Friday, October 29

Simpton-simpton Bila Nak Final Exam

1. Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (ye lah. saya jadi pendiam agak2 3 jam nak masuk dewan. time ni lah nak hafal main point. supaya senang nak goreng)


2. Membaca dengan kadar yang cepat. (tak perlu faham, yang penting ingat. at least kalau takleh jawab, sekurang2nya hati kata..erk, cam pernah tgk je word ni)


3. Nak turun café tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus.cepat. jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut. (selalu memang saya makan kat bilik)



4. Time nak exam baru laaa nak full semayang. Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam-macam. (memang! time ni la nak kalut sembahyang hajat. kalau boleh nak suruh semua ustaz tolong doa untuk saya)


5. Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga. (serius pernah camni. dah tension sangat kan. nyanyi je la)


6. Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi(ada tu siap ambik handout letak tepi bantal. Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.)


7. Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (soalan biasa kalau dah jumpa member: dah banyak ko study? selalu roomate jadi mangsa kena tanya camtu)


8. Kalau main message tu balas sikit. sikit je. Pendek pendek. Tak de mase nak fikir taip panjang-panjang. (yup. takyah mesej2. call. cakap sampai habis. so, takyah buang masa untuk taip sms)


9. Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota.nota. Selalunye merayau g bilik orang. Tak pun kluar. G main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase terluang. (memang saya selalu kat bilik lah. weekend je kuar)


10. Nak buang sampah pun terbawak pen. (pernah nak pi basuh tangan lepas makan, bawak highlight!)


11. Agak2 stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun café masak air je pastu letak megi. Nak budak pandai sikit tak makan megi. Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh member beli. (buat megi goreng)


12. Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh. Membazir masa (betul2. selalu simpan laptop dalam locker, tapi on9 gak guna laptop roomate. kejap je pun)


13. Time ni ah baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. (sebijik kena! kamus kat tepi bantal kot)


14. Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi mmber sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih. (xdelah sampai teruk macam ni)


15. Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade lah. Nak stay up. (stay up tak stay up, study atas katil)


16. Hah. Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak2 ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak. (bukan meja je bersepah. katil pun)


17. Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti(normal la ni)


18. Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai-ramai. Nanti ade je bende nk borak. (taklah blurr sangat)


19. Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek.repek sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi vs nak jalan-jalan. Nak borak.borak. sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua. lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu. (ishk. ni dah tahap kritikal dah ni)


20. Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal2. Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. (azam tahun baru je. berserah + redha je la)

okai... kepada korang yang telah, sedang dan akan menghadapi final exam:

wish u all the best:)


semoga kejayaan milik kita bersama.insya Allah. aminn...


with love, puteri_kebayan

22 comments:

Apis said...

oh diriku terase.hahaha....

Apis said...

all the best sume yg nk final da. aku lg 2 mggu. doakan ek.

Cik Ayin said...

huh
next week ade paper pon sempat bukak blog.
^_^

Azrul Hisham said...

teringat pulak zaman student dulu2.. :)


Jom guling-guling disini pula:

Azrul Hisham -My Real Life

ztie said...

lamanya tak rasa cmni. insyaAllah lain kali ada. hehehe.. good luck there!

KeCiK said...

Yg no 4 tu sungguh tepat. Time tu la surau hostel baru penuh.

Gud luck on your exam peeps!

kusut said...

exam hanya sementara. ahahhaa

anyway gudlak yg nak mengadap exam. lepas exam baru bleh rajin blogging

izfanora said...

hahaha.. sebijik cam member aku.. hehe.. aku der juga, tapi sipi-sipi je r.. biasa r.. time enjoy kena enjoy. :P

wish all the best..

*cimOt* said...

part makan, aq paling agree!!magee mkan plg berharga aq rse..jimat ringkas dan cepat!!hahaahahaha

~~aKoO~~ said...

aDess..seLsa dePn eXm..sKng buKa buKu pOn bLom..tP kLu muKa buKu n bLog alWaYs x tGL..

nabilah_2908 said...

hehehe...teringt zmn study dulu...mmg mcm ni la...

stock meggi n nescafe harus mencukupi...muka ketat jer semua... :)

haih...lega juga rasanya bila semua ini dah berakhir...hehe..

kepada yg sedang menghadapi exam..or akan menghadapi exam...wish you all best of luck..!! :)

humbleyat said...

semuanya fakta!

pendapat saya, study week adalah minggu yg pling penting kerana the enlightment of knowledge bermula di kalangan student2 a.k.a ahli ilmu hendaknya..

sibuk ber"syura"(discuss), ada pula "khilaf" (berbeza)pendapat mengenai silibus, dan akhirnya kita ber"ijma" (sependapat) dalam perkara yang same!

beznya minggu exam..

p/s:dulu study sampai serebrum dan serebelum pun dah jadi senget..hehe..

note2 pun confirm hancur, sebab asyik repeat perkara yg same..;)

CikGadis said...

skrg sy ngah studi week.
tp tiap2 ari tgok fb. xinsap2... ssah la cmnie!! uwaa

safizan said...

hehehehe... same cam aku dulu
study last minit yang menyeksakan sampai tak cukup tido

Amni said...

study last minute tu cam heaven je.. hahaha... masa tu la gelabah giler.. nervous semacam je... tapi tu baru rasa nak exam.. hahahahah... skang zaman dah berlalu...

Q said...

Q dah habis zaman tu.
Q nak ucapkan semoga berjaya dalam peperiksaan kepada semua rakan-rakan 100penulis. buat yang terbaik

nn said...

tauuu takpe lah! mostly benda ni betul. except part facebook tu sebab now on facebook utk dapatkan tips exam :P

nur.sa said...

dulu2 takde fb, jadi tak kena sgt, wpon masa study dlu friendster plg femes, tapi masa tu takde lagi leh letak status2 tu mcm skang. hehee.

good luck to all students yg bakal amik exam.

suziesanji said...

megi + nescafe =stok stay up malam-malam.. =)

Azza Zahra said...

Dulu, 12.oo midnite maseh awal untuk stdy. Stay up hanya akan bermula start pukul 2 pagi (:

Rindu saat tuh!

Fina Sophie said...

shit. daku terasa. ni semua simptom2 yg study last minute ni hahahaha XD

yg kepoh mmg jadi pendiam. nak gelak kuat2 pun takut. hilang ilmu. T_T

CikGadis said...

time studi week nie lar tringin nak jln2. siot kan