Wednesday, October 27

PJJ

hidup zaman sekarang, tak sama dengan dahulu. kalau dulu, wanita, iaitu emak-emak kita kebanyakannya suri rumah tangga. dan kalau ada yang bekerja pun, tidaklah ramai seperti hari ni. hari ni kalau boleh saya katakan, hampir kebanyakan wanita bekerjaya. setuju? tak kisah lah pekerjaan apa pun, tauke butik, guru, pensyarah, eksekutif syarikat, penjual insuran dan banyak lagi seperti anda sedia maklum. untuk yang lagi hebat, ada yang bekerja sebagai jurutera, ceo, pengurus besar dan lain-lainlah. bila saya sebut kebanyakan tu maksudnya tidak semua wanita lah, ok? *senyum*
itu baru disebut wanita bekerjaya. mari kita sentuh sikit yang lebih mendalam isunya. lokasi pekerjaan dan sebuah perkahwinan. disebabkan wanita sekarang bekerjaya, maka apabila sesebuah perkahwinan berlangsung, ada antara mereka yang terpaksa berpisah jauh gara-gara lokasi wanita tersebut bekerja tidak sama lokasinya dengan tempat pasangannya mencari rezeki. maksud saya kat sini, mungkin negeri atau daerah berbeza. dan akibatnya terjadilah PJJ, perkahwinan jarak jauh. siapa yang mahu berkahwin dan berjauhan pula dengan pasangan,kan? tentang ini, saya rasa semua akan jawab tidak rela berpisah, betul? tapi, demi tanggungjawab, semua tu diredah. kalau dibuat kajian. saya rasa ramai yang melalui fasa PJJ ni.




mungkin bukan satu kewajiban untuk perempuan bekerjaya, tapi kalau suami meredhai, dan perempuan tersebut rela hati bekerja disebabkan minat, serta niat membantu suami meningkatkan ekonomi rumahtangga sendiri, tak siapa yang berhak mempersoalkan kenapa begitu dan kenapa begini. ditambah pulak dengan keadaan sekarang yang memerlukan lelaki dan wanita sama-sama bekerja. serba serbi mahal, keperluan dan keinginan harian meningkat, sudah tentu masing-masing berusaha untuk yang terbaik bagi keluarga masing-masing. 

mungkin sedikit mudah bagi pasangan yang masih belum mempunyai anak untuk berjauhan dan bertemu 2 atau sekali sahaja dalam sebulan. itupun kalau masing-masing berjauhan yang masih boleh dikira beruntung kerana dapat bertemu melepaskan rindu masing-masing di hujung bulan. *kenyit mata*. kalau yang berjauhan seorang nun di oversea dan seorang di sini macam mana?sabar ajelah pengubatnya kan? tak yah cakap banyak. oversea tu jauh sangat. kita cakap seorang di semenanjung dan seorang di sabah/sarawak. macam mana? yeah, mungkin ada yang jawab tiket flight sekarang dah murah. hehe. betul, tapi still payah juga mahu bertemu kan? 

bila ada anak, tapi still hidup berjauhan akibat tuntutan kerjaya tu, mungkin cabaran lebih besar berbanding yang saya sebut tadi, kes belum mempunyai zuriat. siapa yang merasa, mesti tahu apa rasa hidup berjauhan macam tu. ada anak, tapi suami tiada di sini. terpaksa bertelefon, berskype, berym. bervideo call lah antara jawapannya. sebelum menunggu masa berjumpa, kan? dan menguruskan anak sendiri tanpa pasangan di sisi, antara cabaran mereka. 

saya kagum, dan hormat dengan mereka yang melalui PJJ ni. antara contoh depan mata saya, kawan saya sendiri. dia bekerja di daerah saya bekerja sekarang dan suami serta anak perempuannya tinggal di daerah satu lagi. disebabkan kerjaya, dia terpaksa berulang setiap minggu, untuk melihat  dan bertemu anaknya. bukan risaukan anaknya tak terjaga sebab ibu dia ada sama untuk membantu suaminya di sana, cuma saya rasa, perasaan seorang ibu yang tak mampu tertanggung bila jauh dengan anak sendiri, itu yang buat dia selalu menangis bila disebut tentang anak. kalau ditanya, sedikit sahaja tentang anaknya, pasti dia akan sedih, dan bermuram. ibu yang baik, semestinya saya boleh katakan pada dia. tidak akan pernah tertinggal untuk menyebut tentang kerinduan pada anaknya bila di ofis. 

