Tuesday, October 19

Pentingnya tepati masa






hidup 3 tahun di bumi negara yang 10 tahun maju ke depan berbanding tanah air sendiri memang memberi cukup impak buat diri aku. yelah, kalau kau nak compare dengan negara sendiri ada la part yang lebih dan kurang. tapi, alang-alang aku dah diberi kesempatan duk sini, nak la jugak berkongsi sedikit pengalaman. 


Apa lebihnya Jepun berbanding negara lain?

Pertama ialah ketepatan masa. yang ni memang tak dapat nak dinafikan lah. even sejak mula-mula foundation kat Malaysia dulu pun selalu sangat diterap dalam minda nih. kena tepati masa. kalau masuk kelas lambat, kena la dengan sensei (=lecturer). Sampaikan boleh beza lah cmne kelajuan berjalan budak2 jepun ngan budak2 course lain (time aku dulu la, sekarang tak tahu)




Dalam kelas sensei slalu duk cerita pasal kemalangan yang berlaku di Jepun melibatkan keretapi.sebabnya delay beberapa minit@saat (aku tak pasti), yang menyebabkan kematian sangat ramai orang! sebab tu kot dorg ni sangat mementingkan masa.

Kalau dalam kelas, ada sesetengah sensei yang memang terus kira tidak hadir kalau datang lewat 15 min. kelewatan hanya boleh diterima 15 min pertama kelas.tapi ada yangtakleh lewat langsung! Aku pernah ditegur ngan group experiment, bukan sebab datang lambat, tapi sebab datang on time. discussion sepatutnya pukul 3. aku datang cukup2 lagi 2 minit sebelum pukul 3. pastu kena tegur supaya datang awal 15 min.

Dan secara tidak langsung sikap macam ni dah macam terpateri dalam fikiran aku. kalau member kat sini cakap nak keluar pukul 915, i will make sure kena siap sedia pukul 910. then menunggu la 5 minit. walaupun dah faham dengan lumrah janji melayu, aku tetap akan siap on time. tak kesah la nak keluar ngan melayu ke bukan melayu. *melainkan kalau aku lewat dengan tidak sengaja macam tak terjaga tidur ke ect.

perkhidmatan pengankutan awam kat sini pon tepati masa. kalau dalam tiket bas / train cakap pukul 9:17, maka 9:17 la yang akan gerak. kalau lambat memang kena tinggal. memudahkan kita nak bajet masa jugak kan. 

Aku rasa kita orang melayu ni dah selalu sangat dengan kata-kata "alah, janji melayu" / "esok gerak kol 10 janji melayu" dan seangkatan dengannya. so bila nak gerak ke apa, mesti rasa selesa sebab "janji melayu, jam melayu","nanti dorng pun datang lambat, buat apa datang awal" ect.

Kat sini, kami selalu guna dua pendekatan. contohnya kalau nak bergerak ramai2 dan perlu berkumpul untuk sesuatu aktiviti. bila sebut waktu untuk berkumpul mesti letak cmni.

"pukul 10 jepun" 

ni bermakna memang kena betul2 pukul 10 la. kalau dengan niat sambil lewa santai2 tu pulak...

"pukul 10 melayu"

ni maknanya pukul 10:30 @ 11:00 la. 

tapi  bukanlah nak agung2kan sangat negara orang ni. just kita amik yang bagus. bukan semua kat jepun ni bagus. ada yang tak. nanti aku kongsi lagi. kalau  nak baca yang aku dah tulis boleh jenguk sini :



8 comments:

humbleyat said...

tepati masa memnag sgt penting..cuma ramai yang tak menghargainya...

Fina Sophie said...

yeap masa! kalau ckp soal masa ni, sometimes i jaga, sometimes mcm tak. hihih jujurla :P

but i am better than 60% rkyt malaysia yg lain though ekekek. sj puji diri sndiri wlupun tak berapa nak btul.

bukan setakat melayu je actually. malaysian. kesian melayu je kena, pdhal malaysian rata2 mcm tu. setakat 10-15 minit, org pun tak kisah sgt.

for me, kalaulah smpai ke sudahnya kta fikir 'dtg awal pun buat apa, org lain pun dtg lewat juga', smpai bila mcm tu? at least even kalau kita sorang je dtg awal/on time, org yg dtg kemudian mgkin akan ada rasa sikit malu sbb dtg lebih lewat tanpa sbb yg kukuh. org kita sifat malu dia sgt kuat, so insya-ALLAH.. :P

Chip said...

Takde problem kalau kita ambik benda baik dari budaya orang lain. Yang aku hairan, sepatutnya orang Melayu (yang 99% Islam) sepatutnya paling punctual. Yelah menepati masa tu kan kebanyakan kalinya menepati janji. Orang Islam memang diingatkan untuk menepati janji dari kecik lagi pasal memungkiri janji tu ciri-ciri orang Munafiq.

Mungkin kita patut tukar berkata "pukul 10 Melayu" ke "pukul 10 Munafiq". Baru ramai sket lagi orang Melayu yang tepati masa kot...?

Mummy Nana said...

Tulah yg buruk mesti org melayu.. bukan kesemua.. kebanyakkannya.. Tapi tulah penyakit org melayu tahu xelok tapi still xnak ubah bila tegur marah.. xtegur mmg sampai bila2 lah perangai mcm nie.. jadi kita sbgai org yg berilmu kenalah kot ubah pemikiran org melayu.. mungkin kalau semua org kat 100penulis buat dulu.. mungkin lepas nie semua akan ikut..??

kusut said...

selalu kagum bile tengok culture org jepun yg sangat disiplin tu. aku rase org malaysia pun penah disiplin tinggi jugak. tapi tak paham akhir2 ni macam kurang sikit la.. atau maybe yg buat masalah tu yg lebih loud kot.

tapi apa2 pun, kalau kita in the position to be able to teach how important time management to kids kan.. then pls do. sebab buat keje lama2.. banyak2 tapi kualiti kurang pun ade mcm buang masa jugak IMHO

nur.sa said...

masa sangat penting. tapi jadi masalah jgk kalau kita jenis tepati masa, tapi kawan2 jenis tak.
makanya. kalau berjanji, kita yg bersiap awal kena lah menunggu barang 15-30 minit baru boleh keluar.

tapi manusia mana de perfect.saya pun ada juga lambat. hoho. macam ckynwan cakap ah. terlewat bangun. tak sengaja huhu.

fndrocka said...

Ah..malaysia ramai je kluar lunch awal..balik lunch lmbt..

cKyN WaN said...

suasana keje tu sy xtahu la kt sini mcm mane.

lagi 5 bulan nk balk berkhidmat kt msia. hopefully sy takde rs tertekan ke apa kalau bab masa ni hehe