Tuesday, October 5

Sukan Komanwel edisi XIX Delhi 2010

   Sukan Komanwel Delhi 2010 adalah sukan komanwel edisi ke-19 seumpamanya diadakan di bawah naungan  negara-negara Komanwel ini. Sukan ini akan diadakan di New Delhi dan bermula pada 3 Oktober hingga 14 Oktober 2010. Sukan ini menjadi sukan terbesar penganjurannya oleh Delhi khususnya dan India umunya selepas mendapat hak penganjuran pada Sukan Asia yang lepas.
Antara penganjuran sukan terbesar tahun ini.
    Sebelum ini, India telah mengendalikan temasya kedua terbesar di dunia, Sukan Asia, pada tahun 1951 dan 1982, dan kali ini, bertempat di Stadium Jawaharlal Nehru, berlangsung pula Temasya ini yang julung-julung kali diadakan di India. Temasya ini juga merupakan kali kadua ianya bertandang ke benua Asia selepas kali pertama pada tahun 1998 iaitu di Kuala Lumpur.
   Kemenangan New Delhi keatas Hamilton, Ontario, Kanada dalam proses pembidaan bagi mendapatkan hak penganjuran Sukan Komanwel ini menjadi kayu ukur kepada kehebatan dan kekuatan tersendiri yang dimiliki oleh India bagi memenagi hati juri yang mengadili acara pembidaan berkenaan. Bukan mudah untuk memperolehi hak penganjuran acara sebegini besar.
   Untuk pengetahuan semua, bajet bagi megendalikan acara ini adalah sebanyak 1.6 US Billion, menjadikan Sukan Komanwel New Delhi sebagai acara sukan Komanwel paling mahal dan mempunyai bajet terbesar selepas Sukan Komanwel 2006 Melbourne. Ini termasuklah fasiliti sukan, lapangan terbang, jalan raya, kawasan pendudukan atlet dan sebagainya bagi memastikan kesemua 85 negara yang terlibat merasa selesa dengan kemudahan yang disediakan.
   Sukan ini juga bertekad menjadi 'Sukan Hijau' yang lebih mementingkan penjagaan alam sekitar secara berterusan selain menganjurkan acara-acara sukan yang telah dijadualkan.
Sukan Hijau di Sukan Komanwel 2010
   Untuk Maskot sukan berpestij ini pula, Shera dipilih bagi mengetuai semua kontijen yang ada, seterusnya menjadi maskot popular sepanjang penganjuran Sukan Komanwel kali ini.Shera adalah seekor Harimau yang menetap di kawasan barat India. Perkataan 'Sher' pula adalah bermaksud harimau, menurut penduduk india sendiri, melambangkan keberanian, ketangkasan dan kejaguhan menentang musuh serta berani menghadapi risiko.
Shera-maskot Sukan Komanwel 2010
    Acara pembukaan Sukan Komanwel pada malam 3 oktober lalu cukup memukau sesiapa sahaja yang menontonya. Pelbagai persembahan kebudayaan kaum India selain tarian ala Bolywood turut dipertontonkan kepada orang ramai yang memenuhi Stadium Jawarhalal Nehru itu. Sebelum ini, India dikritik hebat oleh media antarabangsa kerana pelbagai masalah yang dihadapi sebelum bermulanya acara pembukaan tersebut. Antaranya isu keselamatan, kesihatan, perkampungan atlet dan sebagainya.
Acara pembukaan yang memukau.
   Belon panas yang besar dan dipenuhi dengan cahaya laser berwarna warni cukup untuk memberikan petanda bahawa segala tohmahan pelbagai pihak sebelum ini seolah-olah hilang  dan tenggelam pada malam tersebut.
Jalur Gemilang berkibar di belon besar semasa acara pembukaan

 Hari pertama kejohanan merupakan hari paling bersejarah hari ini buat skuad Angkat berat khasnya dan kontijen Malaysia amnya apabila berjaya merangkul emas pertama dalam acara angkat berat bawah 56kg melalui Badang negara, Amirul Hamizan Ibrahim, 29. Lebih manis, apabila kejayaan ini dilakar pada hari pertama kejohanan dan menjadi pingat pertama dikutip oleh skuad harimau malaya sepanjang penglibatan dalam kejohanan berprestij ini, meletakkan kontijen negara sebaris dengan 3 negara pendahulu lain, antaranya Australia, Kanada dan Afrika Selatan.
Badang Negara

    Amirul mengangkat bersih 116kg dalam kategori snatch, dan 141kg dalam clean & jerk, memberikan mata keseluruhan sebanyak 257kg mengenepikan pencabar utama nya, atlet India, Sukhen Dey, 21 yang sekadar berjaya mengangkat secara keseluruhan 252kg untuk sekadar berpuas hati dengan pingat perak manakala gangsa juga milik atlet tuan rumah ,V.S. Rao, 29 dengan jumlah angkatan sebanyak 248kg. Kejayaan Amirul juga menepati sasaran yang dikeluarkan Majlis Sukan Negara(MSN) apabila mensasarkan Amirul sebagai Ayam tambatan Malaysia bagi memenangi Emas acara berkenaan Hadiah disampaikan menteri belia dan sukan, Datuk Shaberry Chik di Kompleks Sukan Indra Gandhi, New Delhi.
Mohd Rizal Tisin sumbang perak dalam acara berbasikal
  Selain itu, kejayaan skuad berbasikal negara memenangi pingat perak semestinya suatu petanda kebangkitan atlet muda Malaysia yang dahagakan kejayaan dan mahu melepasi cabaran yang disasarkan iaitu 10 Emas. Rizal memenangi acara 1km ujian masa, tumpas kepada atlet Australia,Scott Sunderland  untuk memiliki pingat emas.
  Kedudukan ke-4 setakat hari kedua kejohanan cukup membanggakan apalagi Malaysia hanya mensasarkan lebih 10 pingat emas sahaja dan ini sudah semestinya memberi suntikan semangat dan aura api pembakar kepada atlet-atlet lain yang terlibat pada sukan-sukan pada hari seterusnya bagi memenangi lebih banyak pingat dalam acara masing-masing . Hari in sahaja, sebanyak 8 pingat emas dipertandingkan dalam pelbagai acara termasuklah angkat berat, akuatik, tenis, ping pong, hoki wanita dan beberapa acara peringkat awal lain-Hafizuddin

7 comments:

ASaDa RyutaRo said...

mantap la skuad malaysia.. hope dapat juara komanwel lak tahun ni.. =)

KeCiK said...

KOmanwel kat Malaysia dulu gua rasa lagi owning. Badminton kita sapu habis.

.s.o.f.i.a. said...

chaiyok chaiyok harimau muda!!!!!

kusut said...

duk negara orang ni susah sikit la nak tengok team kita. tapi ade la jugak

rasa nak melompat2 tengok weightlifting menang gold masa day1 and day2 (malam tadi). tapi dah lewat sgt kang kene pelangkung dgn neighbour lak XD

sYazY_dZaiMa said...

betul kata kecik..teringat time komanwel msia 1998, masih budak2 lagi, pastu ada jual aikrim wall sempena komanwel ni..perisa vanilla strawberry yg disalut coklat..memang hari2 g kedai beli aiskrim tue,haha :P

fndrocka said...

Teringat komanwel 98..dgn adanya suka komanwel 98 fasiliti sukan malaysia semakin bagus.tapi prestasi pun oraitlah.hehe

fndrocka said...

Teringat komanwel 98..dgn adanya suka komanwel 98 fasiliti sukan malaysia semakin bagus.tapi prestasi pun oraitlah.hehe