Monday, October 25

Tag Nama Juga Ada Fungsi Dalam Keharmonian Sejagat



Bayangkan satu perkara:

Anda ke 7E.
Anda ambil air kotak untuk diminum.
Anda ke kaunter, letak dan keluarkan dompet.
Cashier tembak air kotak tu guna scanner dia,
dan harga terkeluar.
Anda hulur duit, dia hulur baki.
Anda kata, "Terima Kasih.."
Anda ambil air, anda tebuk, anda minum.
Tamat.

Itu berlaku kepada ramai pelanggan 7E.
Tapi cuba buat begini pula.

Anda ke 7E.
Anda ambil air kotak untuk diminum.
Anda ke kaunter, letak dan keluarkan dompet.
Cashier tembak air kotak tu guna scanner dia,
dan harga terkeluar.
Anda hulur duit, dia hulur baki.
Anda kata "Terima Kasih, Cik Misnah!"
(nama dia merujuk kepada tag nama yang dia pakai.)
Anda ambil air, anda tebuk, anda minum.
Tamat.

Nampak bezanya?
Tapi apa kesannya?




Mungkin tiada kesan kepada selaku pelanggan.
Tapi kesannya ada pada 'Cik Misnah' tersebut.
Hanya dengan menyebut namanya,
dia akan lebih terasa dihargai,
dan dalam masa yang sama motivasi terhadap kerja akan meningkat.

Itulah fungsi TAG NAMA.

Bagi pekerja sektor perkhidmatan yang berada di barisan hadapan,
maksud aku, yang bertemu dengan pelanggan setiap hari,
kebanyakan mereka adalah keperluan untuk memakai TAG NAMA.

"Apa fungsi sebenar TAG NAMA?" aku tanya kawan.
"Supaya bila dia buat salah, seperti tengking pelanggan, kita boleh buat aduan kepada majikan dia atas nama dia.."

SILAP.
Itu hanya optional.
Tapi fungsi penting tag nama ialah SUPAYA DIKENALI.

Tapi itu bukan poin aku nak beritahu,
poin aku ialah
supaya menghormati orang barisan hadapan sektor perkhidmatan.

Kita selalu merungut pekerja pejabat pos yang tak mesra pelanggan,
receptionist yang bermuka masam.
Sedangkan kita lupa, mereka juga manusia.
Mereka juga mahu DIHORMATI dan DIHARGAI.

Jika mereka memberi perkhidmatan yang bagus.
Apa salahnya kita berkata dengan senyuman,
"TERIMA KASIH!"
dan adalah satu bonus lagi jika kita menyebut nama.

Dan jika ada masa, dalam borang komentar pelanggan yang kotaknya selalu kosong ataupun diisi dengan kata-kata maki kononnya pelanggan tak puas hati dengan perkhidmatan,
apa salahnya kita bagi pujian untuk perkhidmatan mereka.

Bersama-sama kita jadikan negara kita sebagai satu komuniti yang saling hormat-menghormati dan saling sayang-menyayangi.

"Kacak luar, kacak dalam, kacak dengar sini..
Kalau saya senyum, awak mesti senyum sekali..
Kalau kita senyum, semua orang berjangkit..
Bila semua orang senyum, dunia tiada penyakit.."





Pesanan komuniti ini dari nULL & aLteRnate khas untuk 100penulis.


Baca tulisan cEro di blognya.

9 comments:

kusut said...

bagus artikel ni.

kite kat msia selalu tak layan org lain mcm orang. mungkin kalau org msia buat effort sikit utk be pleasant kat semua orang kan, hidup kita ni mungkin kurang stressful

perasan tak orang yg pegang sign 'berhenti' kat tepi jalan2 yg tgh contruction? bila kita lalu tepi dia kita layan dia mcm orang ke macam tiang?

*dekli* said...

betul...betul...betul...sy setuju....:)

nina syakina said...

nina suka bila org tnya, sape nama awk? hihi...

nur.sa said...

terkesan.. baca entry ni.

sama jgk kalau terserempak dengan lori sampah.memang la akan berbau busuk, tapi kalau la kita cuma tahan bau tu dan tak segera tutup hidung bila lori tu lalu, mesti pekerja tu tak terasa sangat.

sikit aje tindakan kita tapi andai kata boleh menyenangkan hati orang, tak salah kan.

humbleyat said...

best2..teringat pula zaman belajar dulu..org kenal saya, tapi sy tak tau nama die..name tag @ kad matrik memang membantu saya tanpa perlu bertanya nama;) jgn marah yerk...

MuJE said...

nak trylah nanti pegi 7E! hehe... anyway, nice post!

atau

nak trylah nanti pegi 7E! hehe... anyway, nice post lah cero!


berkesan tak komen yang second tu? testing2...hehe

KeCiK said...

For sure kalau g 7e lepas ni mesti usha name tag awek tu. Sekolah dulu jarang pakai name tag takut pengawas catat nama.

z said...

rasa dihargai..wooh!

Fina Sophie said...

utk mengorat cashier or waiter/waitress pun berkesan tu.. :P

ok serious. dlm psikologi pun, kalau kita tidak lokek sebut nama org tu cth mcm 'terima kasih, fatima." atau "merokok tak elok, kan fatima kan?" dll. sejenis penghargaan, meninkatkan estim diri seseorang. :) tp make sure itu nama yg mmg dia suka org panggil. for me, saya tak suka org panggil nama penuh saya XD lebih suka org panggil fina je :)