Thursday, October 14

Proton Inspira

Hari khamis pasti dinantikan oleh para peminat kereta proton untuk melihat sendiri kereta modal terbaru dari Proton.Ramai yang berkata model kereta ini adalah seperti Mitsubishi Lenser cuma digabung dengan versi Lotus.Bila dilihat darigambar memang bentuk dia sama dengan kereta keluaran syarikat Jepun tersebut.Harga dia boleh dikatakan murah juga la bawah RM80,000.00.Model proton dinamakan Proton Inspira, apa makna inspira sebenarnya? Agaknya ilham diambil dari inspirasiku kot...


Model ini adalah versi ditukar lencana daripada Mitsubishi Lancer, dengan kendalian dan sistem gantungan (suspension) dipertingkatkan oleh Proton dan sentuhan ‘pemanduan sebelah kanan Lotus’ untuk disesuaikan dengan permukaan jalan serta gaya pemanduan tempatan.

Kepada sesiapa yang berminat nak tengok model ini lebih lanjut silalah ke showroom Proton, dah boleh tengok dah.Kalau berminat terus jer beli

kalau nak tengok gambar dan spesifikasi Proton Inspira ada diblog safizan.com
ini ada group untuk proton Inspira boleh layarinya di facebook

Info daripada safizan

12 comments:

Aida Ismail said...

smart =)

kusut said...

aku agak suka la inspira ni. nice shape nice size. bumper asal lancer 2009 dripada 'garang' tukar jadik 'senyum' sama cam wira gak

biasenye aku sangat tak suka interior proton. tak sabar nak tengok detailing interior inspira ^^

fndrocka said...

Depan dia smart..nama pun smart.

d_tieah said...

Gile kentang..
Cool!
Ni mmg design yg terbaek dr proton..

Fina Sophie said...

not a fan of cars. but i'll have one, for sure. hehe.

eh kereta tu macho la. ada misaiii.

cik ain said...

ngee! idaman dalam mimpi jelah nie ^_^

Chip said...

Satu lagi produk copy-paste/plagiat-jaya dari Proton. Iye, tahniah!

Umur dah nak 20 tahun tapi Pengeluar Kereta Nasional kita takde satu pun hasil tersendiri. Mintak maaflah kalau ada yang tersinggung dengan kata-kata aku nie tapi itulah hakikatnya.

Fina Sophie said...

stumbled upon some blogs and i found out that mitsubishi and proton had an agreeement about this. so ini bukan copy-paste kot.. it's more to collaboration between those two for win2 situation, i believe.

at the end, money matters the most. people's butt hurt or not, i guess it's not mitsubishi or proton's problem :D

Chip said...

@Fina: Jangan salah paham pulak...

Memang betol Proton ada deal dengan Mitsubishi. Jadi, legally bukan copy-paste ke plagiat-jaya lah. Tapi, in reality macam mana? In simple terms, memang kes tukar badge dengan tukar spring sana-sini. Tak payah pengeluar Kereta Nasional nak buat camtu, pegi bengkel mana-mana pun diorang bole buatnya...

kusut said...

@chip dulu penah gak pikir camtu. kite takde kereta yg truly 'nasional'. tapi skang ni aku rase it doesnt really matter. benda ni create jobs opportunities, bleh buat research sendiri, bleh buat production kereta sendiri (biar pun beli design dr org lain). honestly, kalau kilang kasut pun upah designer yg maybe dah pernah design utk kompeni lain if u get what i mean lah.

maybe progress proton (atau perodua atau naza mane2 lah) tak cukup laju (or maybe makin pelahan) tapi at least ade satu foundation sedia ada

Chip said...

@kusut: Aku setuju dengan firasat kau tapi Proton dan Malaysia bukannye tak bole do better. Research yang sekarang 10% (tu pun kebanyakannya bagi mat salleh kat Lotus) kenapa tak boleh nak 90%-100%? Jobs yang 10,000 (pakai tibai je figure nie) kenapa tak boleh 100,000? Iye dak?

Betol, bagus ada foundation tapi kalo foundation tu bangunan ke rumah ke, dah lama orang anggap projek terbengkalai...

Miss Kira said...

cantik.. hehehehe