Wednesday, October 27

The Rebound : Kisah Cinta Asada??

Menjemput anda dengan penuh sopan santun ke blog ASaDa RyutaRo (^^,)Entry terhangat sekarang : Jejaka Hebat Vs Awek Dentist

Assalamualaikum dan salam mesra kepada semua.. semoga gembira dan ceria sentiasa. yeah!

Kali ni nak kongsi movie yang pernah aku tengok tahun ni. kira review movie feberet aku la. hehe.. mungkin ada yang tak tengok atau belum tengok lagi movie best ni kot.

Movie ni keluar 2009.. tapi aku baru je tengok march 2010. sungguh best! bukan sekadar komedi love movie biasa. ini kisah kekeluargaan. kisah cinta jejaka yang sangat muda terhadap janda berusia 40 tahun dengan 2 orang anak.

Suami Sandy telah berlaku curang. kecewa dengan suaminya, Sandy nekad bawak 2 orang anaknya terus berpindah ke bandar. tak nak ada apa-apa kaitan dah dengan ex-suami dia tu.. nak lari jauh-jauh. lalu bermulalah perjalanan movie ini..

Kat bandar, Sandy cari kerja n dapat kerja kat stesen TV SNN. dalam masa yg sama, Sandy tengah cari apartmen lalu berjumpa lah dengan si hero, Aram Finklestein..

Aram keje kat coffee shop ni. kelakarnya, kawan si Aram ni bagitau kat Sandy yang Aram ni the best baby sitter. Sandy plak dalam proses cari ayah baru utk anak-anak dia.. so, si Aram ni lah jadi mangsa jaga anak-anak Sandy..

Ada satu scene, Sandy kuar date ngan sorang guy ni, nampak cam romantik la laki tu. mybe sama umo ngan Sandy. tapi.. laki tu pengotor giler!! boleh pulak dia tengah melepas dalam toilet ajak Sandy yang tengah menunggu kat luar tu bersembang.

Sebelum tu, Aram pernah d belasah oleh Sandy, jadi tempat melepas geram lepas bercerai.. kelakar la. hahaha..

Bagusnya anak-anak Sandy ni, diorang suka ngan Aram.. kamceng.. siap anak-anak Sandy buat interview lagi kat Aram. huhu.. mula-mula tu cuak jugak Aram nak jadi baby sitter. mak Aram pun tak setuju Aram jadi baby sitter ni, tapi Aram berkeras jugak..

Keje jadi baby sitter ni buat Aram banyak tau pasal masalah Sandy. oh ye.. si Aram ni pernah bercerai! haha.. dalam usia yang muda plak tu. Alice, isteri dia dulu mempergunakan si Aram utk kepentingan sendiri.. padahal Alice ni skandal dengan sorang laki yang diperkenalkan sebagai abangnyer.. huish!

Bila dah rapat dengan family ni, tiba-tiba satu hari suami Sandy yang curang tu datang pujuk si Sandy kembali kat dia. Sandy tetap tak nak.. siap kena kutuk habis-habis ex suami Sandy ni.. hahaha.. time ni kelakar.

Aram sungguh romantik dalam citer ni.. so Sandy macam jatuh hati jugak la kat Aram.. tu yg nama rebound.. pantulan perasaan sayang Sandy. heh! (cam kisah aku lak kan.. hehe..)

Masa birthday Aram, Sandy pun turut celebrate sekali dengan family Aram. Sandy berkenalan la dengan family Aram. mak Aram ni ok je.. ayah Aram kelakar giler! hadiah hari jadi Aram, ayahnya bagi gummy bear ngan handlotion!! kahkahkah.. cam kanak-kanak lak si Aram ni..

Lepas berkenalan ngn family Aram, Sandy pun memperkenalkan Aram kat member-member dia.. kawan-kawan Sandy ni cam perli-perli gak la kat Aram.. ye la, masih muda sangat. sampai ada sorang tu kata, masa si Aram ni lahir, dia tengah pregnant! hahaha.. tapi diorang tetap sokong hubungan dua orag ni..

Satu malam, si Aram meluahkan perasaannya kat Sandy.. Sandy pun sama.. 2 orang ni rasa cam dah serasi kot. hurmm.. bahagia la.. sama-sama jaga anak-anak Sandy. tapi..

Satu hari dapat tahu Sandy tengah pregnant. Aram ok je nak jadi dedi.. masalahnya..

Sandy lak tak mahu. sebab beza umo.. dia anggap Aram terlalu muda nak jadi dedi.. diorang berpisah masa keluar dari medical center tu. tambahan plak doktor kata ada masalah dengan kandungan Sandy kalau dia tak gugurkan kandungan tu. time ni frust lah si Aram.. sian dia..

Aram ambik keputusan untuk mengembara.. jalan-jalan cari ilmu. cari pengalaman hidup.. hehe.. (cam aku gak ni.. lalala~)

Sandy pulak meneruskan kerjayanya kat stesen TV tu.. jadi pekerja terbaik la si Sandy ni.. anak-anak dia pun dah besar.. 5 tahun berpisah..

Tiba-tiba satu hari Sandy n Aram berjumpa lagi kat restaurant tanpa sengaja. masa ni Aram keluar bersama family dia..

Citer ni bagi suspen jugak.. tiba-tiba keluar sorang budak panggil Aram dedi.. pehh! depan2 Sandy lak tu.. rupa-rupanya, budak tu anak angkat Aram. Bangla mari.. hehe..

Movie ni berakhir dengan Hepi ending~ .. Sandy terima balik Aram dalam hidupnya.. tak tau la camana. Aram pun lebih matured time ni. umo 30 thun. hurmm.. aku kena tunggu umo 30 tahun gak ke nak kawen?? hahahaha..

okeh.. kesimpulan.. cerita ni sungguh best! banyak part-part kelakar.. lepas tu, mungkin gak cerita ni ada ciri-ciri macam kisah aku?? sebab tu aku minat kot. lalala... THE REBOUND!!

9 comments:

Fynn said...

Adoyyy...bia betoi meh ;D

xenom said...

ini dah dikira spoiler nih!

ASaDa RyutaRo said...

@Fynn :
hahahaha.. rasanya macamana? oren? epal?

ASaDa RyutaRo said...

@xenom :
errr.. spoiler??

Amni said...

Best2! mena lalu mek baca mok tauk apa jadi ngan nya duak.. ya nang detail la kitak cerita... mok juak tangga kelak.. mun sik pat cd, download jak la.. hahaha...

ztie said...

hah.. best... nanti cari

rhapsody LiN said...

wah2.... mcm bes je.. :P

Kimmy Ai said...

ohhh.. dah tengok cerita ni kat wayang!! tapi lupa kat wayang mana tengok cite ni..

yg penting, Aram sweet.. ;DD

p/s : kiranya, skrg ni sdg tunggu masa utk brtemu smulalah, kan? ;)

Fiq said...

auuucchh..!

30 thn ye? oklah tu..lelaki bkn cpt matang pon..haha

aku suka the proposal and lil miss sunshine. sarat moral. best2..

hoho..terpromosi la plak kat sinie..

chalo betey!