bukan tiada niat di hati dia untuk bertukar kerja dan pindah kembali ke daerah sama dengan keluarganya, cuma masa yang akan menentukan bila rezeki tu akan dapat dekat dia. dilemakan pada yang melalui PJJ ni. dan saya tak faham, bila ada yang mempersoalkan kenapa dan kenapa mereka berPJJ.  mudah saja, fahami saja kehidupan mereka. tak perlu bertanya kenapa begitu dan begini dan membuat telahan pasal mereka yang berPJJ tu. faham aje lah yang mereka terpaksa, sebelum tiba masa sesuai untuk mereka ni bersatu, duduk dekat-dekat dan hidup sebagai satu family macam orang lain juga. hey, mereka juga manusia biasa yang mahu bahagia. doakan sahaja yang baik-baik buat teman-teman kita. 

PJJ tu ada manis dan pahitnya. bila kita merasa, baru tau. kalau ada kawan-kawan dekat korang yang ada melalui PJJ tu, bagilah support. sebab semua orang mahukan pengakhiran yang best. ala. macam drama dan novel la. mereka hidup bahagia selama-lamanya.tak gitu? tak perlu kot bertanya dan bercakap, 'eh, best ah kau duk sini bujang. weekend wife/hubby aje. tak rindu anak ke?' pada kita yes, itu cuma satu gurauan, tapi kadang-kadang orang yang dicakapkan tu tersentak. mana kita tahu, kan? gembirakan sajalah hati mereka. semua berhak bahagia, apa..? pilihan dan cara masing-masing tapi halatuju satu juga, bahagia yang dicari bersama family. 

10 comments:

Amni said...

yup dilema.. PJJ bukan sebab kerja je.. mungkin sebab belajar... huhu... mcm saya ngan hubby, dia belajar kat KL skang.. sy plak kat pedalaman sawak.. hu.. bahya jugak PJJ.. especially bagi yang ada anak2.. takut2 nanti menguundang emosi anak2.. jika diberi peluang, saya nak selalu dekat ngan hubby.. huhu

kusut said...

teringat kawan kat edinburgh,UK.. anak kat m'sia. kesian kat diorang berjauhan dgn anak. tapi kadang2 kene berkorban utk masa depan kan?

tiap2 orang tu lain. tak semua org boleh PJJ ni. kadang2 kene pilih between career dgn family

d_tieah said...

X tau nak komen pe..
Blum kawen lg ni..
Tp, sy mmg amik pjj..
[Pengajian Jarak Jauh kat USM]
Hehe..

chenta said...

sy pun blm komen..tak tahu nak komen apa..tp kat opis ni ramai yg PJJ..plng jauh seorg akak tu duduk kat malaysia dgn anak perempuan dia. husband dia plak kat jerman. hanya skype, blog, fb, hp je jd alat penghubung...

[z@ck] said...

kalau boleh tak nak kahwin jarak jauh sebab terseksa batin kot.. =)

suziesanji said...

siyesli taknak duduk jauh2.. penat kot.. kalau ada anak, lagi la tak larat.. sume tanggung sendiri.. pastu confirm bosan duk sorang2

nur.sa said...

amni
yeah. lupa pulak.saya cuma fokus pada yg bekerja aje.amni salah sorang eh? takpe. nanti,dapat peluang pindah boleh dekat2 kan.

kusut
berkorban masa, perasaan macam2 la. tapi bila kena memilih tu kadang2 wat org dilema. tapi at least, kena diskus sama pasangan le utk yg terbaik.

d_tieah
haha. itupun pjj jgak. :P

chenta
saya pun tak kawen lg. tapi menyelami orang yg PJJ ni kot2 le nanti kita pun kena sama :) nasib skang mudah kan. kalau tidak, lg le payah nak dok jauh2 neh

z@ck
zack dah ada buah ati. keh keh. tak yah risau la kan. :P

suziesanji
dah decide eh? hihi. seram kan kalau PJJ. tapi kalau terpaksa, apa nak buat. itu pilihan masing2.

humbleyat said...

setuju ngan kusut..PJJ memerlukan pengorbanan..

tp better jangan PJJ la..tersiksa jiwa dan raga bagi yang tak sanggup tahan bebanan PJJ tu.he2

kusut said...

pada aku personally, lebih sanggup korban career drpd duk jauh2 ^^

nur.sa said...

humbleyat
depends pada diri memasing, kalau sanggup ok. tak sanggup, kena la berkorban kareer.. :)

kusut
hahaha. ckp psl diri sendiri ek? :P