Thursday, October 28

Singgah di Pulau Pinang Sat!

Sebahagian besar perjalanan dan pengalaman saya ke beberapa tempat sebab kerja. Sambil kerja, sambil melancong dan makan angin, kecuali ke Semporna. Masa pergi Semporna tempoh hari, saya memang bercuti. Kononnya hadiahkan sesuatu untuk diri setelah penat kejar dunia.

Kali ni tengok gambar-gambar dan pengalaman saya di Pulau Pinang pula ya. Saya pergi ke sana selama 4 hari. Dua hari untuk kerja, manakala dua hari lagi saya gunakan untuk berjalan dan kenali Pulau Mutiara itu. Namun, masa dua hari memang sangat tidak cukup sekiranya tiada pengangkutan sendiri.



Pengalaman ngeri bermula sejak dalam penerbangan lagi. Sila baca entri saya berjudul Sauna Kecantikan Gaya Baru: Efektif dan Percuma untuk ikuti pengalaman manis saya bersauna dengan White Kopi dalam penerbangan Air Asia. Lucu ada, malu pun ada. tapi, buat-buat muka tembok sahajalah! Pengalaman sepanjang berada di sana aku tulis di entri Mengayam Mutiara Jadi Kenangan Indah. Hari pertama di Pulau Pinang saya ke Chowrasta, mencari buku-buku terpakai yang kononnya sangat popular di sini. Saya berniat untuk tulis satu entri khas untuk buku-buku terpakai ini, namun sehingga kini tidak menjadi kenyataan.





Chowrasta lebih popular sebagai tempat jualan jeruk. Namun, aku lebih berminat untuk tengok buku-buku terpakai yang ada di tingkat dua. Banyak sangat buku sampai tak tahu nak beli buku apa. Tak boleh nak selak sendiri, kena minta dengan tuan kedai. Itu dah bantutkan hasrat untuk beli buku.





Selain di Chowrasta, saya juga ke Padang Kota yang mashur itu. Makan pasembur dengan seorang rakan. Tempat itu dah terlalu banyak berubah, berbanding masa saya pergi lebih 10 tahun lepas. Saya juga berkesempatan berkunjung ke rumah P.Ramlee yang comel, klasik dan terjaga itu. Basikal tua pun ada kat bawah rumah P.Ramlee tu.




Hari kedua, saya ke Kulim, kawasan perindustrian di Kedah. Seberang jambatan. Apa ada di Kulim? Adik saya sekeluarga menetap di Kulim. Dah alang-alang datang Penang, bermalam satu malam di rumahnya. Melayan anak-anak buah saya seramai 4 orang yang semuanya nakal-nakal. Maklumlah semuanya lelaki. Lelaki ni nakal ek? Usah marah ya sang lelaki...gurauan menambah ceria entri sahaja.

Niat asalnya nak bawa mereka naik keretapi ke Bukit Bendera, tetapi pada masa itu perkhidmatan keretapi telah diberhentikan sementara selama setahun untuk kerja ubahsuai dan naik taraf. Tak pasti pula sekarang ni dah beroperasi semula atau tidak. Akhirnya, saya bawa anak-anak buah ke Taman Burung yang terletak di Seberang Jaya. Itu pertama kali mereka ke tempat yang sebegitu. Jadi, bayangkanlah macam mana keletah mereka. Penat kami (yang dewasa) mengejarnya. Risau juga kalau-kalau dah berenang bersama itik dalam kolam (itik pun keluarga burung tau hu hu hu).





Itu sahaja tempat yang sempat saya pergi sepanjang di Pulau Mutiara itu. Maklumlah, pergi untuk kerja, jadi tak banyak tempat sempat untuk jelajah. Nasib baik sempat pekena nasi kandaQ. Line Clear punya!



3 comments:

[z@ck] said...

lama tak pi Penang.Balik nanti kena pi sekali.pekena pasembur padang kota.masyuk!

anyss said...

Z@ck: Yummy! Tak sedar dah ghaibkan sepinggan penuh hu hu hu

Fina Sophie said...

nasi kandar T_________________T