Saturday, October 16

Pilihan sendiri atau ibu bapa?

Entry ini terhasil disebabkan dulu i pernah attend seminar dengan my sis. Sebelum seminar tu, adala borak2 dulu. Entah macamana my sis boleh cakap dengan kawan-kawan dia pasal i. Mak i ada tanya my sis, i ada pakwe ke tak. My sis gelak-gelak je. Then ada sorang member tu tanya my sis, apa my sis jawab pada mum. Kalau dia, dia jawab je ada pakwe. My sis jawab takde. Pastu my sis kata sempat la my mum nak carikan jodoh anak dia yang sorang ni..
Meh sambung baca lagi..

Aduhai! Kenapa la isu ni tetiba timbul ye? I ni muda lagi kot. Baru 22tahun. Mudakan? I takde nak pikir pasal kawin lagi. Langsung tak pikir!Housemate i yang lain lebih tua dari i, pun tak kawin lagi. So buat apa la i nak pikir.. Banyak lagi benda yang i nak pikirkan selain hal perkahwinan. I tau perkahwinan tu sunnah Nabi sebab menyambung zuriat. Tapi i rasa waktu umur i ni, tak patut kot nak pikir hal tu..

Sekarang ni i nak tanya pendapat uols.. Uols lebih suka kawin dengan pilihan sendiri atau ibu bapa?

Kalau pilihan sendiri....

Mesti la yang korang suka kan. Yang korang kenal hati budinya. Orang tu juga pasti orang yang korang cinta. Tak kisah la yang baru bercinta or dah bertahun cinta. Ada orang bercinta 7 or 8 tahun baru kawin. Ada orang bercinta beberapa bulan je, dah kawin. Tapi masih pilihan sendiri. Orang kata pilihan sendiri ni kekal lama perkahwinannya sebab pilihan sendirikan. Baik buruk orang tu, itu la yang kita pilih. Tiada paksaan dari sesiapa. Tapi ada juga yang bercinta lama, kawin atas suka sama suka, tapi usia perkahwinan baru 3tahun, dah bercerai.Baru kawen sebulan pun boleh bercerai..Ada kan kes macam tu? Pastu kadang kala pilihan sendiri ni tak direstui keluarga. Hal ni berlaku pada kawan i sekarang. Even mak ayah perempuan tak restu, tapi diorang masih bercinta. Tapi tak tahu la sampai bila nak bercinta dan tak kahwin. Kalau kahwin tapi tak dapat restu ibu bapa, susah juga kan?

Kalau pilihan keluarga/ibu bapa

Mungkin susah nak serasi sebab tak pernah kenal. Tapi orang dulu-dulu ramai je kahwin atas pilihan ibu bapa. Takde pun nak bercinta. Tapi kekal je sampai mati. Zaman sekarang boleh ke lagi macam tu? Kalau pilihan ibubapa, dah tentunya keluarga merestui. Tak perlu dah nak pikir pasal restu. Mungkin pilihan ibu bapa tu baik juga sebab mana ada orang nak anaknya kahwin dengan orang jahat atau buatkan anaknya jadi susah? Takde kan? So dah tentu pilihan keluarga tu baik. Tapi kalau orang yang dipilih tu, depan ibu bapa kita, dia baik je. Pijak semut tak mati la. Tapi bila dah kahwin, duduk dengan isteri je, mula la berperangai sebenar. Jahat, pukul isteri, tak bagi nafkah. Bila disoal, dia kata dia bukan rela pun dengan perkahwinan tu. Tapi mak ayah isteri dia yang nak..Macamana plak kes macam tu?


Erm..banyak lagi kalau nak cerita.. I pun tak tahu la yang mana baik.. Kalau cari sendiri pun, belum tentu baik kan? Apa pendapat korang plak??


P/S : Kalau tak nak kahwin boleh tak? Heheheh :P

20 comments:

fariehan ibrahim said...

a'ah,
dua2 de reason n mslh msg2 kn,
tp jdh, ajlmaut sume d'tgn tuhan,
itu rhsia tuhan.
baik buruk pasti de hkmah nye.
chewaah! cam da b'penglmn, hahaa XD

aishh, kawen tu wjib. sunnah rasulluah. tp niat tu kne btol. :)

cik elina said...

nk yang mak ayah carikan.
hihi.
:)

Danial Ikhwan Jaafar said...

boleh je decide tak nak kahwin. tapi macam fariehan cakap jodoh ajal maut rezeki di tangan Tuhan. hehe.
doakan yang terbaik je buat masa sekarang. dah jodoh takkan ke mana.

nabilah_2908 said...

kalau sy..

biarlah pilihan sendiri...tp kena ambil kita pandangan ibubapa...

if mereka tak setuju...kaji dulu..sebab2 apa mereka tk setuju dgn pilihan kita...kalau sebab2 yg menasabah..utk kebaikkan kita juga..apa salahnya menurut...

and paling penting...berserah kepada Allah...minta petunjuk dari-Nya....insya'Allah...semuanya akan ok.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
KONTEST MORTAR BOARD

kusut said...

