Tuesday, October 12

PeTUA berbaik dengan merTUA

Salam seharum bunga, sedingin angin buat semua :)

Siapa yang dah kahwin kat sini angkat tangan?Wah, nampak2 ada la beberapa orang kan,hehe. Walaupun saya ni belum lagi berumahtangga, bertunang pun belum tapi nak kongsi beberapa tips untuk berbaik dengan mertua bagi yang masih kekok, yang tak ngam or yang tak tahu macam mana nak ambil hati mertua..

Baiklah, dimulakan dengan pihak lelaki..Kalau nak berbaik dengan mertua mesti:



  1. CARING - ini penting sebab mestilah parents isteri korang nanti nakkan menantu yang jaga anak dorang betul-betul.
  2. PENYABAR - wajib ada, kalau lelaki yang suka marah-marah, cepat melenting, sapa nak jadikan menantu.
  3. BERSIH - maksudnya pandai jaga kebersihan, takda selekeh tak tentu pasal. nanti was-was pulak parents isteri,hik2.
  4. PANDAI MASAK - ini salah satu kredit kepada lelaki yg pandai masak. siapa yang belum pandai, belajar la sikit-sikit. nanti if korang dudok asing dari parents, pastu isteri bersalin, siapa nak masak, korang jugak,hihi. so, google & cari resepi.
  5. BERILMU - lelaki harus memantapkan diri dengan ilmu terutamanya berkaitan agama supaya boleh membimbing keluarga. barulah tercipta Keluarga Bahagia :)
Bagi kaum wanita pulak, lebih banyak aspek yang akan dinilai. Biasalah, mak mertua kan selalunya cerewet (kebayakan, bukan semua) :)
  1. BERILMU - harus walaupun setakat jadi surirumah. supaya dapat mendidik anak-anak nanti.
  2. RINGAN TULANG - ini termasuk kerja-kerja membasuh, berkebun, mencuci pinggan, sidai pakaian, bercucuk tanam, membersih rumah dan sebagainya. memang wanita ni macam multipurpose punya tools,hik2 :P
  3. MEMASAK - WAJIB wahai wanita-wanita sekalian. kalau tak pandai, carikla dalam ggogle apa segala, belajarla masak. if susah sangat, mintak ajar mak mertua, insyaAllah dorang akan mengajar kita.
  4. SOPAN - ini sangat penting. mana ada mak mertua suka menantu pot pet pot pet. alih2, terabai suami dan anak-anak. kan ke payah.
  5. SUKA KANAK-KANAK - well, ini juga adalah salah satu point di mana menantu akan dipilh. Mana yang pandai jaga budak, layan budak, mesti berjaya punyalah,haha.
  6. KREATIF - maksudnya kreatif dalam penyediaan makanan, mengemas rumah, aktiviti untuk suami dan anak-anak, supaya suasana dalam rumah tak bosan.
  7. PERCAYA - harus ada  sifat ini supaya segala rahsia rumahtangga terjamin. bukan sahaja wanita harus ada tp lelaki juga. namun saya menekankan bagi pihak wanita kerana saya akui mulut wanita agak laser kadang-kadang.
This is my lovely nanny, bukan mertua saya tau,hik2..anyway, inilah seorang mak mertua yang semua orang sayang..semua anggap macam mak sendiri..anyway ini gambar semasa konvokesyen saya, nak tengok lebih,jum ke blog saya!! :D 
Hurm, rasanya sampai sini saja perkongsian saya. Anda semua bagaimana? Jumlah kongsi apa tips pasal mertua dan menantu di dengan semua >.<

12 comments:

ztie said...

happy konvokesyen syazy :)

d_tieah said...

Lom kawen lg ni..
Btw, nice sharing..
Hehe..

nur.sa said...

erk. takde pengalaman lg. so, nak duduk diam-diam ajelah baca. hahaha.

Fina Sophie said...

ehh berguna ni wahahahahahahhhh :D

Miss Kira said...

wah!!! leh blajar ni jd menantu tip top.. hahaha

Miss Kira said...

wah!!! leh blajar ni jd menantu tip top.. hahaha

Kazaztan Team said...

petua yg plg penting adalah menjadi pendengar setia... baik lelaki atau pompuan..krn org2 tua nie suka bercerita...so nak amik hati die dengokan ler cerita mereka...kalu tak reti masak pun tak pe..tp kena rajin bertanya..jgn tunjuk pandai dr mrk..nnt mrk terasa kedudukan tergugat...so senang citer...buat2 tak tahu ape2...ehehehheeh...nie dr pengalaman...

Fynn said...

alaaa...tade mertua lg :(
hehe

Danial Ikhwan Jaafar said...

hahaha mantap laa. rasanya dah cukup syarat ni nak buat bakal mertua jatuh cinta XP

r.k said...
This comment has been removed by the author.
r.k said...

lelaki pun perlu ada sifat percaya apa . :)

setakat ni dengan bakal keluarga mertua ghua takde problem lagi .. hehe

eh , mungkin ada la sikit dengan saudara mertua .. haha

kusut said...

susah gak ek nak pilih mentua :P