Friday, October 8

Penipuan Melalui Email


Mesti ramai ada pengalaman menerima email yang menawarkan kekayaan kepada anda. Nak kaya tak?

Email sebegini memang sangat kerap diterima oleh sesiapa sahaja, tidak terkecuali saya sendiri. Namun, apabila menerima dalam Bahasa Melayu yang sangat indah tersusun, saya dikuasai dengan rasa kagum dan terasa sangat ingin untuk mengetahui bagaimana modus operandi penyangak siber ini.

Jadinya, saya mula bermain dengan mereka. Bermain mengikut arahan mereka.

Peringatan: anda dilarang mencuba aksi sebegini sekiranya tidak cekal hati kerana risiko untuk anda terjebak adalah sangat tinggi.

Saya menerima emel daripada Nur fatima Abdullah yang mengaku rakyat Malaysia dan sedang berkerja bank HSBC cawangan di Amerika. Emel berkenaan dalam bahasa Melayu yang sangat baik susunan bahasa dan ayatnya. Hanya orang yang bagus dalam penulisan bahasa melayu sahaja mampu hasilkan email sebaik ini. Walau bagaimanapun, saya tahu bahawa penghantar email ini adalah bukan warganegara yang faham bahasa Malaysiapun. Jadinya saya membalas email berkenaan dalam bahasa Malaysia yang bercampur pula dengan dialek Kedah.

Mengapa saya rojakkan bahasa Melayu macam rojak singapura sebegitu?
Kalau benar dia adalah rakyat Malaysia berbangsa Melayu yang berada di luar negara, sudah pasti dia akan faham sedikit sebanyak dialek tersebut. Alasan kedua: menyukarkan mereka menggunakan perisian terjemahan. Nak tahu acara email mengemail berkenaan berlangsung? Sila baca entri saya Lagi-lagi Jenayah Siber

Email saya akhirnya tidak dilayan setelah beberapa kali saya hantar email yang tidak berkaitan kepada mereka. Entahkan mereka tidak faham apa yang saya tulis, ataupun mereka tidak suka melayan orang yang tak berapa betul seperti saya itu.

Julai 2010, saya masih lagi menerima dua email yang saya dengan kekerapan selang sehari seperti saya tulis dalam entri Nur Fatima Binti Abdullah Mengganas Lagi

Nampak gayanya, mereka; para penyangak siber ini memang tidak akan putus asa. Kepada orang yang samapun mereka boleh hantar emel yang serupa berulangkali. Agaknya, semua orang tak nak kaya kot hinggakan bertahun dia ambil masa untuk wariskan harta itu ;)

Anda fikir-fikirkanlah! Usah terjebak...anda juga yang merana.

29 comments:

Mummy Nana said...

Hehehe.. akak pun kalau nak ikut berapa byk email diorg hantar mmg dah kaya raya dah.... dulu rasa mcm betul jek.. nasib baik cekal hati... disamping larangan keras dari hasben tercinta.. kalau derhaka ngan hasben mesti dah kena tipu dah... hahah..

nur.sa said...

sangat banyak email mcm tu. dan macam2 cerita yang diaorang karang. mujur tak pernah terjebak. dapat je terus ignore atau delete.hoho.

kusut said...

tak tau la kat m'sia.. tapi media australia kata kebanyakan mangsa email tipu ni (scam) adelah warga yg lebih tua. aku tak terkejut la kalau ka m'sia pun sama sebab diorang will take emails more personally then yg muda

so tinjau2 la mak ayah pakcik makcik kite ek. just in case

nabilah_2908 said...

si penipu ni dh tukar strategi eh..

sy bnyk gk dpt email2 mcm ni...tp semua dlm bahasa inggeris...kali ni..dia tukar jadi bahasa melayu pula...

biasanya email2 mcm ni..sy spam kan saja...

haih..mcm2 akal si penipu ni kan...kena hati2 selalu..

Sumandak Kinabalu said...

Saya pun banyak terima email sebegitu tapi tak pernah nak layan...
Logik kah tiba-tiba dapat email...Si B telah meninggal and setelah siasat anda adalah warisnya. Sila nyatakan maklumat peribadi anda untuk sekian, sekian, sekian...
Abaikan saja lah...hehehe

d_tieah said...

Setakat ni belum pernah terima emel cmtu dlm bm..
Semua english je..
Tp nama ade gak guna nama ala2 Melayu, cm nm org Malaysia..
Salunye, lps terima SPAM trus je..
Haha..

