Skop ini lebih kepada kewujudan blog2 para remaja ye. Tak kira yang masih bersekolah, menuntut di IPTA/IPTS, bekerja atau menganggur. Dan ini hanyalah pendapat aku semata-mata melalui pancaindera yang telah dipinjamkan. Sekiranya terdapat persamaan, berkemungkinan ianya satu kebetulan dan diharap anda tidak berkecil hati. Blogger adalah golongan yang bijak dan kreatif, oleh itu teguran harus dijadikan penguat untuk terus menulis.
Remaja 1: Menulis blog untuk meluahkan isi hati sahaja.. Percintaan antara dia dan pasangannya sahaja..
Remaja 2: Menulis blog untuk kepuasan diri selain berkongsi cerita suka duka sepanjang hidupnya..
Remaja 3: Menulis blog tentang dunia songsangnya, percintaan yang sememangnya haram antara lelaki dan lelaki/ perempuan dan perempuan..
Remaja 4: Menulis untuk menyuarakan pendapatnya sendiri tentang isu2 semasa yang berlaku..
Remaja 5: Mewujudkan blog untuk dowload mp3, filem dan tidak terkecuali, terdapat juga ruangan 18sx..
Remaja 6: Mewujudkan blog tutorial disamping terdapat juga cerita personal..
Remaja 7: Bebas menulis tentang apa sahaja yang difikirkannya..
Remaja 8: Menulis blog seperti menulis diari..
Remaja 9: Semua dalam satu blog termasuk cerita personal, tutorial, review filem/drama..
Remaja 10: Blog yang didalamnya terhasil karya2 hasil ideanya sendiri seperti cerpen, sajak dan lain2..
Memang wujud kesemua jenis blog seperti di atas dan aku tahu sebagai blogger kita bebas untuk menulis tentang apa sahaja yang kita mahu kerana blog kita, hak kita. Tapi harus ingat, jangan tersasar jauh apabila berkata2. Negara kita punya undang2 dan menulislah mengikut kebijaksanaan bukan semata-mata kerana emosi. Patuhi garis panduan dalam penulisan blog ye. [Ade ke?] Aku juga kurang arif cuma apa yang aku boleh katakan adalah berhati-hati, jangan sampai kita menulis tentang isu2 sensitif seperti keagamaan, perkauman dan lain2 lagi.
(Nota Hatie: Aku punya blog bebas kot.. :)]
Yang menulis,
15 comments:
yupp...bila berblog kena pastikan apa yg kita tulis itu tidak melampau batas...
jgn sampai menyumbng ke arah "fitnah"..
p/s : AC Mizal sekarang ni dh buat laporan polis tntg beberapa org blogger yg dikatakan cuba menjatuhkan business nya... ;)
jom ke APA KATA HATI pulak,
APA KATA HATI GIVEAWAY
remaja 7 & 9 tak sama ke??
i kategori remaja 9
kadang2 orang blogging tanpa tau tanggungjawab as sorang pemilik blog. tu yg banyak bawak masalah tu. sama macam drive kereta tapi tak belajar undang2 jalanraya lah.
@chenta
tak sama kot. yg no7 tu duk serdang yg no9 tu duk melaka XD
Berblogging sbb minat.
Macam melukis, leh explore
macammacam perkakas kat design,
sambil berkongsi apa saja
yg hati nak tulis, sekadar utk
kepuasan. (:
betul tu, cuma yang baru masuk ni akan ambil masa nak kenal darat air udara. bagi diorang masa untuk kenal pahit manis dunia, baru matang warga Malaysia. =)
kronologi aku masa main blog dulu:
Remaja 5>>Remaja 6>>Remaja 11>>Remaja 9
Remaja 11: buat duit dengan blog...hehe
tapi bila dah lama2 main blog ni rupanya duit tu tak payah dikejar, dia datang sendiri.. so now aku hanya maintain updated dan tulis apa saja aku suka.. rojak!
Macam mana nak embed video facebook ke dalam blog
Kita dlm kategori mn2 pun xpe lah, suka hati ok..
Asal kita tau jg adab semasa menulis..
Jgn sampai menulis ttg sesuatu yg kita x pasti..
Btw, selamat berbloging..
Teruskan usaha kalian..
hurm.. semua jenis blog tue wujud dan saya dah jumpa kesemuanya walaupun saya baru dalam dunia blog.
manusia memang diciptakan bukan bersendirian. sebab tue mereka akan ada rasa untuk berkongsi. salah satu medium yang digunakan, 'blog'. =)
Jenguk lah kat sini juga:
Kenapa Abang Suka Buli Aku
dari dulu remaja 9 walaupun tak berapa remaja lagi dah sekarang ni XD
kebanyakan blog yg banyak sekarang adalah rojak. :)
sy pun termasuk kategori salah satu di atas.
kita adalah pembaca, dan kitalah tentukan mana blog yg boleh dijadikan feberet kita. hehe.
hehe sy blog bebas dan umum...
Cara Elak Selsema
Salam,
saya pun remaja gak ;)
Mewayang di Estet Sempena Deepavali
Salam,
Setuju dengan pendapat sdr. Ramai tak sedar tentang batasan bila menulis...hati2lah. Semua masih muda lagi. Kalau masuk penjara dalam usia belasan atau awal dua puluhan, bila keluar...banyak yang tertinggal. Sukar nak bina hidup baru bila dah bergelar penjenayah
Risisita III
Owh ramainya so-called-REMAJA kat sini!
Buat belog best sebab tak payah pakai pensel/pen.
:)
Post a Comment