Wednesday, October 6

pengalaman dingorat pengkid?

.
salam,

Hari nie giliran Cik Jannah pulak. I nie dah la macam biskut kejap ada kejap tak ada. Maap admin. Banyak sangat kekangan yang perlu dihadapi. ececeh macam PM la pulak kan? pang sekali.

korang ada tak pengalaman dingorat oleh manusia sesama jantina? Kalau perempuan sama perempuan dinamakan pengkid. lau lelaki dengan lelaki nama apa? gay eyh? adoyai. Pengalaman I dingorat manusia sesama jantina. geli gelaman okeh. rasa macam pacat masuk dalam pewot. (geli tak?)
Macam tak sangka lah I kena melalui situasi begini. Biasanya tengok dalam filem tak pon ada gak member sorang dua yang sebegitu. tapi kali nie kena harungi pulak. padan muka diri sendiri. Tak dinafikan lah jugak kan mereka punya naluri yang berbeza daripada jantina mereka. Bukan salah mereka sebenarnya tapi kurniaan Ilahi. Jadi tak boleh jugak kita nak blame mereka. Tapi kalau boleh mintak dijauhkan lah kan?

Pengkid nie kalau dilihat mereka sebenarnya adalah perempuan tapi berperawatakkan seperti seorang lelaki. Dengan rambut pendeknya, dengan style dressupnya, gaya berjalan ada jugak yang extream (yang nie I memang pernah jumpa) ada yang sampai mengikat buah dada mereka bagi mengelakkan dari membesar.Tapi lau bab suara memang tak boleh menipu la kan? kau boleh nak ubah cara penampilan tetapi tak boleh ubah kurnian yang dianugerahkan. sebab tuh kita boleh kenal mereka samaada mereka nie lelaki sejati ataupon tiruan

Disebabkan mereka nie perempuan, jadinya mereka terlebih memahami kehendak dan keinginan seorang perempuan. Tak dinafikan mereka nie memang caring habis, boleh jugak dikatakan mereka nie lebih caring dari lelaki tulen. apakah? serious nie. 

golongan dari mana yang boleh terjebak dengan cinta pengkid? I think la kan, perempuan yang frust bercinta dengan lelaki ataupun yang dah tak percaya langsung dengan lelaki atau mungkin yang trauma atau yang terjebak dengan pujok rayu mereka atau pon eh banyak betol atau kan? pendek kata banyak sebab perempuan sejati boleh terjebak dengan cinta sesama jenis atau pengkid.

Kisah cik jannah :
I berkawan dengan bermacam-macam jenis manusia. tak pernah pon nak memilih siapa yang patut dan patut untuk jadi kawan.Tapi bila persahabatan dah dianggap lain oleh sorang minah nie, I jadi tak tentu hala. Okeh bukan minah tu tak tentu hala tapi I ok. sob.sob.sob

Mula-mula okeh jer kawan ngn minah nie, tapi bila satu hari tuh dia txt I ajak couple dengan dia, ajak buat geli-geli I dah rasa oh my god. what the fuck minah nie? Hari-hari dia pujok I ajak couple dengan dia. siap dia kata apa yang I nak dia boleh belikan. dia just nak couple jer.

sampai lah sekarang nie I masih dalam gangguan minah nie. banyak kali dah bagi alasan tapi tak paham bahasa melayu. sekarang I dah tak layan sms dia, tapi memang tak boleh lari dari dia sebab kami kerja ditempat yang sama. Lunch pon sama-sama dengan dia. Tapi dia bijak bistari sebab depan member-member dia buat selamba macam tak ada apa-apa pon. dengan I pon dia buat macam layan tak layan.

Tak nafikan lah dia memang pandai mengayat. Romantika dia kalah lelaki. Kalaulah I tak beriman memang dah jatuh cinta dan terjebak dengan cinta nya. Sekarang masih dalam proses nak melarikan diri. Tapi tak tahu bagaimana. Kawan-kawan korang ada tips tak nak lari dari pengkid nie. rimas lah! plus I takut lama-lama I jatuh cinta pulak dengan dia. (nauzubillah)

diluah mati mak. ditelan mati bapak. 
T___T

19 comments:

nabilah_2908 said...

Ya Allah..payah gak kalau mcm tu..

semoga Allah sentiasa lindungi Cik Jannah dari terjebak dr ini semua..

sy pun tka tahu nk buat macam mana...mungkin Cik Janna perlu tegas menegakkan pendirian...tunjukkan pada dia yg Cik Jannah betul2 serius...tak mahu ada hubungan dgn dia.

Hans asaktor said...

aku pn slalu kena ngorant ngn laki...
adoi,,,naik geli...

better lari cepat2...

d_tieah said...

Aku pun pernah gak melalui pengalamam camtu..
Memang dorang lyn 1st class..
Bg je ape kite nak..
Arghhhh..
Dosa!!!
Tp aku x pndai la nak bg tips utk ko larikan diri..
Sebab aku buat dorang cm kwn biase je la..
Ckp je ko dh de pakwe..
Habis cte..

KeCiK said...

State this, fatwa dah keluar yg pengkid and tomboy tu haram. Haha. But it's easier to say than to be done.

Seyesly gua jeles dgn pengkid. Pengkid for sure ada awek yg hot-ala-ala scarlet johnson. mana gua tak panas. haha.

