aku hevat! dia ade torchlight.

android phone korang ade torchlight ke?? tade kan!

hahahahahaa

chenta said...

pernah pakai hp nokia, motorola and sony...hp 1st motorola. beli lepas spm..abs je SPM, terus kerja, gaji 1st and 2nd beli hp...sayang gila hp tu dh takde sebab hilang bersama beg yg kene ragut dulu..

now pakai hp sony K770i. beli hp ni 2 kali.1st warna oren, then kene ragut. 2nd warna pink yg pkai smpai sekarang..suka hp ni sebab camera dia sgt cantik!gambar2 kt blog sy tu ambil guna hp je.. ^_^

cik ain said...

ape2 pun 3310 dulu mmg ramai dak asrama yg pakai :) kalau kena rmppas pun xde kisha sngt hehe!

humbleyat said...

ok juga, sebab semua dah pakai fon yang canggih, tapi zaman saya dulu, pakai handset triumph, yg ada ariel yang boleh ditarik kalau takde line..;-) bertahan la jugak, sampai bateri die wat hal and susah nak cari stok..huhu...

fndrocka said...

Nokia 3310 aku mati sebab masuk air..kiranya mati lemas lah.haha

fndrocka said...

Aku pernah pakai erikson, nokia, motorola dan skrg samsung galaxy s...yg paling suka yg skrg galaxy s la.sebab mempunyai ciri2 paling lengkap berbanding hp aku yg lain.harap dia boleh hidup lama

Mummy Nana said...

1st hp akak sagem kaler kuning yg 1st keluar tu bentuk leper buruk dan ring tone nya sungguh annoying... hahahah.. tapi pasal nak jugak kaler kuning... tu yg beli.. hehehe.. korang pernah dgr kewujudan hp ni ke?

nur.sa said...

hahahaa.. ramai jugak la yang pakai 3310 eh? memang lasak phone tu.

@humbleyat: triumph? hehe. saya tak pernah dengar..

@mummy nana: pun sy tak pernah dgr nama sagem tu. hoho. lain zaman, lain la kan pengetahuan pasal tepon ni..:)

cIk JanNah said...

igt lagi 1st henpon butterfly (lupa model apa) mak belikan sbgai hadiah spm. kononya cemerlang lah. masa tuh bangga gyle sebab ramai org tak pakai hp lg tyme tuh. then tukar n70 tuh pon sbb ex-bf yang belikan. then skrg pkai nokia x6 jer. tuh pon sbb bf jgk yg belikan.

belom merasa beli hp pkai wet sndri lagi..T__T

kusut said...

@mummy nana sagem kuning itam tu ek? kaler dia cam satu equipment kompeni construction :P

tapi fon kecik la bile compare dgn hp lain time tu.

chenta said...

bertuah je cikjannah..semuanya org belikan..tak payah ssh kumpul duit..hehehe

cik ain said...

1st hp je my mom belikan.. tp after dat, kalau nk tukar hp guna la duit sndri. xkesahlah guna biasiswa ke, elaun ke, ape ke, jnji kena beli sndri. aish!