Monday, October 11

Tak Dapat Ikut Jadual?



Saya sering meletakkan jadual harian  samada di meja belajar atau meja kerja saya. Sering juga ditanya rakan-rakan dan junior, "Berkesankah buat jadual macam tu?Biasanya kita tak dapat juga nak ikut jadual tu kan?, Baik saya tak payah buat!" 

Sebenarnya, kepentingan mencatat jadual itu sangat penting walaupun kita tidak dapat mengikuti jadual dan target itu 100%. Tetapi dengan meletakkan aktiviti harian  membuatkan kita mempunyai pengurusan masa yang lebih efektif , menghampiri kehendak dan gaya hidup kita.


Displin, tegas dan garang terhadap diri sendiri juga sangat penting jika mahu pengurusan masa yang terbaik. Dari situ kita akan dapati bahawa masa kita tidak akan terbuang begitu sahaja. Contoh jadual pengurusan diri sendiri yang ringkas buat panduan rakan-rakan semua;
  • 5.00 pagi - 6.15 pagi : Solat Tahajud, Taubat, Subuh dan Al-Mathurat
  • 6.15 pagi - 7.15 pagi : Mandi, Sarapan Pagi, Solat Dhuha
  • 7.15 pagi - 8.00 pagi : Kendiri (Aktiviti Bebas)
  • 8.00 pagi -1.00 tengahari : Kuliah / Kerja
  • 1.00 tengahari - 2.00 petang : Makan tengahari, Zuhr
  • 2.00 petang - 4.30 petang : Kuliah / Ulangkaji / Kerja
  • 4.30 petang - 5.00 petang: Asar, Al-Mathurat
  • 5.00 petang - 6.00 petang : Riadah
  • 6.00 petang - 7.00 malam : Kendiri (Aktiviti Bebas)
  • 7.00 petang - 9.00 malam : Maghrib, Mengaji, Isyak.
  • 9.00 malam - 12.00 pagi :Ulangkaji / Rehat bagi yang bekerja
  • 12.00 malam : Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Jika ikutkan hati, memang  kita tak dapat nak ikut sepenuhnya jadual di atas, tetapi ia membantu dari segi gaya hidup kita dan pengurusan kita. Jadi, jangan pandang sebelah mata ye dan ragu-ragu lagi yerk, tampal sahaja jadual kalian ;)

13 comments:

Raja Fiqri Fauwaz said...

timetable macam ni last skali tengok mase program kaunseling ke ape entah masa sebelum spm dulu.. Haha..

d_tieah said...

Haha..
Dulu2 kat sklh cikgu salu suruh buat jadual..
Buat je, tp x penahnye nak ikut..

Sumandak Kinabalu said...

Hello everyone...
Waktu sekolah dulu, paling tak suka tengok timetable. Rasa macam membebankan lah. hehehe...
Tapi bila dah besar panjang nie barulah sedar yang jadual bukan bertujuan untuk membebankan tapi untuk mendidik kita menepati masa dan berdisiplin. Even dah kerja pun ada jadual kan. Ibu-ibu sepenuh masa pun berjadual, dari pagi hingga ke malam sudah tersusun kerja yang nak dibuat supaya segalanya berjalan lancar :)

nur.sa said...

hidup ni memang dah tersusun dalam jadual. tambah lg kalau dah kerja. 8.30 -5pm, itu adalah waktu di ofis. then, aktiviti-aktiviti lain yg dah biasa termasuk dalam jadual.

jadual sangat penting. bukan sekadar jadual waktu masa sekolah dulu je.

teringat masa sekolah dolu suka wat jadual sekolah kecik cantik2 dan tampal kat pencil box. hoho.

ASaDa RyutaRo said...

bagus.. bagus.. dengan jadual, masa akan dapat diuruskan dengan baik..

lagi.. ayah pernah kata, orang yang cemerlang adalah orang yang mampu mengatur masanya dengan bijak..

nak jadi cemerlang? anda tahu apa yang anda kena buat.. =)

kusut said...

adei timetable la benda yg aku memang macam tak penah berjaya nk ikut. tapi kalau takde timetable macam takde hala tuju pulak.

in the end.. buat la timetable walaupun in the end jadik macam hiasan XD

KeCiK said...

Jadual matapelajaran dah tepek kat penselbox tapi boleh bagi alasan

"alamak chegu, saya ingat matematik besok. tu yg tak bwk buku tu"

:)

fndrocka said...

Sungguh suci murni timetable kamu...huhu

anyss said...

Salam,
Alamak! masa skolah dulu pun tak buat jadual detail macam ni.

Sekarang ni, jadual berdasarkan aktiviti rasmi macam meting atau kena jumpa orang ka, senaraikan apa yang kena buat hari tu, selebihnya berdasarkan tarikh akhir.

Perkara rutin macam makan, solat dan baca paper dah tak masuk dalam list sebab memang dah kena buat setiap hari kan?

cik ain said...

setiap kali masuk sem baru, mmg dh standby dgn jadual dan rutin harian yg wajib kena buat..

tapi 2,3 minggu je ikut jadual yg dah digubal. after tu start perangai lama, bantai je ape nak buat !!

humbleyat said...

@raja fiqri..btul juga, sebab dia nak mendidik kita cara menguruskan masa..masa kan emas?;)

@d_tieah..biasala tu..sebab tu kita kena rajin ikut..alahbisa tegal biasa..

@sumandak kinabalu ..setuju sgt,tak semestinya waktu sekolah je kita kena ada jadual kan? pengurusan masa memnang takkan berhenti;)

@nur.sa..and pastikan jadual kita tak berat sebelah..hehe

@asada..jom kita pakat ramai2 jd org yg cemerlang menguruskan masa ;)

@kusut..btul2..better adadrp takde..tp better practise than never..hehe

@kecik2..ada je nakal kamu yerk hehe

@fndrocka..terima kasih, tp jadual ttu sbg panduan ajer..hehe

@anyss..tulah..jadual ni ada bermacam jenis..rutin hariankena wat juga supaya kita tahu ke mana masa kita menghilang;)sy pun ada mcm2 jadual jugak..;)

@cik ain..dah dikra bagus punyajadual sendiri, cuma tinggal practise sahaja..alahbisa tega bias kan?;)

wanie m'nJ said...

even dah buat jadual pun,susah sangat nak folo!haha
rasa liat..

humbleyat said...

wanie m'nj:
itu perkara biasa wanie..hehe..memang tak dapat nak disangkal yang kita nak ikut jadual 100%..hehe..tapi take it as "time management"...;)