Friday, October 22

Sedut Lemak Laju-Laju


Aku lepak dengan D.
Ya, kami golongan yang anggap bersantap bersama adalah lepak.
Kami suka dan bahagia.

D sedut air dia.
Nyaman cuaca waktu itu.

D : Kan seronok kalau sedut air ni macam sedut lemak?
Aku : Apa gila kau ni?
D : Aku nak sedut sikit lagi.
Aku : Kau betul ke tak ni? Lemak apa kau nak sedut?
D: (gelak kejam) Adalah…
Aku : Gila kau ni...

Makanan aku sampai.
Aku dah nak mula makan - D bangun ambil sudu dan garfu.
Ya, kami malas guna tangan.
Ini kan waktu lepak kami?

Abang Kedai sampai…

AK (Abang Kedai) : Ni yang adik pesan kan?
D : Ya bang. Terima kasih.
AK : Sama-sama.

Abang Kedai pergi…
(aku sedang makan dengan tekun)

D : Zara, aku serius nak sedut lemak ni.
Aku : Sedut lemak apa lagi? Kau kuat merepek!
D : Lemak ni lah (tunjuk mangkuk dia)
Aku : Kau memang sengal.

Nota : D makan sup kotak gear (baca : Gear Box) hari itu.

8 comments:

hentakbelipat said...

meh sini akus sedut lemak2 tepi yang belipat

r.k said...

budak-budak yang banyak lemak memeang best kalau lemaknye disedut .. baru jadi budak baik sikit .

eh , luols paham tak 'banyak lemak' tu apa ?

nur.sa said...

hahaha. kalo leh sedut mmg ramai le yg buat.

r.k,
sy paham.. :P

anyss said...

Salam,
Dah lama tak berpeluang sedut lemak tu...mmmm raya nanti nak sedut 1 periuk hu hu hu

kusut said...

nasik lemak. kuah lemak.

jus lemak je takde.




ok ew

humbleyat said...

beznya sup gear box...;)

Fina Sophie said...

oh ingatkan sedut lemak rawatan nak kurus tu XD

CikGadis said...

baru jer td i sedut lemak. hahaha. gear box lembu korban!