honestly aku rase pilihan sendiri lagi bagus utk aku. tapi lain orang lain cerita la kan

terpulang pada individu yg terlibat. bukan semua org boleh accept kalau disuruh kawin. sama gak dgn bukan semua orang pandai cari pasangan

cKyN WaN said...

hmm dua2 sama je kot. kalau pilihan sendiri pon kena usaha dptkan restu parents.

pilihan parents pon kalau ikotzaman skang ni mesti nak kenal2 dulu, dah rasaserasi br bleh go on ke alam perkahwinan. ye tak?

tapi family ak jenis y ikut pilihan sendiri je hehehe

abang n akak2 aku kawen semua pilihan sendiri. tak pernah parents tetapkan hihi

z said...

tak nak bercinta, tapi nak pilihan sendri.cmne tuh??tapi nak mak ayah carikan jugak.ahahah

wanie m'nJ said...

kawen pilihan family much more better kot.at least,pilihan parent tu yg terbaik dan saya rasa paling terbaik antara yang terbaik.tudiaaa..haha.saya cakap ni pasal mak saya mengalaminya..tapi takdir menentukan kami berpisah dengan bapak kami.mak saya bercerai akhirnya..BERCERAI MATI ok!sampai sekarang mak saya still x mo cari pengganti w'pun arwah hidup dgn mak juz 10 thun je,mak umur time tu 20an.family arwah bapak still keep in touch even arwah bapak dah x da.kalau mintak pendapat kami pun,kami adik beradik x mo bapak baru.sekarang da nak dekat 15 thun kot arwah bapak gi.in a nutshell,saya x kesah kot klu pilihan mak..*wink*
ada berkat.hehe

MuJE said...

tak nak kawen? rugi2...haha

Miss Kira said...

nk pilihan sendiri.. hahaha

humbleyat said...

tak kisahla pilihan sendiri atau piihan keluarga, yang penting bertanggungjawab dan bahagia..hehe

teringat pula ibu kawan saya ada cakap"nak tolong pilihkan calon untuk anak die, tapi tak berani takut dapat yang bukan2 pulak,sengsara pula anak die..."

Aida Ismail said...

cupp, nak pilihan sendiri..hehe, apa-apa pun sebenarnya benda ni depends pada individu dan family itu sendiri..kalau macam cikda, my dad dah cakap, "abah tak masuk campur pilihan anak-anak, asalkan abah tahu, dia boleh jaga anak abah dengan baik" --- maksud 'jaga' yang sangat subjektif.. =) faham-fahamkan je la..hehe

r.k said...
This comment has been removed by the author.
r.k said...

nak pilihan mak sebab mak nak yang terbaik ? macam sinetron pulak .. mak carik anak orang kaya je , nak anak dia bahagia .. tapi anak dia lebih prefer yang berhati mulia .. keh keh keh

nur.sa said...

err.. kalau ada peluang, cari sendiri mungkin lebih baik.

tapi kalau dah hampir melepasi umur patut berkahwin, tak jumpa-jumpa jugak calon sendiri, kenalah pass kat emak ayah pulak. atau satu cara lagi, mintak kawan tolong kenenkan kawan-kawan yg elok yg boleh dijadikan suami. hahahaaa

Ilidina.. said...

kalau saye,nk pilihan sendiri tp kalau dh mmg tkde owg nk kt saye pilihan ibu bapa yg sy pilih..sebab ibu bapa tau yg terbaik tuk kite

chenta said...

@fariehan : mmg wajib n sunnah rasulullah..tp takde calon ni..cmne?hehehe ^_^

@cik elina : same la kita

@danial ikhwan : betul tu..dan nak jodoh yg baik, harus jd baik dulu..kan?

@nabilah : insya allah

@kusut : setuju!

@ckyn : family sy pun mcm tu..diorg lbh suka ank2 crk sendiri.pape jd pun, ank tnggung sndiri.. ^_^

@z : pendek kata, semua nak la kan?same la kita..hehehe..nk pilih, tp tak pandai nk bercinta...nk suruh makayah pilih, diorg suruh crk sendiri..huu

@wanie : kalau mak ayah sy plak, ayah sy suka kat mak sy, terus pinang mak dan kawen. takde bercinta2..kiranya mak kene paksa la ni..hehehe..tp perkahwinan masih kekal hingga kini dan harapnya sampai bila2 la..usia perkahwinan diorang dh hampir 26thn.. ^_^

@muje : saje je ckp cmtu..hehehe

@miss kira : mesti dh ada calon ni kan?

@humbleyat : itula..mak ayah sy pun pkr mcm tu juga..

chenta said...

@aida : mesti ada calon ni kan??? ^_^

@r.k : mak sy tak la nk org yg kaya..tp dia ada bg syarat..nak org yg keje kerajaan..mane nk crk ni???hehehe

@nur.sa : hahahah..jauh lg nk smpai umur yg patut kawen tu...ngee..tp kan..dulu umur 20 tak kawen, dh anggap andartu..pastu umur 25 tak kawen, dh anggap andartu..skrg umur brape anggap andartu ek??30thn?

@llidina : samela kita.. ^_^

Fina Sophie said...

depends individually. ^^

chenta said...

ye fina ^_^