Punca kemalangan masih dalam siasatan. Tapi i nak share pasal buka lampu bila hujan lebat...
I dah buat entry ni dulu bila i hadapi masalah ni. I nak tanya orang2 yang tak alert dengan orang lain dan sengaja menempah bahaya ni, masa hujan lebat, tak boleh ke nyalakan lampu kereta or van or bus or lori anda tu? Lagi-lagi bila drive kat highway. Tak boleh ke buka???
I bukan apa tau. Dulu masa nak drive balik dari Johor ke Melaka, hujan turun dengan lebatnya dari Yong Peng sampai ke Pagoh. Ni kat highway la ni. Hujan memang lebat sangat sampai pandangan memang terbatas. Masa tu ramai yang nyalakan lampu kenderaan diorang. Tak kira la diorang bawa kenderaan apa pun. I pun nyalakan lampu kereta i juga. Ada yang siap nyalakan lampu emergency dan lampu tinggi lagi. Tapi ada sesetengah orang tu yang tak nyalakan lampu pun! Memang susah ok nak nampak kenderaan diorang time hujan lebat ni. Ni bukan sahaja membahayakan diorang sebab orang mudah nak langgar diorang tapi membahayakan orang lain juga tau! Nanti bila orang lain langgar, mula la nak salahkan orang. Tapi dia sendiri tak sedar yang dia membahayakan diri sendiri dan orang lain juga. Bila diorang tak pasang lampu, kereta plak warna kelabu, cerah2 sikit, dah nak sama je dengan keadaan hujan tu, macamana nak nampak. Ye tak?
Pastu masa hujan lebat ni ramai yang bawa slow. Sebab jalan licin dan risau jadi pape. Takut nanti tetiba emergency break or berlanggar plak. Tapi masa ni gak ada orang lajukan kenderaan sebab orang lain slow. Ambil peluang la katakan! Tapi bahayakan??
Lepas hujan dah reda sikit, masing-masing mula laju balik. Pastu ada dua buah bas. Sebuah lagi rasanya syarikat tempatan dan sebuah lagi dari negara jiran. Macam berlumba plak dua-dua bas ni. Memang laju! I yang bawa 110km/j ni pun diorang boleh potong i tau. So tak tahu la diorang bawa berape laju. Mungkin 130km/j or 140km/j. Tak mustahilkan? Dah la bas dua tingkat tu. Kalau la i dalam bas-bas tu, mesti tak senang duduk. Risau je rasa bila bas dipandu laju macam tu. I yang tengok ni pun risau, apa lagi orang yang duduk kat dalam tu. Kemalanga yang hari tu, keadaan cuaca ok pun jadi teruk. Inikan plak hujan..Seramnyaaa...
Then ada gak kenderaan yang potong kat line kecemasan. Tak tahu la ape yang cemas sangat tu. Ada orang nak beranak ke? Nak melepas hajat ke? Ish..ish.. Membahayakan semua orang..
Gambar dr google ^_^
17 comments:
betul..
saya banyak kali juga nak berlanggar dengan individu-individu yang kurang kesedaran seperti ini.. tambah pula, saya rabun.. kalau hujan, saya pula yang sibuk cari stesen minyak nak berenti sebab tak berani nk drive even bawa kereta dan bukan motor.
btul2..klau msa hujan..mmg cuak gila.. even bukan Kira yg drive xp still rsa tkut.. hahaha
mmbahayakan org lain je kalo tak bukak lampu...
nanti, terlanggar blakang, au plak nk claim n marah!!
penah gak hampir terlanggar kancil kaler kelabu sebab tak nampak dek ujan lebat............ so setuju sangat kalau semua pemandu pasang lampu, baru kita alert kehadiran diaorang...........
betul2 tu, sumer kene pasang tanda kehadiran kenderaan masing2.lampu tinggi lagi bgus especially hujan yang lebat2 sgt smapi pkok pun nk tumbang ditiup ribut huhu
mmg cari nahas la sape yg x pasang lampu keta time hujan ni..hish
betul2..tuh gua setuju sgt ngn lu
kalau bas bawak laju semacam je.. bangun pegi sound driver tu. ingatkan dia yang dia bawak ramai nyawa dalam tu. kalau eksiden nti dia sorang je yang parah, takpe la jugak. padan ngn muka.. tapi ni mmg sah2 boleh menyebabkan kesengsaraan org lain.. uhh..
