Tuesday, October 26

Sudah tercemar?

Salam seisi alam yang membaca :D

Oleh kerana sibuk beberapa minggu, hampir saya terlupa nak buat entri. Jadi, sambil-sambil saya buat thesis saya ni, saya nak kongsi tentang apa yang saya kaji.

Tajuk thesis saya ni sebenarnya berkaitan dengan 'Seawater Desalination' atau dalam bahasa melayu nya desalinasi air laut yang bermaksud, proses penyulingan air laut kepada air bersih iaitu yang dapat digunakan oleh manusia terutamanya untuk kegunaan seharian termasuk sebagai minuman atau pembersihan diri.



Namun, my concern sekarang ini adalah mengenai kualiti air sungai di negara kita yang sememangnya sangat-sangat teruk. Setelah beberapa kajian di buat, memang kualiti sungai-sungai terutamanya di bandar-bandar seperti Lembah Klang yang mencatat peratusan pencemaran sungai tertinggi.

Apakah puncanya? Sangat banyak. Antaranya, pembuangan bahan buangan kilang secara terus tanpa ada tapisan, pembuangan sampah sarap terus ke sungai dari kawasan setinggan, hakisan tanah, pembalakan, pertanian, sisa makanan dari restoren atau kafeteria yang tidak memasang alat penapis pada sistem perpaiapan mereka dan banyak lagi.

Cuba kita fikir, kenapa kita perlu risau? SANGAT PENTING kita risau sebab dalam peratusan air bersih yang dibekalkan oleh bumi, 3% adalah daripada air tanah dan 97% adalah daripada air sungai/laut. Jadi, kalau dah sungai-sungai tercemar, maka semakin berkuranglah air bersih kita. Selain itu, banyak kesan daripada pencemaran sungai ini termasuklah banjir kilat, peningkatakan kepada penyakit berjangkit (kualiti air yang tidak sihat) dan juga menyebabkan kepupusan haiwan-haiwan akuatik.

Selain itu, kita perlu risau sebab kita memerlukan setiap hari bukan setakat nak minum, malah nak mencuci, mandi, berkebun, kerja-kerja pembinaan dan perkilangan juga memerlukan air. Oleh itu, kesedaran pada orang ramai sangat diperlukan. Beberapa kempen telah dijalankan untuk memberi kesedaran bermula dari golongan muda sehinggalah yang tua.

Banjir yang melanda Johor. 

Cuba korang bayangkan, suatu hari nanti, korang terpaksa minum air dari sungai ni? Eiii, mesti tak nak kan!!
Jadi, bermula sekarang, saya nak ajak kawan-kawan semua untuk menghargai sungai kita, jaga kebersihan dan beri kesedaran kepada yang lain jugak sebab Bumi kita sedang sakit, global warming sudah semakin teruk sekarang kan. So, sedikit tindakan kita mampu untuk menyelamatkan Bumi untuk generasi kita akan datang.

p/s: harap maaf if penjelasan tak clear sebab susah jugak nk tukar term dari english ke malay..anyway, hope mesej kesampaian and korang faham. :D

8 comments:

kusut said...

selalu terpikir.. camne ye nak suruh org m'sia jgn buang sampah dlm sungai?

d_tieah said...

Sungai tempat aku pun kotor sangat..
Apatah lagi kualiti air yg disalurkan kat rumah..
Tanggungjawab membersihkan air pun dilepaskan oleh pihak berkuasa..
Ermmm..
Ingat semua orang mampu ke beli penapis air keluaran b'macam2 syarikat?
Dahlah mahal, memang betul utk kesihatan tp kena fikir golongan yang berpendatan rendah..
Pihak berkuasa tolonglah "blow" air tiap2 bulan..
Ini tak, sekali setahun pun susah..
Kalo cuci baju kaler putih konfem ade kotoran tompok2 kuning..
Akibat air kotor la ni..

hentakbelipat said...

sungai skang ni kalau tgk dari jauh pun ingat mcm air longkang..besok-besok mgkin dah boleh pakai longkan besar instead of sungai

z said...

owh sungai,,cintai sungai kita...tq 4 info ^_^

Fina Sophie said...

tak fhm. why ada org suka buang sampah dlm sungai?

sbb dia hidup dikelilingi org2 berperangai mcm tu. :)

chenta said...

bukan sungai je..semua tmpt diorg nk buang sampah!

[z@ck] said...

bukan nak puji negara orang tapi aku kagum dgn NZ sebab air dia sangat bersih sampaikan dorang tak payah bayar bil air.bekalan dorang dapat dari Huka Falls.kita kat Msia bayar bil air belum tentu lagi air tu bersih.btol tak? hahaha.

nur.sa said...

sampah dibuang merata2 tak kira tempat, lagi tak faham yg berperangai macam ni,kan..?

kalau kita letak dia kat tempat sampah sehari semalam baru leh insap kot.teehehe.