Friday, October 29

Pak Mat Tempe vs Keluarga 69

Assalamualaikum..sihat?
Apa first impression korang bila baca tajuk entry kat atas??
Pak Mat Tempe dan Keluarga 69..ala..cerita P.Ramlee tu..scene pekak..


Ini videonya..
Pak Mat Tempe..


Keluarga 69..

Dah tengok?apa yang nak ditekankan kat sini adalah sifat berbudi bahasa..tengok cara posmen tu..masih lagi berlembut dalam menyampaikan pesanan dia..:)

Dalam keluarga 69 pulak..Bapak tu masih lagi cuba memahami apa yang cuba mereka sampaikan walaupun dah banyak kali dia main taram je..:)penyabar gitu..

Sebenarnya..macam itulah orang tua..ntah2 nanti kita pun macam tu bila kita tua nanti..Pengalaman Kyra..Atok Kyra pun macam tu jugak..Bila bercakap kena slow2..kena kasi clear habis..n diorang ni lawak..yela..lain yang kita cakap lain yang dia dengar..

Yang sedihnya bila masih ada yang tak menghormati orang tua macam tu..pernah sampai ada yang halau atok Kyra keluar kedai hanya sebab atok Kyra tak dengar jumlah yang perlu di bayar..salah ke kalau dia tulis kat kertas jumlah tu?..dia masih boleh melihat dan membaca..

Janganlah layan mereka macam tu..mereka tak ingin pun jadi macam tu..malah tak terlintas langsung untuk menyusahkan kita..harapan Kyra..jagalah hati orang tua kita..janganlah berkasar dengan mereka..mereka pun ada perasaan..

*tetibe sebak bila teringat atok..huhu

4 comments:

aTiKa aTeRkaH said...

kan. orang tua kan patut disayang lebih.

Amni said...

memang orang skang dah kurang budi bahasa nya dear....

nur.sa said...

sayangi org tua sebab takde mereka takde la kita.. org tua2 ni best tau bawak sembang..

Fina Sophie said...

what they give they get back. tgoklah nti ;)