Wednesday, October 20

niat yang tertangguh

sejak graduate tahun 2006, saya selalu berfikir mahu sambung belajar. simpan niat bertahun-tahun, tersimpan kemas dalam hati, aku nak juga sambung belajar macam mana pun. eh. kalau dah berniat baik, dah dapat pahala kan? *senyum*



awal tahun lepas, atas cadangan kawan, saya attend satu interview di udm (sekarang dikenali unisza), dan dioffer satu jawatan dan dipelawa menyambung belajar di tempat yang dikehendaki. seronok, tak terkata. sebab studynya sponsored by KPT under skim latihan akademik bumiputra (SLAB). dah lah niat nak further study tercapai, sponsor pulak kan. sapa tak senyum sampai ke telinga. kalau dah abis study, terus mengajar di uni tu.

tapi,




perancangan kita takkan sama dengan perancangan Dia kan? akibat rasa berbelah bahagi, antara rasa suka dan sukar buat keputusan. akhirnya saya lepaskan tawaran tu, dan terus dengan kerja sekarang. emak saya sedih, saya pasti tentang tu. sebab dia nak sangat anak dia ni sambung belajar lagi. kalau tidak, mungkin saya dah pun bergelar full time student semula, 2 minggu sebelum raya hari tu di satu tempat.

tapi, niat saya untuk further study tu tak pernah padam. walaupun tak pergi yang itu, saya dah apply yg baru kat uitm pulak for coming intake. InsyaAllah, mudah-mudahan kali ni niat saya seteguh A Famosa. part time student mungkin lebih banyak cobaan dan godaan.

antara sebab saya masih mahu menyambung belajar adalah mahu tambahkan ilmu. ya. saya tahu, ilmu berada di mana-mana. dan saya memilih untuk mengutip ilmu dengan menyambung belajar. experience kerja itu satu ilmu juga. memang tak boleh tolak tepi. dan satu kepuasan diri kalau saya berjaya habiskan pengajian tu nanti.

antara bekerja, macam saya pernah cakap di blog saya, saya suka kedua-duanya. sebab itu saya apply part time study. mak cakap, waktu bujang inilah kalau nak study pun. ambil kesempatan yang terluang, dari balik kerja duk melayan tv dan internet aje, baiklah buat sesuatu yang mendatangkan hasil. hahaha. kena sebiji atas hidung mancung ku.

ada yang berniat serupa sayakah? atau bermatlamat sama mahu capai segulung lagi kekayaan kejayaan? ayuh! tak terlambat selagi masih ada niat dan kena usaha lebih. jangan jadi macam saya yang dulu. pemalas sampaikan semua terlepas. tak bagus.

6 comments:

cKyN WaN said...

uwahhhhh bgsnye!

sy y ngah belajar ni pulak y tak sabar2 nk abeskan belajar haha

Fina Sophie said...

so true. sy dtg dr keluarga pndidik, pesan diorg lebih kurang je dgn family sa. selagi masih muda dan otak masih kuat ni, bljr je, tak pyh stop. i'm a part time student now too! ^^

kusut said...

tertangguh ye? takpe sa sabar la ye. walaupun masa bujang ni la senang nak study tapi bukan la maknenye dah tua takleh sambung study kan? cuma org msia kurang buat tapi ada je. so bertindaklah based on what is best for you at the moment

nur.sa said...

ckyn wan
amboih. tapi betul jugak. dulu saya pun mcm tu waktu amik degree, tapi dah grad, ras rindu nak belajar semula.

fina sophie
emak ngan ayah mmg suka aje kalo anak-anak dia belajar..
eh? wah. yg aritu tu ek? haha. nanti leh geng ngan fina :P

kusut
tertangguh pun takleh lama-lama ni. takut nanti bosan dan terus tak jadi sambung. saya jenis tak pandai nak manage masa sangat, cukuplah dengan bekerja dan part time study. kalau dah tua sikit dan ada anak-anak tatau apa jadi nanti.huhu. sebab tu kena amik masa muda ni. hihi.

fndrocka said...

Aku harap niat aku utk sambung belajar lagi ke tahap master/degree takkan luputt..walaupun buat maaa skrg aku hold dulu niat tu.hehe.moga niat ni kekal.aku seronok kalau dpt blaja

nur.sa said...

fndrocka
ameen. :)