Friday, October 1

Peluang Kerja : Mengisi tempat kosong para profesional !

Kira-kira 300,000 rakyat Malaysia telah berhijrah ke luar negara dalam tempoh 18 bulan sejak Januari 2008 berbanding 140,000 pada tahun sebelumnya . Difahamkan kebanyakan mereka berhijrah ke Amerika Syarikat , Eropah terutamanya United Kingdom dan Singapura .

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd. , Tengku Datuk Zafrul Aziz berkata , penghijrahan itu menyebabkan sektor-sektor ekonomi negara terutama dalam industri kewangan sukar mendapat bakat-bakat yang diperlukan .


Menurutnya, meskipun banyak alasan yang diberikan sebagai penyebab penghijrahan itu tetapi satu faktor utama yang perlu diberi perhatian adalah tawaran gaji yang lebih lumayan . Beliau berkata , profesional lepasan universiti dalam industri kewangan di Malaysia secara puratanya ditawarkan gaji permulaan sebanyak AS$750 (RM2,250) sedangkan di Indonesia golongan berkenaan boleh meraih AS$850 (RM2,618) dan Singapura AS$1,200 (RM3,696) sebulan . <sumber>

Masalah ini yang bersangkut paut dengan ekonomi perlu diselesaikan , bukan hanya mengikut pandangan orang biasaan , tetapi juga pandangan golongan korporat-korporat . Soalnya , bagaimana hendak menyelesaikan masalah kompleks seperti ini jika tampuk pemerintah asik dengan hal ehwal agenda politik setiap masa ? 

Datuk-datuk , pilihanraya bukan hari-hari .

Di negara sendiri , purata gaji di bawah 2.5K tetapi di negara luar termasuk Indonesia di atas 2.5K . Satu nilai yang besar jika dibandingkan nilai matawang antara Indonesia dan Malaysia . Namun , pilihan 'bakat-bakat' kelahiran Malaysia ini pastinya bersangkut-paut dengan ekonomi kendiri mereka . 

Pabila penghijrahan besar berlaku , maka peluang-peluang kerja di sektor profesional ini akan diisi oleh mereka yang dikelaskan di darjah kedua . Maka terhasillah mutu kerja yang tidak menepati kehendak pembangunan dunia .

-------

Mamang ya , kita selalu di cucuhkan dengan peribahasa , " hujan emas dinegeri orang , hujan batu dinegeri sendiri , lebih baik negeri sendiri " . Tapi kalau dah hujan asid macamana ? 
Buatlah pilihan anda .

20 comments:

Chip said...

Gomen kita banyak omong kosong aje. Kalau press conference tu cerita berdegar-degar nak galakkan golongan profesonal balik TAPI bila di tanya/selidik apa yang gomen buat untuk mengalakkan golongan nie balik, apa pun takde.

Polisi-polisi yang ada sekarang nie pun dah sepuloh tahun tak update. Takde yang baru.

Lagi satu, bukan takat duit aje golongan nie pandang. Gaji mungkin boleh bagi sama (takpun dekat sikitlah) tapi, kualiti hidup susah nak bagi sama. Dekat Eropah mana ada orang keje sampai 2-3 pagi. 10-11 malam tu pun dah masuk boleh saman boss. Kat Malaysia, rata-rata semua member aku dalam bidang yang sama keje sampai pagi buta.

Memang Hujan Asid...

nur.sa said...

selagi pemerintah masih dengan pemerintahan takuk lama, selagi tu masalah ni tak selesai.

bab gaji tu rasanya dah lama disentuh, tp tak setel2.

r.k said...

chip : member lu kerja sampai pagi buta sebab apa ? gaji ?
hidup dekat Malaysia BEST , sikit-sikit politrik , gaduh antara ahli politrik , hukum mufti parti politrik mana lebih bagus , isu anak ahli politrik , kereta apa politrik pakai , rumah besar mana , siapa yang ahli politrik jumpa .. ahhh

nur.sa : soalnya , takuk tu dah lama mana ? lama kah ? atau tabiat ?

humbleyat said...

chip:wah berapinya chip.tp memang bnar kata2 chip tu.
tp bab kualiti kerja, penswastaan tetap terbaek punyer.
harap2 selepas ni ada pelaksanaan yg mantap berbanding omongan kosong.

r.k said...

humbleyat : penswastaan tu agak-agak pakai duit siapa ?
*sampai bila kita akan terus berhasrat ?

Raja Fiqri Fauwaz said...

kita ada sorang pemerhati politik disini.

:)

dari isi entri dan beberapa komentar, sya dapat simpulkan generasi baru malaysia mahukan perubah..

Er, ada sesapa yg bleh promo 100penulis di blog2 pemimpin.. :)

Encik MT said...

mari berhijrah ke singapore!! haha!

kusut said...

satu artikel yg sangat bagus! kudos pada RK

teringat entry kat blog chief kodok (afdlin shauki) (which RK jadik 1st commenter btw hehe) entry dia ade sentuh pasal perlu nya kewujudan Union utk fight for workers' rights. n dia gak sentuh pasal minimum wages. walaupun entry afdlin cite pasal industri filem, tapi jugak relevant dlm semua industri jugak lah generally

blog afdlin shauki :http://afdlinshauki.blogspot.com/2010/08/selamat-menyambut-ramadhan-dan-selamat.html

takde protection, selain gaji yg lebih tinggi kat negara2 lain, jugak menyumbang kepada isu ni

r.k said...