kadang2 kita dah hati2, orang lain pulak yg buat macam hampeh..
setuju jugak, tambah2 kalau ada pemandu yang ada rabun silau..fuhhh, memang mencabar habis kalau nak memandu time hujan..jadi gelabah tak tentu pasal..huhu
setuju...
hrum... kelihatan seperti rakyat Malaysia masih tidak ambil peduli hal-hal yang berkaitan dengan peraturan-peraturan jalan raya...[termasuklah lokek memberi signal]
ngeeee.. saya mengaku saya jenis bawak kereta laju-laju.
tapi..
masih mengikut keadaan dan mematuhi peraturan..
tak pernah potong ikut line kecemasan. tak pernah potong dekat double line. tak bawak laju di kawasan kampung atau depan sekolah..
sebab tu rasa marah bila ada kereta yg bawak laju di semua tempat, tak kira depan sekolah atau double line. lepas tu, ada hati jugak nak potong ikut kiri. tetap nak ptong. langsung saya tak respect driver camtu.
trafik di highway ? cuba jadi rider yang dipotong bas 140 km/j ..
jadi rider yang dihon lori kerana memotong lori tersebut ..
jadi rider yang terpaksa alert kerana kereta dari belakang laju nak mampos di lane paling kiri ( bukan lane kecemasan )..
jadi rider yang dicucuk rapat oleh kenderaan lain dan lepas dipotong , pandang-pandang jeling-jeling ..
yeah , rider banyak eksiden bukan disebabkan kesalahan mereka . tapi still orang pandang rendah rider , hebat sangat driver , cuba la Pizza Delivery dengan kancil ..
tapi paling best , try jadi rider yang ride dalam hujan lebat , hah ! awesome !!
bagus bukak lampu tu. aku dengar kat stengah2 negara kan, law dia memang seme kenderaan (bukan motosikal je) kene bukak lampu at all times utk safety. tapi biase la org msia kedekut sikit hehe
lagi satu yg org selalu salah buat time hujan lebat is pasang hazard light ('double signal' tu) and still drive
@izfanora : sy pun rabun juga..itu yg risau bila drive..tp kalau kat highway, payah juga nk crk r&r yang berhampiran..kan?
@miss kira : rasa nak tekan break je even duduk kat sebelah..ye? ^_^
@cero : betul!dia slh, kita plak kena byr dia..ada je mcm tu!
@s.o.f.i.a : patutnya kene wajibkan semua orang psng lampu bila hujan..kan?
@humbleyat : pasang lampu tinggi n lampu emergency..baru complete!
@wanie : tp ade je yg crk nahas tu..huu
@one2paii : thanks ^_^
@asada ryutaro : yg plng geram, drive kdg2 tak cedera parah pun...tp penumpang ramai yg mati!geram tauuu!~
@aida ismail : saya la si rabun silau tu..huuu
@cik norazlina : betul!kdg3 nak je sound..cabut je lampu signal n lampu kete tu!
@nur.sa : samela!kita pun suka bwk kete laju2, tp stil jge keselamatan tau...
@r.k : hahahhaha..mcm2 kan?
@kusut : tak boleh psng double signal ek?
suka topik ni. lmbt sket komen, takpe ek :P
sy rasa wktu drive la mulut sy ringannnnn sgt nak membebel2. termasuk la bila wktu hujan2 nmpk ada driver drive laju2 potong sana potong sini. but so far, jarang jumpa org yg tak pasang lampu wktu hujan, or i yg tak pasan? hehe. but eh, bukan ada dlm undang2 ke kena pasang lampu time hujan? or mmg tak wajib?
sistem jalan raya antara yang terbaik di dunia pun, kalau perangai penggun jalan raya macam haram pun tak guna juge.
kalau ada undang2 yg mewajibkan psng lampu masa hujan, tp kalau dh org tu sendiri degil, nk buat mcmane kan?
mcm langgar lampu isyarat gak..terang2 benda tu salah dan akan disaman..tp org still buat juga..
Post a Comment