Thursday, October 7

Tafsir mimpi & tips tidur berkualiti



"Dengan ini saya nikahkan kamu ...." 
"Saya, Muhammad dot dot terima nikah ..."
"Sah?"
"Sah sah"
"Alhamdulillah" 

***Sepohon kayu daunnya rimbun, lebat bunganya serta buahnya*** (tak sure mana lebat dulu)
Tersedar, rupanya mimpi! Hailaaa, lagu sepohon kayu jadi alarm bangun subuh. Tapi, apa maksud mimpi aku yer? Hmmmm... 


p/s : rekaan semata-mata

Bercakap soal mimpi ni, ramai yang menganggap mimpi adalah semata-mata permainan tidur. Tapi sejauh mana kebenaran tanggapan itu? Adakah kita lupa bahawa, nabi-nabi kita ada yang menerima wahyu mereka daripada mimpi? Mimpi boleh jadi amaran, peringatan, dan mimpi juga boleh jadi perkhabaran gembira. 

Terdapat dalil yang menunjukkan kebenaran mimpi. Bahawasanya ketika saat Nabi Ibrahim tidur, Allah memperlihatkan kepadanya seolah-olah dia menyembelih putranya. Setelah bangun, dia pun melaksanakan apa yang diperintahkan kepadanya saat tidur. Allah Ta’ala mengisahkan kejadian tersebut.

“Maka tatkala anak itu mencapai kesanggupan berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata, ‘Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka, pikirkanlah apa pendapatmu!’ Dia menjawab, ‘Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.’” (ash-Shaaffat: 102)

Setelah Ibrahim a.s. memahami mimpinya dan berupaya melaksanakannya, lalu Allah memberinya jalan keluar kerana kasih-sayang-Nya.  

Walau bagaimanapun, haruslah diingat bahawa tidak semua mimpi mempunyai kandungan serta maksud yang sahih. Sesungguhnya, hanya mimpi-mimpi orang yang beriman yang lazimnya mempunyai makna dan maksud tersendiri datangnya dari Allah, sebaliknya mimpi-mimpi orang yang tidak beriman datangnya dari gangguan syaitan.

Berdasarkan sedikit pembacaan cikda, mimpi ini boleh datangnya dari 3 jenis, iaitu :

(a) Mimpi jasmaniah - mimpi yang disebabkan oleh gangguan fikiran serta perasaan bimbang, juga kerana keadaan kesihatan tubuh badan yang kurang menyenangkan

(b) Mimpi subjektif - mimpi berdasarkan pandangan sendiri.

(c) Mimpi rohaniah - mimpi yang dilaksanakan oleh roh 

Maklumat lanjut untuk tafsir mimpi boleh klik sini TAFSIR MIMPI

Cikda kerap jugak mimpi-mimpi ni, jika diizinkan cikda mahu tahu tafsir setiap mimpi ini. Tapi kita tidak punya kuasa untuk itu, sesungguhnya Yang Maha Mengetahui ke atas sesuatu adalah Allah S.W.T

Walau bagaimanapun, sini cikda sertakan tips sedikit untuk dapat tidur yang berkualiti. =)
Selamat Mencuba

1) Jangan lupa solat isyak ----- kadang-kadang ada jugak yang kalau dah penat sangat, terus dibaringnya badan atas katil. Walau penat macam mana pun, tanggungjawab kena ingat. Yang wajib tetap kena laksana. Jadi, akhiri malam kita dengan solat isyak. Kalau nak ditambah dengan solat sunat lagi bagus kan?

2) Wudhu' dan basuh kaki ----- ramai yang cakap, kalau mimpi buruk je mesti gara-gara tak basuh kaki sebelum tidur. Jadi nak senangkan cerita, kita ambil wudhu' sebelum nak tidur. Lagipun ambil wudhu' dah sekali dengan basuh kaki. Ditambah pulak dengan rasa sejuk kat hati, apa yang lagi best, pahala pun kita dapat. Apatah lagi tidur berkualiti. InshaAllah =)

3) Pakai pakaian yang sesuai ---- haaaa, ni nak cakap, tidur tu kenalah pakai pakaian yang sesuai, baju tidur ke. Jangan la duk pakai seluar jeans pulak. Bagi pengudaraan tu baik. Ikut cuaca la, kalau yang kat Malaysia jangan buang tabiat tidur pakai sweater dan stoking semua. Tapi kalau yang sekarang di UK contohnya pakai la tebal-tebal sedikit, sebab cuaca dah makin sejuk. Jangan biar sampai rasa sakit tulang macam cikda ni, sejuk sangat tapi duk berlagak cool pakai t-shirt je. 

4) Off Mobile Phone atau Silent ---- haha, bapak kejam. Kalau ada emergency call memamg habis la. Tu kalau yang ada awek pakwe semua memang sah-sah esok gaduh, kot-kotnya si pasangan nak call malam-malam buta. Erk? Tak ada kaitan dengan cikda. Langsung tak, tak tipu! cuma nak bagitahu, kalau yang macam cikda ni pakai phone ada internet, tiap-tiap kali ada notification facebook atau email, YM ke, pukul 2 3 4 pagi pun sibuk duk bunyi kat telinga. Bising!! Itu yang ada sampai baca email pukul 3 pagi, bangun esoknya ingatkan mimpi ke ngigau ke. Hehe. Selepas kejadian malam itu, cikda off phone time tidur, paling tak cikda silentkan alert untuk email notification. 

Okesss, itu sahaja untuk hari ini. Sampai ketemu lagi. =) Assalamualaikum

29 comments:

anyss said...

Salam,
Tak leh off tepon...karang alarm tak bunyi...lagi la tak bangun tido hingga minggu depan huh uhu hu

Miss Kira said...

skrg ni dah silentkn hp dah..
hahaha
klo x..ada ja yg mengacau..

