Tuesday, October 19

Tangkap ikan dan kijing di sawah!

Weekend lepas i telah habiskan masa i di sawah. Di mana dan sawah siapa, tak perlu la tahu tapi yang pasti, i sangat teruja sebab 1st time dapat main-main kat sawah. I kan anak orang bandar, mana nak jumpa sawah-sawah ni..hehehe

Jom sambung baca..


Hari Sabtu, i tangkap berjenis-jenis ikan. Antaranya ikan puyu, ikan haruan dan ikan keli. Anak ikan pun banyak yang i dapat. Ikan longkang pun ada! Memula macam geli-geli la nak tangkap. Dah la kehadiran i disambut oleh anak katak yang coklat tu..Eeee.. Kalau housemate i ikut, confirm dia nak balik time tu juga sebab dia sangat takut dengan katak!!~

Tapi tidak la i pergi tangkap seorang. Hampir 10orang main tangkap-tangkap ikan dengan i.huuu~ Termasuk kanak-kanak. Diorang la yang paling happy!Siap la baring-baring kat selut tu. I tak la macam tu sebab masih ada geli-geli sikit :P

Walaupun geli-geli sikit, nasib baik takda lintah or pacat. Biasanya kat sawah kan ada binatang tu kan? I paling fobia tau dengan binatang tu. Kalau ada, confirm i balik!Langsung tak tangkap ikan. Hehehehe

Sekarang i ada akuarium baru..Hasil tangkapan i, i letak dalam akuarium tu... Nanti i snap gambar ye..Tapi i letak kat blog i la. Sila kunjung blog Suka Hati Sya..

Ahad plak i sibuk cari kijing kat sungai. Kijing ni macam kupang tapi kulitnya warna coklat-coklat sikit. Sungai tu pun ada selut. Merasa la kaki terbenam dan jerit kuat-kuat!Hahahaha. Ni pun pengalaman 1st time i tau. Geli-geli pada awal memang standard sampai ada kakak tu yang i panggil Anty cakap,

"Macamana ni?kalau kene kawin dengan orang kampung, ada sawah.."

Seronok memang seronok tapi habis la kaki i calar balar, pastu gatal-gatal satu badan. Huuu..Nasib badan la. Kalau tak kena, mana nak merasa masuk sungai n sawah tu kan? Bukan semua orang dapat rasa.Hehehe ^_^

Gambar tak banyak sebab tak dan nak ambil. Tangan penuh la selut ni hah..heheheh





Atas ni semua takde gambar i sebab i tukang ambil gambar je ^_^



Bawah kangkung tu, ada ikan sebenarnya. Saje letak kangkung bagi dia familiar..hehehe. Kangkung memang segar-segar la. Takde racun punya!


Inilah kijing yang i cari dalam sungai.Ngee..Terer tak?

P/S : Bagi orang yang biasa masuk sawah, mesti cakap i jakun kan?Hehehhe.. Tapi siapa yang tak pernah tu, jom ikut i!I rasa nak pergi lagi je..huuu

5 comments:

Fynn said...

rumah i keliling sawah kot?
jom dtg!hehe

Fina Sophie said...

i tinggal kampung tp skrg fmly i dah takda yang bersawah. smua kerja moden2 dah. me nama sj budak kg tp tak tahu bersawah :( emm.. but kecil2 dulu merasalah juga kena hisap darah oleh lintah. main dalam selut wktu ikut mkcik tanam padi. kitorang tolong bajak lumpur2 - berlari sana sini dlm selut tu wahaha

chenta said...

fynn : syoknye!nak dtg umah fynn la..

fina sophie : nak dtg umah fina juga boleh??untung la u dr kck dh merasa..i dh besar ni la, br sibuk2 nak tangkap ikan semua..hehehe

Sumandak Kinabalu said...

Bestnya...rasa macam nak join ^ ^

chenta said...

jom la kita pergi umah fynn n fina..heheh