Rumah tangga Bomoh Zaquan dan Bidan Rudaini sering bergolak tidak kira siang atau malam. Pertengkaran mereka sering berkisarkan Ilmu perbomohan,Ilmu hitam dan perkara-perkara yang berkaitan. Pertengkaran mereka sering mengganggu kejiranan. Namun tiada seorang pun jiran mereka berani menegur dan pertengkaran tersebut dibiarkan sahaja hingga reda sendirinya.
Pada suatu pagi Ahad, kira-kira pukul 3 pagi mereka menonton perlawanan bolasepak La Liga Antara Real Madrid dan Barcelona. Bomoh Zaquan merupakan peminat Tegar Barcelona dan Bidan Rudaini pula penyokong setia Real Madrid
"Kalau Real Madrid kalah aku cekik kau sampai mati!!!!" Jerit Bidan Rudaini kepada Bomoh Zaquan.
"Walaupun aku dah mati dan ditanam, aku akan korek tanah dihadapan ku lalu bangun dan mencekik kau sampai mati pula" Balas Bomoh Zaquan dengan suara yang bergema dan menyeramkan.
Seluruh jiran yang mendengar ugutan Bomoh Zaquan menjadi takut. Keadaan sekeliling menjadi kelam dan seram serta merta. Seluruh penduduk Kampung juga mengetahui Bomoh Zaquan mempunyai ilmu hitam yang kuat.
Selang beberapa minggu, Bomoh Zaquan meninggal dunia akibat sakit tua. Bomoh Zaquan yang berumur 300 tahun selamat disemadikan. Walaupun benci..... sebagai isteri, Bidan Rudaini telah menjalankan urusan pengebumian dengan sempurna. Selang beberapa hari, Bidan Rudaini dilihat selamba dan melakukan urusan hidup seperti biasa. Jiran berasa hairan melihat keadaan itu. Mereka semua masih ingat lagi ugutan bomoh zaquan ketika hayatnya.
"Kau tidak takutkah dengan ugutan Arwah Suami kau dulu" Tanya Jirannya.
"Tidak!!!" Jawab Bidan Rudaini. "Biarkan sahaja dia mengorek tanah, aku dah tanam dia menghadap kebawah!!!
16 comments:
tinggi nya laras bahasa.. tak faham.. tolong jelaskan.....huhu....
Hahaha... tgk tajuk ingatkan kisah bonar.... tipah tertipu bang... tipah tertipu...
hahaha.. mmg release tension r story nie.. jgn smpai kn saman.. hahaha..
hihihihi....good story...
haha. kisah yang mantap. dan aku tertipu. hoho.
grrrr.. korek sampai mana nanti dia tuu?? hahaha adoi... ketawa sorang depan pc opis. ingtkan seram doh
hati2 laaaa takot surat saman smpai kt umah nt...hehehee
nyway story nih mmg best....mati2 ngat menyeramkan td...upanya bomoh zaquan terkena ngn bidan rudaini..heheheh
haha:P menarik2~
menarik.... pada mulanya macam seram rupanya tak
lol
tok bomoh tu kalau cukup gigih mungkin bleh surface kat somewhere in europe. london ke
Saman la... gua tak goyang
kehkeh!!!
bagus..bagus..boleh buat kapal korek. huhuh
hak hak hak.. giler la.. kelakar betul.. ;DD
korek lagi tok moh , korek ..
bolehla hilangkan tensen jap XD
i likeeeeeeee nama-nama watak di atas hahaha
Post a Comment