Allah bless you Ms Jannah.

sYazY_dZaiMa said...

hurm,mmg susah la nak larikan diri camtu..nak larikan dari lelaki yg psyco pun saya tak pandai, tak tahu pulak dari pengkid ni..saya harap cik jannah dilindungi dari segala perkara yg tak baik ok. AMIN :)

ASaDa RyutaRo said...

hohoho.. di ngorat sama sejenis.. puak lelaki pun ada camni..

tapi kan, kalau diluah mati mak, ditelan mati bapak, kemam dalam mulut je la.. =P

cik ain said...

pengkid? erm.. pernh 1 dorm ngn pengkid, dulu tyme duk asrama. nk plak dia sama batch, maka kami semua rapat dgn dia.

rapt je, tp xlyn sngt kalau dier citer psl awek dier.. gr!!

Omu Rice said...

hurm payah tu...sebab se tempat keje...memang akan die mengayat la.die tau pempuan nak aper...sebab tu die leh kalah kan laki...xyah la lyn msj die...pastu kalau die ajak naik kete ker tgk wayang ker...even masa tu die dah xlyn ngan msj2 pelik2...ati2 la...die xpenah putus asa sebenar nyer...hurm cam ade pengalaman lak...hehehe..

Clarky Afif said...

penkid tu tape lagi sebab da nampak cm laki.

aku kena dengan pompuan! cun plak tu dok panggil aku sayang.

eeeeeeewww nafsu ai kat laki jelah!

chenta said...

betul kata clarky afif...kalau pengkid yg jeles dan nyata tu, boleh la gak elak dari awal..tp kalau yg luarannya nyata perempuan malah sgt hot!tapi rupanya dok cuba mengurat kita?mengurat dlm senyap..cmne nk handle tu?huuuu

humbleyat said...

nauzubilah..hrp2 cik jannah kekalkan prinsip ye ;)

fndrocka said...

Kadg aku tak cam pengkid..ingatkan lelaki..boleh tersilap pggil abang woi

cIk JanNah said...

nabilah_2908 :
thanks nabilah.
saya memang sedang dan akn terus tegas. haish hubungan sesama jenis dilaknat Allah
:)


Hans asaktor :
tu lah hensem sangat mcm mana tak kene kejar dgn lelaki?
hehee


d_tieah :
dah ckp gak dah ade bf
tp dia pandai mengayat. dia suh senyap2 dr bf.
erk apakah?


KeCiK :
hahaa
aha la kan? randomly lau tgk pengkid awek mereka cun2 beb. apa lah "awek" cun2 tapi low taste.
hehee
btw than kecik!


sYazY_dZaiMa :
tu la pasal dear.
nak lari dari lelaki yg psyko pon susah nie kan lagi kaum sejenis kita yg memang tahu kehendak dan keiginan kita sbgai perempuan.
Tapi yg penting cara kita mengelak dan menepis godaan mereka dari terjebak dgn mereka


ASaDa RyutaRo :
hahaa..
asada lau kemam jer dalam mulut dkhuatiri dpt penyakit gigi dan gusi pulak.eh boleh cam ker cam tuh? huk3
T_T

cIk JanNah said...

cik ain :
nasib baik rapat jer. tak terjebak kan? hehee.. mesti meluat bila dgr dia cerita psl aweks. dlm hati rasa yerk2 jer la kau nieh!
T_T


Omu Rice :
btw tenks dear.
2 lah yang penting jgn melayan. kalau melayan takut dia salah anggap padahal kita anggap dia kawan tapi dia sebaliknya..haish


Clarky Afif :
owh gosh!
tu lagi spesis apa eh nak panggil? lesbian kot?
ado plz la.

T_T


chenta :
adoy tuh mesti spesis perempuan krisis jantina. dia kekeliruan napsu kot?
hahaa


humbleyat :
InsyaAllah dear.
hope saya dapat elakkan dari ayat2 manis si dia
btw tenks


fndrocka :
lau pengkid d panggil abg lagi lah mereka suka. wow!

cKyN WaN said...

uwahhhhh. manakotkan! xpernah ade pengalaman cmtu.

ckp je la terus terang ktdie. ckp awk suke lelaki bukan perempuan hehe

cIk JanNah said...

pheewww~
dah mcm2 saya cakap.
api minah tu tak pernah kenal erti putus asa.

Insyallah saya kuat!
T_T

Firra said...

wah, sy nak pengkid ngorat sy gak! :)

nn said...

tak suka tengok peng yang yeye berbengkung rambut pendek gila jalan kengkang semua tu. like they're trying too hard. nasib baik my friends yang macam tu tak yeye.


just ignore her ok. kalau boleh block je nombor dia. jangan jumpa dia jangan bercakap dengan dia. i bukan lah galakkan putus-putus kawan ni tapi... bahaya sangat-sangat sebab sekali terjebak susah gila nak lepaskan. serius.

been there, done that. the first year it was all for fun sebab dulu belajar dekat all girls school tak tau pulak benda ni boleh continue after dah habis sekolah. and then after that beratus kali break-get back-break-get back. of course lah i tak mau forever macam ni tapi... memang susah nak let go. tiga tahun. finally end of last year berjaya juga gigihkan diri.

kalau nak stop or nak elak dari benda ni, yang penting doa. bukan kita je doa. mintak kawan-kawan sekali doakan.

btw, good luck!!

nn said...

@clarky afif

tu memang lesbian lah kot. haha. tapi kengkadang ada gak yang dulu peng and then dah jadi ladies2 but still suka dekat perempuan. eh eh