.s.o.f.i.a. said...

macam2 modus operandi diaorang nak tipu..... he he...... jangan ada yang terpedaya dan terjebak la harapnya.....

cKyN WaN said...

hmm pernah gak hampir tertipu siap kena call2 bagai kan . maklumlah mata rabun nampak org nak tawar duit kan.

tp naseb bek dah ok, xde gangguan.

tapi xpernah dpt la dlm bm. kusss smangat!

Fina Sophie said...

well, mybe they believe dari 1000 diorang hantar emel mcm tu, at least ada seorang akan tertipu. but why why why, masih ada yang tertipu?

1) terlalu baik tak kena tmpt
2) tamak
3) mudah percaya
4) etc

ada org dilahirkan dgn sikap mcm ni. we cant really blame them. but they shud learn from other's experience tho :)

cik ain said...

kalay? semua orang idamkan. tapi dengan cara betul, hasil titik peluh sendri.. bukan dgn cara yg xnmpk ujung pangkal, dah boleh jadi kaya..

selain email, sms pun ade.. hati2 jela semua.. hurm

CikGadis said...

rjen gak kamu layan email tak berpaedah mcm tue.. =) dlm inbox sy, email mcm tue tros msuk tong sampah yg cumil tue. xpyah bc pn. ngeh3.

MuJE said...

aku pernah layan satu email macam ni! last-last die suruh bayar kos pengangkutan Fedex nak bawak masuk duit tu. ftw kan? skang ney sume pakai paypal dah...hehe

fndrocka said...

Penat aku delete emel scam camni..

cIk JanNah said...

selalu and byk sgt dah dpt email mcm 2. spam jer terus lau tgk nama lain macam jer. lau kau dah kaya nak ke share kekayaan kau pd orang lain secara logiknya kan?

jgn mudah tertipu.
T_T

maharam said...

Mummy Nana: nasib baik ada abang tercinta yang larang ;)

maharam said...

nur.sa: kena rajin delate spam macam ni...email pun penuh dengan spam je

maharam said...

kusut: Kat malaysia gores dan menang kot untuk warga emas...depa tak ramai guna tenet kecuali generasi kemudian sikit

maharam said...

Nabilah: Yang bahasa Inggeris tu tak heran sangat. Tapi bila dah g una bahasa Malaysia...akan lebih r amai orang terpedaya. Cara tulis tu macam betul jeeee orang Malaysia

maharam said...

Sumandak kinabalu: Tak betul ek? Mana tau kot2 tok nenek kita dulu pernah ada lombong minyak kat Somalia ka ;)

maharam said...

Maharam: d_tieah: Bila dalam BM kemungkinan untuk lebih ramai terjebak tu makin tinggi. Rasa macam tak percaya kan mereka boleh gunakan BM dengan betitu bagus sebab penterjemahan menggunakan program tak mungkin dapat buat sebaik itu

maharam said...

Sofia: Menipu pun kena tingkatkan teknologi lebih tinggi daripada orang lain, barulah umpan mnengena. Kalau masih guna cara Gores dan Menang, orang dah tahu taktik tu...

maharam said...

cKyN WanN: kalau masih terima gangguan, boleh buat report polis. ada undang-undang boleh jebak mereka...itupun kalau mereka di Malaysia. kalau luar negara...lambat sikitlah.

maharam said...

Fina: Yup! ribu-ribu yang mereka hantar. Kalau tak, mana boleh berlaku orang yang sama menerima email yang sama. Itupun siap saya dah main-mainkan mereka...masih lagi hantar email yang serupa. Maknanya, mereka tak sedarpun pernah berlaku "kena main" tersebut sebelum ni. Agaknya berapa ramai staf penipu mereka tu ya?

maharam said...

Cik Ain: Bukan mudah nak kaya...lagi mudah nak kayap ;)

maharam said...

Cik Gadis:
Ni bukan soal rajin, tapi tanggungjawab sosial. Sebelum tulis dan beritahu kepada orang lain tentang penipuan sebegini, kenalah sahkan dahulu. Itu salah satu daripada caranya. Mudah.

maharam said...

MuJE: Memang itu finalnya. Kita yang kena bayar.
Tak kiralah mereka janji nak bagi duit, komputer, barang kemas hinggalah ke pakaian dalam yang seksi...walaupun mereka kata percuma, tetapi hakikatnya kena bayar dengan pelbagai alasan. Dan, bayaran itu pula Sangat Mahal.

maharam said...

Fndrocka: Setkan je sebagai SPAM...biar email tu yang masuk kotak spam sendiri tanpa kita perlu tahupun tentang email tu

maharam said...

Cik Jannah: Betul tu...sokong 2 juta peratus ;)

CikGadis said...

owh, mudah ek? cuma sy nie buta it. bahaya sgt2 kan..