Wednesday, October 13

Borak2: Semuanya ONLINE..

Entry Terbaru ~ Facebook Versi ISLAM

Aku pasti ramai yang pernah melalui pengalaman membeli secara online. Sekarang ni zaman milennium, semuanya nak guna online je. Dan ramai jugak usahawan kecil iaitu para melayu bukak kedai online sendiri kan. Termasuk kawan aku dan kekasihnya yang sedang merancang bukak perniagaan online di facebook.
Tahniah aku ucapkan dan semoga berjaya. Maybe nak kumpul duit kawen sesama kot. Janji jangan lupa jemput aku tau.
Ok2, berbalik kepada tajuk hari ni, korang pernah tak ditipu peniaga online ataupun korang yang menipu peniaga tersebut? Haha.. Kedua2 perkara memang terjadi. Aku tak nafikan. Pertama, ditipu peniaga online. Peniaga perempuan ni jual barang guna facebook je. Dia tag ramai2 orang dalam gambar barang yang dia nak jual. Biasalah tu, cara nak cari customers. Then, satu hari tu aku boleh tergoda tengok jam yang dijual.Lagi2 tengok warna hijau dan putih. Aku decide pilih warna hijau. Masa tu putih dah habis kalo tak silap. Harga masa tu dia jual RM40. Tapi sebab takde duit aku pun batalkan niat dulu. Then, bila ade duit aku usha balik jam tu. Sebab perangai aku ni, kalo dah berkenan dengan barang tu, aku mesti dapatkan. Kalo tak, tak lena tido malam bai. Aku pun PM inbox peniaga tu, dan harga jam tu jatuh ke RM30 tanpa bayar harga pos. Maksud dia free postagelah. Aku pun dengan pantas bayar. Setelah barang sampai, aku rasakan barang tu takdelah cantik sangat pun. Selang beberapa hari, kakak aku bawa balik katalog2. Sekali aku tengok dalam salah satu katalog tu, ade jam tu bai. Ko tau berapa harga dia? RM5.50 je. Perghhh, aku kena tipu! Berapa banyak dia untung wei. Dahlah jual harga kaw2. RM40-RM30.. Setakat hantar guna pos ekspress berape je yang sampul kecik tu. Lepas tu, aku terus buang perempuan tu dari friend list fb aku. Bukan ape, cara nak hindarkan diri dari tergoda dan diperdaya. Haha.. Tapi, ada gak peniaga online yang jual barang berkualiti dan berpatutan dengan harga. Banyak gak blog2 yang menjual barang yang aku suka. Ade satu blog ni, baju2 dia murah je. Tapi aku belum pernah beli lagi. Haha.. Takde yang berkenan. Ade yang disuka, dah kena reserved plak. Huhu.. Beg aku pernah beli secara online. Not bad. Murah and aku suka sangat. Sungguh tak menyesal. Lagi satu, peniaga perempuan jugak, dari facebook bukak kedai online baju, sweater, jacket dan caldigan. Bila tanya dia cakap kena preorder, masa tu aku PM inbox dia. Lepas beberapa hari dia senyap je. Sampai sekarang aku tengok facebook dia camtu je takde perubahan. Haish. Penyakit betul lah. Kalo nak berniaga tu buatlah cara nak berniaga betul2. Kadang2 kita ni nak tolong sesama melayu, tapi dia boleh plak buat kita ni cam sampah. Langsung tak dipedulikan yang kita dah order. Nasib baik, minggu lepas aku jumpa satu kedai online dari facebook juga yang menjual pakaian seperti peniaga perempuan tu. Bila PM inbox dia je, dengan pantas dia membalas. Dan urusan jual-beli menjadi sempurna. Sebelum terlupa, kisah pelanggan menipu peniaga plak. Aku ade kenal sahabat maya melalui blog. Dia nak jual handphone masa tu. Aku sajalah tanya je takde pun niat nak beli sangat. Sebab dia nak jual iphone. Aku guna handphone yang biase2 je, tak suka sangat guna yang canggih ni. Then, dia kasi aku harga baik punya. Tapi aku cakaplah, duit tak cukup lagi bla bla bla. Satu hari, dia mesej bagitau iphone tu dah ade orang beli tapi dia still tak dapat bayaran. Huhh! Dahlah orang tu emak orang. Dari negeri sebelah utara tanah air. Aku tak nak sebut ek. Hehe.. Lepas tu, sahabat aku ni pun cakap yang dia nak buat laporan polis. Baguslah tu. Salah dia jugak sebab, dia sepatutnya terima dulu bayaran, barulah pos barang tu.


