Thursday, October 28

Punca dan cara atasi stress




Stress atau dalam erti kata lain merupakan tekanan seringkali dihadapi oleh individu yang sentiasa dalam keadaan yang tidak terkawal. Hans Seyle (1936) mendefinasikan stress sebagai satu tindak balas terhadap sesuatu perkara yang membawa perubahan kepada perlakuan seseorang individu, keadaan fizikalnya serta fungsi pemikirannya. Kita sebenarnya tidak dapat lari mahupun bersembunyi daripada masalah. tidak kiralah sama ada masalah di rumah mahupun di tempat kerja. Individu yang mengalami stress sebenarnya sentiasa bersikap agresif, murung, keliru, dan ada juga yang lebih bersikap menyendiri. Perubahan sikap individu yang stress kerap kali dikaitkan dengan punca stress mereka. Jadi tak salah kalau kita sama-sama meninjau antara punca yang menyebabkan seseorang individu tersebut stress. 



1. Bos marah-marah

Cikda memang tak ada pengalaman kalau bab-bab dimarahi bos tapi cikda selalu dengar individu yang dimarahi bos ditempat kerja selalu sangat berada dalam keadaan stress. Mereka jadi cepat marah, dan kadang-kadang mereka jadi benci pada boss sendiri. Selalunya individu yang menghadapi masalah di tempat kerja akan bawa masalah ni sampai ke rumah. Kalau yang ada anak, anak-anak lah yang jadi mangsa sebagai tempat nak salurkan kemarahan. Sehinggakan si suami turut sama menjadi mangsa, kesian tengok kan, si isteri buat layan tak layan je si suami. Makan suami tak terjaga dibuatnya, anak-anak terbiar je. Mintak jauh la. 

2. Putus hubungan

Yang ni cikda pun ada pengalaman. Hehe. Ok, kena serius. Masalah macam ni memang selalu sangat berlaku. Sebab tu la statistic orang yang stress meningkat (pandai-pandai cikda je, ok, tak tahu pun meningkat ke tak). Umumnya, individu yang putus hubungan ni tak kira lah hubungan 'couple' ke, 'tunang' ke, ataupun 'kahwin' memang akan menghadapi tekanan yang sangat besar. Kalau yang kahwin tu lagi la kan? Nauzubillah. Kebanyakan mereka yang putus hubungan ni lebih banyak menyendiri, tak banyak bercakap. Mereka sentiasa dalam keadaan keliru dan umpama hilang arah. Walaubagaimanapun, setiap individu mungkin mengalami kesan yang berbeza bergantung pada cara mereka menguruskan stress tersebut. 



3. Kerja bertimbun

Sebagai pelajar la khususnya, cikda definasikan kerja bertimbun ni selalunya bila assignment berlambak. Bila berderet-deret dan bertingkat-tingkat yang mana masing-masing perlu disiapkan dan dihantar pada tempoh yang lebih kurang sama. Itu baru assignment belum lagi campur dengan 'reading'. Kehidupan di universiti sangat mengutamakan 'reading'. Jadi reading untuk lesson seterusnya beberapa hari sebelum tu dah nak kena siapkan. Macam cikda ni bila baca memang kena buat nota, jadi, bertambahlah stress, nak membaca lagi, nak buat nota lagi. Tekanan, tekanan. Dan apa yang berlaku? Mula lah nak marah-marah orang tak tentu pasal, tergesa-gesa dan biasanya kalau kerja bertimbun ni, cikda lebih suka ada dalam bilik sorang-sorang. Senyap cikda bukan tanda protes, tapi tanda stress. 

Jadi, itu sahaja lah yang sempat cikda senaraikan. Fuhh, susah jugak nak buat entry yang agak skema ni. Tercampur aduk semua English dengan Malay language. Sampaikan terpaksa tanya kawan betul ke ayat cikda ni. Apa-apa pun, kat bawah ni cikda senaraikan la beberapa cara untuk mengawal stress dan emosi ketika berada dalam keadaan tertekan. 

1. Cepat-cepat menyedari yang anda tengah marah. Cuba untuk bertenang dengan menarik nafas dan mengucap.

2. Beredar jika anda tahu yang anda sedang dalam keadaan marah supaya kawan-kawan atau orang disekeliling anda tidak menjadi mangsa amarah tersebut.

3. Belajar untuk tidak menyalahkan orang lain, malah menerima setiap kesilapan yang berlaku secara positif. 



4. Dapatkan tidur yang cukup. Walaupun cikda tahu cikda punya tidur pun tak cukup tapi demi anda semua, cikda bagi tips ni. Tidur yang cukup ni penting supaya badan tak cepat letih, jadi bila badan tak letih, kita pun tak cepat marah kan?

5. Cuba untuk meluangkan masa beriadah supaya dapat merehatkan minda dan tubuh badan dan yang penting jangan tangguh kerja-kerja yang ada (masukkan dalam satu point terus, hehe) 

Ok, itu sahaja. Terpaksa schedule post dua hari lebih awal. Cikda sekarang berada di New Castle, bercuti =) Hari jumaat baru balik ke Canterbury. Assalamualaikum semua. 

Zai Jian

Aida Ismail © 

7 comments:

eiela said...

semua orang tak bleh lari daripada stress nih, sebab orang ada masalah. Yang membezakannya ialah cara diorang tangani stress tuh je.

Miss Kira said...

hehe..kira slalu stress.. bgus2..leh gna cra ni..

anyss said...

Salam,
Ish! ish! ish! stress betul baca entri cikDa kali ni...seriusnyeeee hu huhu

Stress memang mengganggu hidup, terutama kalau kita tak tahu mcm mana nak tanganinya. Tapi, stress tu juga banyak manfaatnya kalau pandai kontrol. Orang yg berjaya, adalah org yg mampu kuasai stress ;)

Fynn said...

sy tgh stress sekaranggggg T^T

hentakbelipat said...

memang kalau tgh stress, kite tau stress tapi kite sngaje xnk calm down..sebab apa? sebab nak org tau kite stress n nk melepaskan stress tu..kalau aku dgr lagu dah boleh clm down dah

[z@ck] said...

makan coklat pun ok juga nak hilangkan stress tapi tambahkan berat badan la =)

Fina Sophie said...

tidur hilangkan stress! work for me! XD