Saturday, October 30

Tanda-tanda Lalu Lintas CINTA

Berkenaan dengan tajuk di atas, jangan ingat kat jalan raya je ada isyarat lalu lintas dan peraturan jalan raya. Tapi dalam bercinta juga ada juga lalu lintas dan peraturannya. Nak ikut atau tak terpulang pada diri masing-masing. Tepuk dada dan tanya diri masing-masing. Tapi kalau ikutkan korang kena ikut, itu kalau korang nak merasa sampai ke jinjang pelamin. Lepas tu bahagia buat selama-lamanya. Jeng..jeng..jeng...




  • JALAN BENGKANG-BENGKOK
Alam percintaan penuh dengan liku-liku yang mencabar. Korang mesti selalu menepati masa, berbincang selesaikan masalah, memahami dan membantu. Korang kena banyak bersabar dan melaluinya tanpa prejudis.

  • PEJALAN KAKI
Sekiranya korang minat sangat kat seseorang tu, jangann la berharap sangat...pasal yang terlalu berharap ni selalu tak dapat. Bukan pasal apa, mungkin keranan orang tersebut belum ada perasaan nak bercinta.

  • DILARANG U-TURN
Kalau korang dah putus cinta jangan la sesekali korang berpatah balik. Buat sakit hati je, maksudnya ialah korang kena cari pengganti yang lain.

  • JALAN DUA HALA
Kalau jalan raya ada dua arah, macam tu la juga bila bercinta. Korang pun kena la berkomunikasi dua hala. Kalau sorang bercerita, couple kena la menjadi pendengar yang setia. Jangan dua-dua nak ikut kepala atau kata hati sendiri je.

  • JALAN SEMPIT
Sepanjang perjalanan percintaan pasti korang akan melalui jalan yang sempit. Korang kena bertolak ansur bukannya bertolak-tolak, kalau tidak ia akan mengundang bencana. Bersikap mengalah dan tidak terlalu ego serta tidak mementingkan diri bakal memanjangkan usia percintaan korang.

  • AWAS! JALAN BERBUKIT
Hati-hati tau! Hubungan korang sedang berhadapan dengan kepayahan mendaki kehidupan. Jangan terlalu cepat membuat keputusan yang merugikan korang. Fikirkan sebaik-baiknya, cuba harungi dahulu barulah korang fikir jalan lain.


  • SEDANG DALAM PEMBINAAN
Biasa la kalau dalam bercinta ada gaduh-gaduh atau perselisihan faham. Jadi untuk baik pulih korang kena la buat perlahan-lahan, jangan paksa couple korang atau mengungkit. Jadikan itu semua cabaran korang dalam membina cinta sejati.

  • JARAKKAN KENDERAAN
Walaupun korang berdua sudah 'declare' sebagai kekasih tapi korang patut beri ruang kepada si dia untuk hal-hal peribadi. Janganlah terlalu mengongkong setiap masa untuk bersama. Namun jangan pula terlalu jauh jarak sehinggakan memberi ruang padanya berkenalan dengan orang lain. Itu lagi la bahaya. Hehe... (^_^)


Semoga berbahagia dengan pasangan anda (^_^)

Jom guling-guling di sini pula:

Azrul Hisham - My Real Life

9 comments:

sarah honey said...

hehe..suke!
yang last tuh paling mengena dekat batang hidung sarah sendiri.huhu

Amni said...

nice2! geliga tul buat entri cam gini... heheheh

Q said...

tetibe teringat lagu suhaimi, ana rafali dan altimet. huhu

nn said...

haha. kreatif gila disitu.

nur.sa said...

yep, kreatif..

izfanora said...

rasa cam nak amik lesen memandu semula plak.. huhu..

Kimmy Ai said...

haha.. nice2! jadi panduan supaya tak terjadi kemalangan jiwa.. hehe.. ;DD

suziesanji said...

hmmm.. jarakkan kenderaan? fine.. ikut jalan masing2 je la k.. hehe

Fina Sophie said...

yes JANGAN U-TURN. JANGAN INGAT KEKASIH LAMA. JANGAN MENGENANG KISAH LALU. JANGAN BUAT KESILAPAN YANG SAMA. yesssssa! XD