Ini tips untuk pembeli:
1. Jadilah seorang pembeli yang jujur.
2. Bayar mengikut harga yang seharusnya kita bayar.
3. Semak detail peniaga juga penting.
4. Jika suka beli di blog, pastikan blog itu sentiasa update.
5. Jangan cuba menipu peniaga.
6. Sekiranya minta reserved, pastikan beli. Jangan plak tetiba cancel.


Tips untuk peniaga:
1. Jangan terlalu percaya dengan pembeli. Tunggu pembayaran masuk, baru pos.
2. Jual barang yang berkualiti setanding harga barang tersebut.
3. Pastikan blog sentiasa update.
4. Jika jual melalui facebook, pastikan jawab segala pertanyaan customers.
5. Sentiasa cek emel dan lain2 alat perhubungan. Contoh: Inbox Facebook.
***


Yang menulis,

10 comments:

[z@ck] said...

setakat ni aku tak pernah kena tipu dan menipu online ni.tak pernah deal tru FB lagi..senang tu memang senang sebab kita tak perlu susah2 nak keluar umah bersesak dgn org ramai semata2 sbb nk beli brg..tapi kena fikir risiko la..

[z@ck] said...

setakat ni aku tak pernah kena tipu dan menipu online ni.tak pernah deal tru FB lagi..senang tu memang senang sebab kita tak perlu susah2 nak keluar umah bersesak dgn org ramai semata2 sbb nk beli brg..tapi kena fikir risiko la..

r.k said...

ghua selalu beli online , tapi ghua cek dulu latar penjual . dan kepuasan customer sebelumnya ... setakat ni ok lagi , pernah la sekali item lambat sampai dalam seminggu , 3 angka punya item .. hangen gak , rupa-rupanya alamat tak lengkap , kene ambil kat pejabat pos .. haha

tang kesah jam hijau tu , silap lu lah , sapa suruh tak google dulu ... ahhahahaha .. :D

Sumandak Kinabalu said...

Setakat nie semua yang saya beli melalui online adalah buku. Proses semua ok dan tiada masalah :)
Yang penting kena cari source yang betul dan boleh dipercayai...

nur.sa said...

tak pernah kena tipu lg. kita sbg pembeli kena check dulu la sapa penjual tu. cara pembelian..

wat research psl penjual tu sebab ini melibatkan duit. kalau dah kena tipu, menangis melalak pun payah dah nak dapat balik duit dan barang kita nak tu.

chenta said...

pernah beli perfume online..ok la..tp sekali tu je la beli..

now sy plak peniaga secara online..

Fynn said...

taktaw kenapa,blogshopping sangat mengujakan!weeeee

Fina Sophie said...

sy dah pernah beli thru fb n thru blog. mcm yg r.k cakap la, kena cek btul2 latar blkg penjual tu, n tgok testimoni2 previous buyer. sy biasanya ambil masa dulu utk perhati blog/fb pniaga tu bru beli brg dia. itu pun kalau dah betul2 berkenan hehe. setakat ni, tak pernah lagi ada prob. n pernah jumpa beberapa peniaga yg mmg bagus skill bisnes diorg. cpt, sntiasa update pmbeli, ada yg suka bg free gift, n sgt mghargai pelanggan dia. kalau sy pun sy nak deal dgn org mcm ni. buat apa deal dgn org yg smbong. sy jrg nak amik brg preorder sbb tak suka tunggu plus, mslh juga buat buyer n peniaga if pengilang pula yg buat hal.

i think, utk yg nak masuk jadi peniaga secara online, caranya bina kredibiliti dulu. bagi org kenal kau tu siapa, baru start bisnes. then, satu lagi, bila dah start, kalau boleh minta pembeli2 yg dah pernah beli brg utk bg testimoni/pengalaman berurusan diorg UNTUK rujukan bakal2 pmbeli pula. lg satu, once dah hntr, bg tracking number. so buyer tu sndri bleh tgok proses pengiriman brg tu. dr situ bleh gain trust n x mustahil kalau dia puas hati dgn cara pniaga tu, leh jadi pelanggan tetap ;) bisnes buatlah cara bisnes kan. bila dah betul2 sedia, baru start ;)

fuh pjg pla komen.

kusut said...

macam2 cerita pasal org tipu kat internet ni. buat takut la.

setakat aku beli benda online ni takde problem lagi la (less than 10 times je pun :P). tapi memang every time nak beli tu takut je kene tipu.

MuJE said...

akak2, boleh tak edit balik post ni biar ade paragraph? post ni memang menarik sangat! tapi pening taw nak bace...huhu. sila jangan kecik hati ye i tegur u. u marah i lap u! haha...