Wednesday, October 13

Pasal apa kita lupa?

Dah nak dekat pukul 12 malam kat sini dah, akak hampir hampir terlupa nak buat entry untuk minggu nie. Sejak tak keja nie senang betul lupa hari nie hari apa, tarikh bila. Baru berkesempatan nak mengadap laptop nasib baik belum terlepas, phew kalau tak mesti tak sempat nak post sebelum waktunya. 


Cakap pasal lupa, apa penyebab kita lupa atau ayat mans sikit lemah ingatan? Kita dah makin tua ke? Kalau orang pompuan yang dah bersalin pulak orang2 tua dulu kala cakap urat saraf dah banyak putus so cepat lupa. Or dulu kecik kecik masa gi sekolah agama, ustaz ngan ustazah selalu cakap jangan minum air ada semut nanti jadi lupa.





Akak ada terbaca artikel penyebab ingatan kita mudah lemah. Akak ambil dari website nie dan antara yang mungkin kita selalu alaminya ialah

Tekanan Perasaan (Stressed) - Tak kiralah di tempat keja ke, rumah ke atau tempat belajar. Bayangkan kita hari hari tension memang kita susah nak berfikirkan. Bila  tak leh nak pikir tu yang senang lupa.


Masalah Tido - Hah nie paling akak suka... hahaha ada alasan nak kena tido lebih untuk mencukupkan masalah tido akak yang kurang tiap tiap malam(akak ada anak2 kecik tau). Ahaks. Kalau kita kurang tido atau ada masalah nak tido malam dengan lena mmg boleh menjejaskan ingatan kita. Pasalnya, kita akan jadi penat, letih dan lesu jadi mmg confirmlah otak kita pun penat, letih dan lesu tuk berpikir.


Kekurangan Vitamin  - Contohnya Vitamin B12 nie selalunya berlaku kat orang2 dah berumurlah tapi boleh juga berlaku kat kita semua. Tapi memang ye kot, selalu nya bila kita dah berusia kadang2 khasiat khasiat dari makanan yang kita ambil seharian tak serap dalam badan kita. Jadi, kalau benda benda tu semua tak masuk macam mana kita nak rasa sihat dan segar. Otak kita pun susah nak berfungsi dgn betul kan?



Yang lain2 dalam artikel tu mungkin lebih sesuai tuk orang orang barat. Tapi yelah, untuk sesiapa yang terasa nak suka suka mencuba lebih baik pikir balik. Pengambilan arak ke, atau ubat ubat berlebihan yang boleh  menjejaskan kita contohnya ubat batuk ke, pain killer atau  dadah ke? Benda benda nie semua boleh menjejaskan otak kita. Dari kita jadi lupa baik kita lupakan terus dari amik menda menda tak berfaedah tu semua. Yelah kalau dah terpaksa untuk kesihatan takpe.. Tapi kalau tuk suka suki.. mmm sendiri mau ingatlahkan...




Yang lain lain pulak yang kadang akak selalu baca dan dengar org cakap macam jangan tengok gambar gambar yang tak senonoh, jangan cakap benda benda yang tak berfaedah,  dan lain lain lagi.Mesti korang pun ada terbaca atau mengalami masalah masalah yang sama? Selain benda benda yang facts kat atas nie mesti banyak lagi sebab sebab lain yang boleh jadikan kita pelupakan? Nak share ke cerita anda supaya kita boleh elakkan?


Jadi apa yang perlu kita buat dan petua  petua yang harus kita amalkan untuk menguatkan daya ingatan kita? Aha... akak sambung next week ye untuk tips dan panduan kita bersama Insyaallah. Kena gi tido lah.. nanti leh jadi lupa.... hehehehe

4 comments:

nur.sa said...

jangan makan banyak sangat benda masam, orang kata akan buat kita cepat lupa. :)

chenta said...

org bila dh byk sgt kerja, mmg mudah lupa..

hentakbelipat said...

kadang2 saye suke lupe2 sekejap nih...short memory sindrom kot..lagi2 kalau kua masuk bandar..memang banyk bende bleh lupe ye dak? hehe

cik ain said...

ain pun muda lagi tp hal kecik boleh lupee.. kalau belajar, ilmu melkat.. tapi kalau bab2 rutin ni, mmg cepat lupa...