Miss Kira said...
This comment has been removed by the author.
Aida Ismail said...

@anyss, bukan ke alarm phone akan bunyi even off? huhu

@miss kira, hehe..itu la..memang kena silent..apa2 pun, take care semua..may Allah bless =)

Raja Fiqri Fauwaz said...

tido je..

Tak yah layan henpon..

sYazY_dZaiMa said...

saya tak payah off henpon pn kadang2 xsedar org call or sms..tapi, alarm pagi2, sedar pulak,hihi :P

fndrocka said...

Hp aku pun berinternet..tapi takdelah sampai nak tutup.sebelum tdo aku disable kan internet..mudah je.

chenta said...

Sepohon kayu daunnya ribut---ribut ke rimbun?? ^_^

Aida Ismail said...

@raja : dah cuba untuk tidak layan, tapi tidur pulak yang terganggu, hehe

Aida Ismail said...

@syazy : ni konpem syazy nie morning person..hehe, ok la tu..tapi bahaya jugak, hehe..tidur mati, hailaaa..hehe

Aida Ismail said...

@fndrocka : huhu, internet kat uk xleh nak disable, it's on its package..so, memang 24 hours on..

Aida Ismail said...

@chenta : dahhh, itu sangat memalukan..hahaha, nampak sangat tak pandai nyanyi..haishh, lawak lawak =)

humbleyat said...

aida, samalah kita, selalu juga mimpi yang pelik2 ni..tapi cukuplah sekadar diri sendiri je yg tau..huhu..bila terbagun jer, mesti terfikir ada simbolik dari mimpi tu kan?

MuJE said...

huhu... dah lama rasanya tido tak bermimpi.. cehhhh...haha

Apis said...

time kecik dulu aku penah mimpi aku lawan hantu.best wooO..main pukul2 ngn kayu je.haha...

Apis said...

err..orang kate kalo mimpi dipatuk ular maknenye org nk masuk meminang.yeke?huhu..

Fina Sophie said...

me jenis tidur tak bermimpi. jarang sgt mimpi2. mknanya tidur berkualiti lah tu kan. but, kecuali kdg2 wktu tgh fikiran terganggu, tdur pelik sikit sbb mesti mimpi mcm2. lepas baca entri ni, baru faham kenapa.. hehe thanks ;)

Aida Ismail said...

@humbleyat : betul2, ada perkara yang dalam mimpi kena jadi rahsia..hehe, apa2 pum..yang baik itu dari Allah =) inshaAllah boleh diambil pengajaran mana yang elok..hehe

Aida Ismail said...

@muje : haishhh, betul2 berkualiti tido muje..jeles2, hehe..tapi kadang2 kalau ada mimpi2 pun best kan?mimpi orang masuk minang..lalala~

Aida Ismail said...

@Apis : hebat betul, duk tengah tidu pun berimaginasi..haha, good boy! eh jap, apis tido mimpi ular ke? haaaa, jaga2..lolsss..jangan ditolak lamaran yang datang.. =) terbalik pulak, haha

Aida Ismail said...

@fina : no worries, hehe..sekadar berkongsi apa yang dibaca..mimpi ni ada kadang2 nya indah..sehinggakan ada mimpi yang mungkin jauh lebih baik dari kehidupan realiti, dan kalau boleh tak mahu sedar dari mimpi..tapi, nak tak nak kena tahu..itu adalah MIMPI =) may Allah bless..hehe

nur.sa said...

sy jenis tidur takleh off hphone. jadi, kalau berbunyi sms ke apa ke, masih leh bukak mata sepicing, kadang2 siap baca sms tu, reply, tpi esoknya mesti blurr, malam td aku betul-betul reply sms ke mimpi..?heheeh. tapi masih dpt tidur yg berkualiti walaupun jadi mcm tu. maybe dah biasa..

koshary said...

cikda ni msti case guna android phone nieh =D.
yup, kalau ikutkan bila tidur baik tutup phone yeh geng! sbb kadang2 radiation dari phone tu bila on boleh buat tidur kita terganggu.
maksudnya, kita tak dapat deep sleep delta wave = tidur nyenyak. explains kenapa kdng2 bila bangun rasa penat.

dh try experiment pada diri sendiri. agak benar. =D

CikGadis said...

ssah la nk silent/ off nset tm tdo. tkot ada emegency.. huhu. cmna ek?

Aida Ismail said...

@nur sa: hehe, penah jugak cam2..bangun baca mesej, lepas tu paginya ingatkan mimpi..kadan-kadang tu, bangun baca, dah nak reply, tapi tertidur balik..hehe

Aida Ismail said...

@koshary : hahaha, bukan android..blackberry 9700.. =P
bagus dr koshary nie =) siap buat experiment lagi..hehe

Aida Ismail said...

@cikgadis :takpe. yang penting tidur cikgadis dah berkualiti..hehe =)

cIk JanNah said...

ramai org kata tiap mimpi ada maksud cuma jgn terlalu percaya. tapi ari tu cik jannah mimpi banjir. orang kata lau mimpi air bawa rezeki. esknya betol2 dapat rezeki.

hurm tapi jangan terlalu taksub juga. T_T

selalu jer angan2 nak mimpi yg indah2 . lau mimpi kawen ngn anak raja pon best!


heheee

Aida Ismail said...

@cikjannah : nak jugak mimpi banjir, mimpi yang ada air2..hehehe! haishh, dah la tengah pokai, kihkih..

yukk! mimpi kawen? suka suka..(gatai betul dah cikda ni) hehe..tapi lagi best kalau tak mimpi kawen, tapi in reality betul2 kawen..asyik bangat.. =DD