Raja Fiqri Fauwaz : pelan-pelan kayuh brader , kalau kita amik shortcut nak sampai atas , shortcut juga kita nak balik ke bawah ..

Encik MT : berkerja bolehlah ke singapore , anak-anak tak sesuai belajar kat sana . :)

kusut :they only protect themselves and the funny part is , we chose them to be our representative .

humbleyat said...

r.k..sumber kewangan masih dari kerajaan, cuma pelaksanaan dari penswastaan.dan sekarang ni mana2 pembangunan di Malaysia majoriti dah dh diswastakan untuk menjaga kualiti.
(sebab sy pernah berurusan dengan perjanjian penswastaan) dan ianya harus diteruskan untuk pembangunan Malaysia asal wang malaysia tidak alir ke luar.Malaysia pun mengutamakan kualiti.:)

r.k said...

now tell me if im wrong , ghua bagi contoh jalan raya .
kalau tak swasta , nilai perkhidmatan baikpulih adalah 'xxx' . dan ia perlu sentiasa diperbaiki , barulah kontraktor dapat sen banyak sedikit ,
bila swasta , nilai perkhidmatan adalah 3'xxx' . dan hanya perlu dibaiki jika sudah mengakibatkan kemalangan / mendapat liputan Aduan Rakyat / menteri nak datang melawat . dimana terselitnya 'kualiti'
kita tak perlu cerita penswastaan benda-benda korporat . sebagai rakyat marhaen , ghua dan majoriti lain bukanlah umat yang bernafas dalam penghawa dingin tetapi masih mereka yang akan turun mengundi dengan HARAPAN hidup selesa , dan umat macam ghua juga yang membayar nilai 'xxx' mahupun 3'xxx' melalui pelbagai cukai termasuklah cukai menikmati hidangan McD . Jadi rakyat marhaen macam ghua inginkan sesuatu yaang berbaloi dengan pelaburan yang telah dibuat .

Jika benar Malaysia utamakan kualiti , kenapa masih ramai ahli politik yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa ahli politik diBAYAR GAJInya oleh rakyat untuk berkhidmat , bukannya DILANTIK .
Jika benar Malaysia utamakan kualiti , isu penghijarahan ini sepatutnya sudah selesai sekurang-kurangnya 30 peratus .
:)

fix me at any leaking points .

Chip said...

@RK: Member gua keje makan gaji dalam profesion kewangan. Dah cam gitu keje dia...nak buat camaner. Kenapa gitu? Bak kata kau, politrik lah jawapan dia...

Chip said...

@humbleyat: Eh, sorrylah kalo bunyi dia berapi sangat. Biaselah, topik yang close to my heart, tak boleh nak di elakkan.

humbleyat said...

r.k: pandangan dari sisi rakyat yg bgus.betul juga kata r.k, kita sebagai rakyat, mahukan pelaburan kita berbaloi. masing2 ada buruknya dan baik.bukanlah kita hendak mencipta hanya sekadar nama dan aksesori sahaja bahkan kita lebih memerlukan lebih dari itu. that's why PRU ada, to vote our rights.andai usul R.K berjaya,nnti sy undi RK jd YB yerk..:)

kusut said...

aku rase kalau kita kata 'Malaysia tak pentingkan kualiti' tu tak betul. sebab bukan 100% kita ni corrupt. i still believe in humanity

sometimes, walaupun kita tak setuju dgn arah tuju politik, kita jugak tak boleh terlalu obses dgn pendapat yg diorang tu tak bagus. mungkin ada di kalangan diorang tu sebenarnye lagi bagus di mata tuhan, cuma media je yg putar belit.

r.k said...

chip : tapi ghua dapat instinct , member lu mesti agak hepi kan hidup beliau , its oke kalau kerja susah , yang penting hidup selesa . :)

humbleyat : ah sudah , kesitu pulak . kalau ghua jadi YB , sapa nak menulis kat sini ? LOL . PRU is just like an interview , who ever impress us well , he/she will be employed . But impressive interview doesnt mean impressive work will be done .

kusut : Malaysia pentingkan kualiti , kualiti di peringkat korporat . tetapi KURANG utamakan kualiti peringkat rakyat . and macam yang ghua cakap , ghua dan majoriti lain bukan yang bernafas dalam penghawa dingin . :)

Some of them are awesome as politician , but MOST of them are more awesome as politrickster . :)

chenta said...

fuh~~!berpeluh baca dari atas sampai last komen..tapi ada gak yg skip..hehehe


tak nak komen pape... :P

Wawa~* said...

terus terang saya katakan. sy mmg kecewa dgn nasib graduan. walaupun dgn result baik, tp ttp susah nk dpt kerja n pndapatan baik. nasib graduan malaysia mmg x terbela berbanding alumni universiti luar negara. negara luar lbih mnjaga 'aset2' ini dgn baik dan terus maksimumkan kemampuan dan kebolehgunaan mereka...

CikGadis said...

ermm. ssah nak komen benda2 macam nie. terlalu dewasa hehehe

Jemput singgah teratak saya : Selamat Hari Raya Haji =)

r.k said...

chenta : sekurang-kurangnya lu baca , :)

Wawa~* : sebenarnya kerajaan nak jaga tapi tiada cara yang dapat dipraktikkan . Kalau ada pun , mereka lebih banyak habiskan masa dengan agenda politik dan cerita artis . XD

CikGadis : hidup makin lama makin dewasa makin tua .. ahaks .