Tuesday, October 26

sekadar renungan

tak perlu ditanya dari mana aku dapat. tak perlu ditanya siapa empunya badan yang menulis. aku hanya mahu berkongsi.

******************************************
pagi tadi, after subuh aku tak boleh lelapkan mata
tetiba terfikir
kalau aku mati pasni, atau mungkin esok
aku akan masuk syurga ke?

dah banyak info
sudah terang lagi bersuluh
tanda-tanda kiamat sudah semakin hampir
bila dengar, baca dan lihat
buat aku gerun
tapi aku dah siapkan perisai ke untuk menghadapinya?

sentiasa fikir untuk  berubah
tapi belum habis satu hari
aku kembali kepada diri aku yang macam tak pernah belajar agama

entah pukul berapa aku terlelap
kebasahan air mata

bangun pagi tercungap-cungap
sebab mimpi kena kejar ngan buaya
hampir-hampir aku ditelannya
kalau aku mati tadi neraka mana tempat aku?
****************************************** 

p/s : semoga kita tidak selalu alpa

8 comments:

CikLilyPutih said...

suker poem nie, terus insaf rasanya

Cik Aien said...

kdg2 kite selalu menghalalkan bnda yg haram..

menafikan benda yang benar..

melakukan bnda yg dilarang ..

meninggalkan bnda yg perlu dilakukn..

Insyaallah, doa bersama agar diberi Cahaya dalam kehidupan..

kelabu said...

yup..semoga kita tak selalu alpa.

'live like we're dying'

izfanora said...

syurga dan neraka bukan kita yang tentukan,
makin kita tanya makin kita bermain dengan perasaan,
hanya ada satu jalan,
peringatan,
Tuhan Maha Memaafkan..

[z@ck] said...

me too..kadang2 alpa..solat tu kalau tak smpai hujung waktu, jgn harap la nak solat.huhuhu

humbleyat said...

huhu best poem ni...tp kita perlu laksanakannya, jgn sekadar meluahkan ..:)

humbleyat said...

jom kita lakukan transformasi yerk :)

nur.sa said...

saya rasa, bila kita selalu mengingati mati, boleh membantu kita berlapang dada.. contoh la kata, ada satu waktu, kita jeles betul dengan kelebihan seseorang, tapi bila kita mengingati yg setiap daripada kita pasti akan mati, otomatik boleh buat hilang rasa jeles tu dan dada pun lapang dan tenang aje..